Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Dramatik

Posted: 11 Jun 2011 05:54 PM PDT

TERENGGANU mengakhiri penantian 11 tahun apabila bergelar juara Piala FA 2011 selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam permainan 120 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Bergelar juara kali pertama pada 2000 dan gagal mengulanginya pada 2004 selepas tewas kepada Perak, Ahmad Nordin Alias bergelar wira apabila tolakannya ketika permainan masa tambahan berbaki 10 minit memastikan trofi berprestij itu mutlak milik Terengganu.

Suasana final luar biasa dapat disaksikan beberapa jam sebelum bermula dan sebaik wisel ditiup, rentak pantas dipamerkan kedua-dua pasukan dengan Kelantan bimbingan Datuk M Karathu lebih banyak mendominasi babak awal dan beberapa kali melepasi benteng Terengganu tetapi tiada penyudah berkesan termasuk peluang baik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-42 yang ditepis Sharbinee Allawee Ramli.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mencari peluang menerusi serangan balas kilat dan Abdul Hadi Yahya hampir memecah kebuntuan pada minit ke-22 tetapi rembatan penyudahnya dibaca penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memasuki babak kedua, permainan rancak kedua-dua pasukan terganggu hampir lima minit apabila api suar dibaling berhampiran gawang Terengganu ketika Kelantan melakukan asakan tetapi sebaik permainan disambung, Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penyelamat apabila menepis cubaan leret Joseph Kallang Tie pada minit ke-56.

Cubaan berterusan Kelantan berhasil ketika permainan berbaki 10 minit apabila gerakan solo dan sepakan lambung mengelirukan Nurul Azwan Roya memperdaya Sharbinee tetapi usaha berterusan Terengganu memaksa permainan ke masa tambahan apabila Daudsu Jamaluddin tertanduk ke gawang sendiri di hujung masa tambahan.
Ketika kedua-dua belah pasukan mula menunjukkan tanda-tanda keletihan, Ahmad Nordin yang berada pada posisi tepat ketika sepakan sudut, mematahkan semangat juang The Red Wrriors dan puluhan ribu penyokongnya dengan rembatan jarak dekat untuk memastikan trofi berprestij diarak pulang ke Kuala Terengganu.

Kelantan pula terus kempunan untuk menamatkan penantian 22 tahun dengan peluang dua tahun lalu dikecewakan juara lima kali, Selangor menerusi penentuan penalti selepas permainan masa sebenar terikat 1-1.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

arryz

kelantan vs terengganu main mcm dah dirancang? tak payah buat kenyataan bodoh la. dengan penyokong yang kurang ajar walaupun depan sultan+agong, termasuk player kelantan sendiri yang overconfident dah menang....memang patut kalah le tu.

otai bruas

terima kasih daudsu...

4day

Penyu peteh kijang. Tahniah player2 ganu.

krisse

sebelum ni dengar kelantan akan bagi ganu menang..sama cam 2 tahun dulu, kelantan bagi n9 menang..5 hari lepas ada berita cakap kelantan akan beri kemenangan 1-2 kepada ganu...mungkin kebetulan...tp yang sebenarnya kelantan x bermain seperti kebiasaan dan ganu outstanding...meme ptt ganu menang...kalu ada unsur rasuah, tlg siasat ke akar umbi..cian puluhan ribu penyokong TRW berhujan untuk beri sokongan...

kai

kelate puah doh mene. we ko puok demo plok

redzuan

syabas ganu n kelate....perjuangan ganu sehingga wisel penamat adalah kunci utama kejayaan....dan kelekaan trw disaat akhir membawa padah....teruskan kecemerlangan anda demi mutu bolasepak negara....

minat bola sabahrhinos

pasukan kelantan hebat, semangat terengganu harus dipuji,

MOHD RIDZUAN BIN MAT

Tahniah pado penyokong wak baling mencung, Next game baling lah lg,,

lopeh

apih...kalau kalah tu buat la cara kalah...belajar terima reality yg kelate kalah..cuba lagi next year..

sazman

terima kasih pada penyokong kelantan kerana membaling mercun....hahahah

ila ilaa

klntn kalah bergaya..ap2 pun tahniah kpada red warri0r..kito gomo utk juara liga super.perjuangan belum berakhir..

Zack

Kekalahan klate dsbbkan referee berat sebelah , extra time 4 min tp dibiarkan sampai 8 min apa hal, fam kena siasat ni

yakuzaparagon

Alhamdulillah...tahniah untuk pasukan Terengganu kerana berjaya menjadi Juara Piala FA. Peteh Ganu Peteh. Kepada Kelantan...jangan putus asa.Usaha lagi. Kite 1Malaysia. Yang penting Team Harimau Malaya akan lebih hebat dengan gabungan pemain-pemain yang berkualiti yang sedia berjuang habis-habisan sebelum wiswl penamat. Hidup Malaysia. Hidup Harimau Malaya. Buktikan kebangkitan bolasepak kita.

awe

tahniah ganu.. apa2 pun terima kasih trw kerana bermain bersungguh2. kelate seharusnya menang dek kerana penyokong membaling mercun ke padang siapa yang rugi..
kerana 5 minit masa dihentikan.. ayuh kawan2 hentikan perbuatan itu.. jangan kerana nila setitik rosak seluruh trw..
kelate anti mercun.. laung2kan lah.

mat yo

citer ni maen doh,tp xpelah bui hadioh ke agong...bla lag nk bui,game xbest coz napok sgat...

wati

salahkan penyokong.. klu penyokong x buat hal Game xkan berhenti lama... xde masa tambahan yg panjang...gol t'ganu tu betol2 last2 minit masa tambahan... cuba x de masa tambahan yg lama mesti gol tu x terjadi.... jadi penyokong harus ada displin yg tinggi... penyokong kelantan la yg membantu kemenangan T'ganu.... tahniah T'ganu walau sy org perak, sy kagum ngan pemain anda yg x berputus asa walaupun ketinggan....

asbul

kemngan tganu mcm telah dirancang..bila nk maju bola sepak kalau mcm ni sikap pemain dan seumpamanya....!!!!!

sazli

Sang kijang jantan kena libas kat penyu jantan....peteh tganu peteh..hidup tganu...u all champion

sazli

kijang kena libas di penyu....peteh tganu peteh

pok nik

kepada apih, janji menang...kalau dh gol last minit pun, gganu ttp menang.jangan salahkan takdir.kamu dh kalah, diam2 je la...

matyie mache

mjur tganu bulehh mene jah... taniahh laa player tganu... TRW jgn sdh.. mene nga kaloh 2h adat game... kita ambikk liga super pulopp..

sam

@apih ktan selalu masuk final?? kehkehkeh. selalu lah sangat. baru nak naik dah blagak. team macam selangor, perak, kedah, negeri 9 steady je x bermegah selalu masuk final. apa2 pun tahniah terengganu.

mimi

apa2 pn thniah untk trw krna sudah bg yang trbaik..usaha utk jd juara liga super pula...

apih

stakat gol last minit,,,tak yah nak perasan laaaaa.......wekkkkk....ingat main hebat sangat ker.....kalntn slalu masuk final.

Azamuddin Mustapa

TAHNIAH TGANU JADI JUARA....KELANTAN AKAN DTG SEMULA TAHUN DEPAN KE FINAL PIALA FA DENGAN PASUKAN YG LEBIH KUAT...HARAP TGANU DPAT KE FINAL LAGI SEASON DEPAN....GO MORE KLATE

Mohd Zaid Bin Ab. Razak

Tahniah pada tranung dan pada kelatang cuba lagi tahung depang.

fendi

kemenangan Trengganu keatas Keolantan semalam bagai telah di rancang

Theosharizzal Fabrezzal

syabas kepada pasukan terangganu kerana menjulang piala F.A. Permainan kedua-kedua pasukan semalam ada kelas tersendiri dengan gerakan pantas dan kawalan bola setanding dengan liga luar negara.saya amat tertarik dengan persembahan tersebut memang ada kualiti.harap FAM dapat mengorak langkah lagi untuk mempertingkatkan lagi mutu MSL musim depan dengan memperbanyakan lagi pasukan mahupun kelab untuk bersaing dlm MSL..harap2 FAM tidak mengubah format super leauge yg sedia ada.supaya pasukan PKNS dan SARAWAK dapat bermain ke liga super pada musim 2011-2012.Haraf FAM tidak memilih bulu mana-mana pasukan.

kerie sukri

tahniah kpd skuad penyu..anda telah berjaya..

Theosharizzal Fabrezzal

syabas kepada pasukan terangganu kerana menjulang piala F.A. Permainan kedua-kedua pasukan semalam ada kelas tersendiri dengan gerakan pantas dan kawalan bola setanding dengan liga luar negara.saya amat tertarik dengan persembahan tersebut memang ada kualiti.harap FAM dapat mengorak langkah lagi untuk mempertingkatkan lagi mutu MSL musim depan dengan memperbanyakan lagi pasukan mahupun kelab untuk bersaing dlm MSL..harap2 FAM tidak mengubah format super leauge yg sedia ada.supaya pasukan PKNS dan SARAWAK dapat bermain ke liga super pada musim 2011-2012.Haraf FAM tidak memilih bulu mana-mana pasukan.

lagenda teragung

go more klate go more

disaat kelantan bersiap sedia utk merayakan detik2 kemenangan...tetiba "terengganu'muncul dgn kemenangan bergaya sebagai juara Piala FA 2011....memang fantastik..itulah 'bolasepak'....

rez

tahniah dan syabas terengganu..
peteh ganu peteh...

russhuhaila_91

memang ganu nelang...tahniah ganu...seterusnya misi rebut piala liga super...memang ganu terbaik...syukur alhamdulillah...

mki73

syabas ganu.. ganu memang nelang....

go.. go.. go.. for goall!!!!

rez

tahniah dan syabas terengganu..
peteh ganu peteh...

Wan iman hamdan

Tahniah Terengganu kerana tak main cah keting yang bertujuan nk cederakan PEMAIN trw Spt liga super 6 Jun lepas. Tahniah trw kerana bermain cemerlang. Gomo kelate gomo.

KA

kelantan kecundang disebabkan penonton sendiri kerana melontar bunga api kegawan lawan - asasnya permainan terhenti terlalu lama menyebabkan momentom dan tektik melengahkan permainan disaat akhir membawa kealpaan kepada pemain kelantan - walau bagaimanapun syabas kelantan.

zul_jerong

syabasss...ganu memang best..wt klate..usaha lg..

naz2yunan

tahniah ganu.........tahun dpan usaha lgi

princess zara

tahniah kpd skuad trg, syabas kpd penyokong kerana berperangai elok....

Nik Pesse

Tahniah ganu... walaupun klate kalah, tapi kami bangga jadi rakyat klate...

A.Rahman Ot.

Tahniah Ganu...London Terussssss.......!!!!!

M Ridzman

Peteh Ganu peteh..Ganu patah Kelantan dan sememangnya skuad yg terbaik dlm permainan patut menang. Kpd skuad Red Worrior usaha lagi. Senyum lebar Agong kita mlm tadi. Majulah sukan untuk negara!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Bagai mati hidup semula'

Posted: 11 Jun 2011 04:34 PM PDT

BAGAI mati hidup semula. Itulah perjalanan Terengganu ketika menjuarai Piala FA buat kali kedua malam tadi selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Ketika Kelantan hampir membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat pertama kali sejak kejohanan diperkenalkan pada 1990 apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-80, Terengganu mengheret perlawanan ke masa tambahan hasil tandukan ke gawang sendiri Daudsu Jamaluddin.

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias meledak gol kemenangan pada babak kedua masa tambahan untuk mengecewakan Kelantan buat sekian kalinya dalam saingan Piala FA yang mula diperkenal pada 1990.

"Kemenangan ini amat besar buat Terengganu yang sejak 10 tahun lalu, tidak memenangi sebarang kejuaraan besar," kata pengendali Irfan Bakti Abu Salim selepas perlawanan malam tadi.

"Kejayaan ini hasil kerja keras pemain yang menurut arahan supaya kekal fokus sehingga wisel penamat. Hasilnya kami dapat menyamakan kedudukan pada minit terakhir masa kecederaan."

Kapten Terengganu, Marzuki Yusuf dinobat Pemain Terbaik dan Irfan serta anak buahnya bakal terbang ke London sebagai ganjaran kejayaan seperti dijanjikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mcboy appey

punca kekalahan kelantan ialah:-
kecuaian daudsu
leka ketika leading 1:0
cepat berbangga diri
semangat pemain terengganu yg stedy

wanzz

penyokong kelantan mmg tak pernah berubah...tak bertamadun...kelantan sebuah pasukan yg hebat ttpi tercemar dgn tindakan penyokong yg slalu mnimbulkan masalah...disebabkan masalah yg anda timbulkan pasukan kelantan yg sepatutnya menang pelawanan itu trpaksa menerima akibatnya...syabas penyokong kelantan tngkatkan lg cara mnyokong mcm tu ok...hehehehe....

lordvader9293

pergh...ganu mng kih nasib..pengadil men tipu...pengadil X ADIL..xkan org klantan je yg reti men mercun?????

melor boz

pergh.....ref men tipu...pengadil X ADIL..pengadil PEMUSNAH game!!!!..

NN

Terengganu menang adalah kesilapan dari Kelantan sendiri.. terima la kekalahan wahai pyokong kelantan.. kalau daudsu tak tanduk pon ada pemain terengganu duk blakang daudsu dan boleh kick masuk goal..

Tambahan 5 minit masa insiden, dan 4 minit masa kecederaan.. gol pada minit ke 98.. salah siapa tmbahan 5 minit masa insiden?? penyokong sendiri.. itu lah padahnya..

Salute ngan kekuatan mental skuda penyu.. tanpa berputus asa.. Kelantan terlampau selesa sehingga lalai sendiri..

Apa apa pon, moral pemain kelantan dan terengganu , menunjukkan yang kita pantai timur bermoral tinggi.. tiada pergaduhan berlaku.. TAHNIAH!!

razie_86

perhh..mcm x caye bro wlau pn gue penyokong fanatic red giant tp gue tabek spring roll lah...peteh ganu peteh..idop red giant..

raziano_messi86

perhh..mcm x caye bro wlau pn gue penyokong fanatic red giant tp gue tabek spring roll lah...peteh ganu peteh..idop red giant..

myo

Lain kali jadi penyokong bertamadun..kerana membawa mercun ke stadium perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit..kalau jadi bertamadun masa tambahan cuma 4 minit dan akan tamat pada minit ke 94..tiada gantian masa selama 4 minit lagi..tiada gol penyamaan pada minit 97..sokongan dah mantap tp dek kecetekan akal sesetengah penyokong pasukan yg jadi mangsa..apapun ini pengajaran...

mat

Tahniah buat trg, apa-apa perlawanan sudah ada [asti yang kalah dan yang menang. Hanya kealpaan yang akan membawa padah. apapun mesti terima hakikat.

li

Penyu menangis lagi bukan kerana kecewa,
penyu menangis kerana gembira. Syabas terengganu, juaraaaaaaaaaa.

esyam

Terengganu sudah kelihatan hilang arah setelah gol pertama kelantan... Nmun bangkit semula setelah mendapat "hadiah saguhati" di saat2 akhir oleh pemain kelantan sendiri. Terengganu perlu ucap terima kasih kpada Daudsu diatas "peluang" yang telah diberi. Tahniah juga kpd kedua-dua pasukan yang kental dan berusaha untuk memenangi perlawanan ini. Namun perlu penyokong perlu jaga etika.. dek krn "objek" yg dilempar tu la... tambahan masa diberikan.. andainya tiada insiden sebegitu.. barangkali Piala FA sudah menjadi milik Kelantan.
~Kali ni tiada gol kontrovesi..hanya gol sensasi~

saiful

kelantan tetap dihati.. menang kalah ada permainan la...

izziaisyafiq

tahniah...dan syabas terengganu,pasukan anda telah bangun kan saya dari tido smlam slepas hampir2 tersungkur..dan disbbkan pasukan andalah sampai pg saya xtido ...berbaloi2 mmg berbaloi..cuti..cuti...nak top up x tido smlam nih

esyam

Terengganu sudah kelihatan hilang arah setelah gol pertama kelantan... Nmun bangkit semula setelah mendapat "hadiah saguhati" di saat2 akhir oleh pemain kelantan sendiri. Terengganu perlu ucap terima kasih kpada Daudsu diatas "peluang" yang telah diberi. Tahniah juga kpd kedua-dua pasukan yang kental dan berusaha untuk memenangi perlawanan ini. Namun perlu penyokong perlu jaga etika.. dek krn "objek" yg dilempar tu la... tambahan masa diberikan.. andainya tiada insiden sebegitu.. barangkali Piala FA sudah menjadi milik Kelantan.
~Kali ni tiada gol kontrovesi..hanya gol sensasi~

aisya

terengganu tak putus asa..a good game....kelantan kelamkabut bila masuk masa tambahan..game yg seimbang..pasukan yg tak putus asa yg akan menang...

jaming

kekalahan kelantan berpunca daripada sikap segelintir penyokong yang membaling mercun,,,sehingga menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan selama 5 minit..jumlah minit keseluruh perlawanan tidak lagi menjadi 90minit..menjadi 95minit di tambahkan pula masa tambahan sebanyak 4 minit..jadi 99 minit...

Gol sendiri daud su bukan lah kesalahan darinya...kerana daud su menjaringkan gol sendiri pada minit 97..kalau lah sikap penyokong yang tidak mencuri masa permain di padang maka menang la pasukan anda..!!!!sedarlah...ape2 pon ini adalah takdir...jangan marah2 kerana kalah...jangan marah2 kerana abis wang ...bkn MUTU PENGADILAN YG TERUK..tp sikap penyokong yg macam ayam kampung msuk bandar...dari dulu smpai skrg same x berubah...jgn gadoh dengan bini...jangan bermasam muke dgn kwn2 lain negeri..!!!kita adalah penyokong harimau muda....1Malaysia!!!

panda

@mat nif: maafkanla saya kalau salah..masa anda lihat tu adlah slah...perlawanan sudah diberhentikan selama 5 minit akibat balingan mercun dr pnyokong kelantan,,jikalau anda berada di stadium mungkin anda fahami perkara sebenar..perkiraan dia mudah saja..90 mnit yang asal dtambah dengan 5minit yang diberhentikan..selepas itu ditambahkan lg masa kecederaan selama 4 minit..maka jadilah 99 minit..harap anda lebih maklum.janganlah asyik nak salahkan pengadil kalau x tahu situasi sebenar..

lidya

beshh er g landonnn

din sogo

kelantan patut kalah,terlalu yakin untuk menang tapi tak tengok kekuatan orang lain,idup gannu. gannu hebat

miyoshi

tganung mmg nelang!!!!

din sogo

kelantan patut kalah, terlalu yakin untuk menang tapi tak tengok kekuatan orang lain,idup gannu. gannu hebat

suhaila

Kesilapan awal penyokong fanatik kelantan dan kelekaan pemain di akhir masa tmbahan telah memakan diri sendiri.. pasni amik iktibar.. jgn salahkn pihak lawan atas kesilapan sendiri.. Tahniah Terengganu..

Penyu

Kesedaran dan disiplin penonton adalah perlu demi memartabatkan bolasepak negara amnya dan negeri khasnya,malam tadi saya telah membawa 4 tetamu saya dari Newcastle untuk melihat sendiri perlawanan berprestij FA Cup tapi malangnya incident yg tak diundang seperti pacaran laser dan juga bunga api menunjukkkan masyrakat kita masih berada di tahap bawah.Apa yang saya dapat lihat di London misalnya walaupun pasukan mempunyai penyokong fanatic tapi mereka tetap berdisiplin,apa pun saya mengucapkan tanhiah kepada pasukan negeri saya TERENGGANU setelah berjaya membawa pulang FA Cup ke Terengganu selepas 11 tahun dan tak lupa juga kepada coach Irfan yg tidak putus asa dari awal hingga akhir game dan juga ucapan terima kasih di atas keberangkatan baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan dan juga Datuk ahmad said telah memberikan semangat kepada semua pemain......SYABAS TERENGGANU

Mohd Nor

Salam
Tahniah kepada kedua2 pasukan berjiran....
Gergasi Pantai Timur akan terus gah dipersada
liga Malaysia
Harap Pehe dapat bangkit seiring dengan Klate & Tganu
Tq

nurul filzah

tahniah terengganu. .

muhamad shaari

kalah menang adat permainan,yang penting sekarang sekalung tahniah kepada peyokong terengganu dan kelantan kerana sudah semakin matang dan bijak megawal emosi demi perpaduan satu ummah dan semangat kesukanan..terima kasih kepada semua penyumbang yg bermurah hati menghadirkan kedua-dua penyokong ke bukit jalil

nia

setiap perlawanan dengan kelantan, mesti da penyokong bawa mercun. tak boleh lah macam tu, rosak nama kelantan. macam kes malam tadi.

ganu

tahniah team Peteh.....comeback yg dramatic...team lain termasuk team Kelantan perlu contohi....

nazri

tahniah terengganu dapat membawa balik piala FA.terengganu usaha anda memang berbaloi-baloi..

zul_jerong

klu dh kalah tu mcm2 alsan..permainan best tp pnyokong..xbrdsiplin lnsung..pndek cter xmatang lnsung!!!!!

aini mahassan

kcewa sebab kelantan kalah..Tapi apa2 pun kelantan tetap hebat..

cucu atuk

alah....menang pun sebab kelantan tolong sumbat...lau x...tak tahu la cam mane..huhu ape pun kelantan tetap hebat dan tidak akan putus asa..mungkian rezeki kat lain..i'allah

farhah

tahniah terengganu..

mohd zailani osman

sekalung tahniah terengganu juarai Piala FA, jelas menunjukaan kesabaran dlm permainan serta ikut arahan mampu mengatasi corak permaianan yg kasar dan melampaui keyakinan (over confident).

puok kito

Punca kekalahan kelantan kerana sikap penyokong yg tak matang.Apapun syabas kepada pemain Kelantan yg bermain dgn baik malah lebih baik dari Trengganu cuma nasib tidak meyebelahi

airel fahmi

sebenarnya,ada muslhat yang kita semua tak tahu diatas kekalahan kelantan.walaupun perit,tetapi semua pemain terpaksa menelan hakikat akan kekalahan mereka.hanya jauhari mengenal manikam...

mat nif

xpe klate xjtuh maruah sgt n kcewa sgt bg selruh peminat klate pun sbb kita berjaya n kita tau kita dapat menewaskan mane2 pasukan pun seperti kita sudah buktikan sepanjang 90 minit walaupun taktikal pasukan lawan amat ghairah laju untuk membenam team kita..so we all itu petanda team kita kuat buat mereka n barisan pemain yg digeruni lawan..cme pd final ni mang ramai yg mengakui fakta skalipun,bola sepak profesianal setiap kesilapan akan di hukum,jdi disiplin yg tinggi amat di tuntut sepanjang 90 minit hngga wisel penamat di tiup berjuang smpai habis...ini bermakna klate sudah bermain pd tahap sebenarnya cme kelemahan mutu pihak pengadilan terlampau leka nk tgk jam,atau sngja buat2 lupa ingatan,lupa mase sebenar sudah pun tamat,,shgga melewati mase tambahan 4 minit hingga melampaui 7 minit menyebabkan kelebihan kpd team terengganu mencari gol penyamaan..itu la yg di kesali mutu pengadilan yg amat rendah n xcukup profesional ilmu pengadilan,penilain,kecekapan...dituntut belajar lebih lg ilmu dri negara kuasa besar dunia.di samping itu mebi kuasa besar terengganu yg sedang memegang teraju agung negara memberi kelebihan untk mengawal kuasa pihak pengadilan..gd luck sukan bola sepak tanah air...

brokrie

tahniah.....semangat juang yg amat tinggi....

Kayme

The key man last night is the coach Irfan Bakti! He deserved to get Datuk title after this.

abdul basa

mereka akan bergelar juara apbila mereka meraih kemenangan.thania kpd psk terangganu.

Norazhar Haidir

Terengganu di lihat lebih berkehendakkan kemenangan berbanding Kelantan, bermula dari gelagat jurulatih,pemain hinggalah penyokong. Tika sepatutnya perlu terus memberi tekanan pada lawan, pemain Kelantan terutama Mat Yo memilih utk melambat-lambatkan permainan ke penjuru padang hingga terbazir dua sepakan percuma.Harap Karathu sedar kesilapan ini

Ani

Mungkin kerana masa tambahan pemain2 telah kehilangan tenaga terutama pemain Kelantan. Moral of the story, selagi permainan belum tamat, jangan sekali2 berputus asa atau leka.

zakaria Ganu

Syabas kepada semua pemain dan pengurusan team Terengganu. Ternyata Terengganu Nelang.

cg razis

Tahniah Turtle warior..berkat kesabaran anda akhirnya berjaya menjuarai Piala FA..seluruh peminat pasukan terengganu berbangga dgn anda!!!nak tanya sikit..knp annuar musa tak turun mengiring SPB Yg Dipertauan Agung semasa penyampaian hadiah????

sara dyba

nak kelantan menang!!!

eddie

memang pada keseluruhannya Terengganu mengusai permainan..cuma kelantan bernasib baik dapat menjaringkan gol terlebih dahulu..walau bagaimana pun strategi defensive yang diaturkan oleh Datuk Karathu telah memakan diri pasukan Kelantan..

wm afnan

syabas tganu menang, tapi untk perlawanan akan datang janganlah harap pemain lawan tolong jaringkan gol. Kena cari gol hasil usaha sendiri. Nasib tak selalu menyebelahi kita

askme

Kurang bijak penyokong membuat kelantan rugi, 4 minit masa tambahan .. lain kali fikir

Psivik

Tahniah buat Terengganu, Takziah buat Kelantan...Apa pun keseluruhannya Pendidikan Sivik di kalangan penonton yg mmg tiada Sivik langsung dengan menggotorkan persekitaran..Memang benarkah RAKYAT negeri tersebut penggotor..???..Contohi masyarakat dunia yang lain bagaimana punyai semangat bola sepak yang tinggi tanpa mencemarkan persekitaran... jika ingin lihat kejayaan bola sepak negara...

ab rashid

Tekanan menyebabkan Kelantan tewas (tidak bermain ditahap sebenar). Syabas Terengganu, tidak mudah mengaku kalah

allok

tahniah kpd psukan trngganu...kalau boleh pasukan yg lain pun buatlah satu perubahan yg drastik...untk mngembalikan kegemilangan bola sepak tanah air..

madina

kesian tengok irfan mlm tadi, masa kelantan leading irfan tk putus2 atur strategi, smpai basah baju dek peluh, thniah coach

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan