Berita Harian: Sukan |
Posted: 06 Jun 2011 06:33 PM PDT Sukan KELANTAN membuat satu langkahan besar ke arah memburu mahkota kejuaraan Liga Super dengan merakamkan kemenangan penting 3-0 ke atas pencabar terdekat, Terengganu di Stadium Sultan Ismail pada hari yang menyaksikan Selangor bangkit garang untuk berpesta gol membaham Perlis 7-1 di halaman sendiri, malam tadi. Anak didik buah Datuk M Karathu yang turun sebagai pendahulu dengan hanya kelebihan jumlah jaringan, bermula agresif untuk menjarakkan diri daripada pesaing terdekatnya itu. Selepas tujuh minit, pelawat berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi Khairul Izuan Rosli. Terengganu beroleh peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi Abdul Manaf Mamat, tetapi percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan Ismail yang beraksi cemerlang menggantikan penjaga gol nombor kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Selepas rehat, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menambah derita Terengganu dengan dua gol hampir sama selepas melepasi benteng pertahanan untuk hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, Sharbinee Allawee pada minit ke-72 dan 90.Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Perak gagal mempertahankan kedudukan di tangga keempat liga selepas jatuh ke tangga kelima apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC yang kekal di tangga kelapan. Serangan bertali arus tuan rumah membuahkan hasil pada minit ke-22 selepas Azizan Baba bijak yang menerima umpanan Mohd Riduwan Maon bijak melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol, Mohd Nasril Nourdin. Pada separuh masa kedua, penantian Perak untuk mencari gol penyamaan menjelma pada minit ke-87 selepas Akmal Rizal menanduk bola masuk untuk memastikan keputusan terikat 1-1. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Selangor pesta gol belasah Singa Utara Posted: 06 Jun 2011 06:26 PM PDT Sukan PEMAIN Selangor meraikan gol keempat Asraruddin (bawah) dalam perlawanan Liga Super menentang Perlis di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Osman Adnan Ini adalah kemenangan terbesar Gergasi Merah tahun ini di laman sendiri selepas kali terakhir membelasah Johor 6-0 pada 26 Januari. Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian K Devan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan, walaupun pada hakikatnya beza dua mata dengan pendahulu, Kelantan tampak sukar dilunaskan ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan. Selangor kini hanya perlu meneruskan rentak kemenangan pada baki saingan musim ini menentang FELDA United di gelanggang sendiri pada 14 Jun sebelum mengakhiri kempen bertemu Perak di Ipoh pada 26 Jun tanpa khidmat beberapa tonggaknya yang menyertai skuad kebangsaan Piala Dunia.Impian Selangor bagaimanapun hanya akan tercapai sekiranya Perak atau Sabah mampu mencuri mata dalam pertemuan dengan Kelantan pada dua perlawanan terakhir. Terengganu pula tergelincir ke tangga ketiga, kekal dengan 47 mata. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan