Harian Metro: Arena |
Posted: 05 Jun 2011 11:44 AM PDT PASUKAN ABY Team muncul juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal Harian Metro Zon Timur selepas menewaskan Gelombang B menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 pada perlawanan akhir yang cukup mendebarkan. Bersaksikan hampir 5,000 penonton yang membanjiri venue pertandingan, Kuantan Futsal Center Bandar Indera Mahkota, Pahang, skuad dari Terengganu itu membuktikan kemantapan untuk membawa membawa pulang RM5,000 dan hadiah iringan lain manakala Gelombang B menerima RM3,000 selaku naib juara.
Dalam aksi final kategori wanita pula, BFC membuktikan kehebatan selepas menundukkan B'Dazzlerz sekali gus menerima hadiah utama RM3,500 manakala naib juara membawa pulang RM2,500.
Sebanyak 220 pasukan membabitkan 131 Terbuka Lelaki, 24 Terbuka Wanita dan 65 Lelaki Bawah 17 tahun beraksi di sirkit keempat Karnival Futsal Harian Metro dengan majoriti pasukan Timur mendominasi penyertaan yang bermula sejak Sabtu.
Bagi yang pasukan yang gagal mereka masih berpeluang mencari slot 24 pasukan terakhir untuk ke ke Grand Final di Zon Tengah 2 yang akan berlangsung di Melaka pada 2-3 Julai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 05 Jun 2011 11:39 AM PDT SELEPAS menyelamatkan reputasi dan maruah skuad kebangsaan daripada dicalar Hong Kong pada perlawanan persahabatan Jumaat lalu, penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya, sekali lagi mahu membuktikan kelibatnya cukup berbisa apabila turun menentang Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini. Abdul Hadi yang juga penjaring terbanyak Liga Super dengan 15 gol berkata, dia tidak rela berputih mata di gelanggang sendiri ketika perlawanan amat penting bagi memastikan Terengganu merampas kedudukan teratas liga.
"Gol penyamaan itu diharap dapat menyuntik semangat saya dan rakan sepasukan untuk memburu kemenangan penting ini," katanya.
"Inilah masa terbaik bagi skuad Terengganu untuk mencatat kemenangan lebih-lebih lagi bermain di gelanggang sendiri dalam misi untuk merampas semula kedudukan tangga teratas liga," katanya.
"Walaupun ketiadaan Mohd Ashaari sedikit dirasai, saya percaya gandingan Abdul Hadi dan Abdul Manaf dibantu pemain lain mampu memberi keceriaan kepada kem Terengganu dalam misi mencatat kemenangan untuk mencipta sejarah muncul juara Liga dengan baki tiga perlawanan lagi termasuk malam ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan