Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


The Reds teruja

Posted: 06 Jun 2011 12:23 PM PDT

JIKA ada pihak menganggap kunjungan Liverpool ke Malaysia sekadar memenuhi undangan, mereka sebenarnya silap kerana skuad kendalian Kenny Dalglish itu menyifatkan pertemuan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 Julai ini cukup bermakna.

Perlawanan sempena Jelajah Asia Liverpool itu yang pertama kali diadakan di negara ini bukan saja penting untuk persiapan musim baru skuad The Reds sebaliknya sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia mereka di sini.


Menurut Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre, beliau sempat berbual dengan Dalglish serta pemain mengenai lawatan ke Malaysia dan mereka teruja untuk turut serta dalam jelajah pra-musim ini.

"Saya memaklumkan kepada pengurus kami, Kenny Dalglish, kapten Steven Gerrad dan pemain mengenai jelajah ini, ternyata mereka tidak sabar untuk datang ke sini buat kali pertama.


"Mungkin ada pihak menganggap perlawanan pra-musim ini tidak penting atau tidak begitu bermakna kepada pasukan ternama.


"Tapi bagi Liverpool, kami memandang serius pertemuan dengan pasukan Malaysia kerana bukan saja ia penting untuk pemain kekal cergas bagi musim baru Liga Perdana Inggeris tapi juga bagi memuaskan hati peminat," katanya pada sidang media pengumuman Jelajah Asia Liverpool 2011 semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Subahan Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank (Malaysia) Osman Murad dan Ketua Pengawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam.


Bagi peminat juara 18 kali Liga Perdana Inggeris dan lima trofi kejuaraan Eropah, Liverpool, mereka boleh menonton aksi bintang seperti Luis Suarez, Pepe Reina, Jamie Carragher, Raul Meireles dan Dirk Kuyt beraksi dengan mendapatkan tiket berharga RM388, RM108, RM68 dan RM58 menerusi laman web www.ticketpro.com.my serta di kaunter Ticketpro.

Sementara itu, Ayre mengesahkan pihak pengurusan Liverpool bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam melaksanakan program pembangunan bola sepak.


"Kami harap kerjasama dengan KLFA ini dapat diadakan dalam jangka masa yang lama, ia bukan sekadar akademi bola sepak tapi untuk pembangunan secara menyeluruh sama seperti yang dilakukan di enam lokasi lain termasuk di India sebelum ini," katanya.


Berita itu disambut baik Presiden KLFA, Datuk Astaman Abdul Aziz yang mengharapkan kerjasama dengan kelab gergasi Inggeris bermula 1 Ogos ini dapat mencapai misi mereka melahirkan ramai pemain berbakat bermula dari usia 14 tahun hingga 17 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rajagobal yakin lepasi pusingan awal kelayakan Piala Dunia

Posted: 06 Jun 2011 12:20 PM PDT

JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal menaruh keyakinan tinggi anak buahnya mampu melunaskan misi melepasi pusingan awal kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan hujung bulan ini.

Baginya, jika harapan itu terlaksana barisan pemain Harimau Malaya memperoleh persiapan lebih rapi menerusi tiga perlawanan berkualiti menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Liverpool dan Chelsea sebelum turun beraksi menentang Singapura pada pusingan kedua Julai depan.


"Sebagai jurulatih saya yakin skuad kebangsaan boleh layak ke pusingan kedua. Perlawanan dengan tiga pasukan Liga Perdana Inggeris itu boleh dijadikan persediaan bermain dengan Singapura. "Saya harap pemain akan melakukan yang terbaik pada perlawanan itu," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman Jelajah Asia Liverpool 2011, semalam.

Skuad kebangsaan akan menghadapi Taiwan terlebih dulu pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum bertandang ke gelanggang lawan pada 3 Julai bagi penentuan tempat ke pusingan kedua.


Jika skuad kendalian Rajagobal itu berjaya mengatasi halangan itu, mereka bakal menentang Singapura yang menanti di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai.


Dalam tempoh itu, jurulatih kebangsaan boleh menguji pemain-pemain menerusi perlawanan persahabatan sempena kunjungan Arsenal pada 13 Julai, Liverpool (16 Julai) dan Chelsea (21 Julai).

Bagaimanapun Rajagobal mengingatkan penyokong tempatan supaya tidak mengharapkan sesuatu yang keterlaluan dalam perlawanan dengan kelab Inggeris terbabit.


"Ini bukan cabaran tapi peluang terbaik untuk pemain menimba pengalaman, bukan mudah untuk bermain dengan kelab terkenal di dunia. Saya harap pemain dapat beraksi dengan konsisten dan mempamerkan permainan menarik," jelas Rajagobal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan