Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Terima kasih Daudsu'

Posted:

'Terima kasih Daudsu'

'Terima kasih Daudsu'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR


para pemain Terengganu meraikan kejayaan merangkul Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


'TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin'.
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.

Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.

Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.

Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.

Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.

Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.

Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.

Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.

Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.

Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.

Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.

Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.

Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.

Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emas bola keranjang milik Johor

Posted:

Emas bola keranjang milik Johor

Emas bola keranjang milik Johor

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


PEMAIN Johor tersenyum bangga selepas memenangi pingat emas acara bola keranjang di Kuala Lumpur semalam.


PENUH dramatik.
Itu gambaran aksi final acara bola keranjang lelaki yang menyaksikan pertemuan di antara Johor menentang Wilayah Persekutuan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang berlangsung di Stadium MABA Kuala Lumpur semalam.

Segala-galanya bermula apabila kedua-dua pasukan saling kejar-mengejar mata pada suku pertama, kedua, ketiga dan keempat perlawanan.

Johor yang pada awalnya dilihat berpeluang cerah untuk memenangi perlawanan terpaksa menunggu lama apabila Wilayah Persekutuan menyamakan kedudukan 79-79 pada lewat babak keempat.

Ia sekali gus memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Namun, percaturan serta strategi yang diatur jurulatih Johor, Yong Wan Ann nyata membuahkan hasil apabila skuad kemdaliannya itu muncul selaku juara setelah mencatatkan kemenangan 90-85.

Wan Ann memuji persembahan yang dipamerkan salah seorang pemainnya, Khaw Yeong Wooi yang tampak serasi bersama rakan-rakan yang lain biarun hanya satu hari menjalani latihan bersama mereka.

"Yeong Wooi menjalani latihan bersama kelabnya di Singapura dan hanya pulang menjalani rakan-rakannya sehari sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur," kata Wan Ann ketika ditemui pemberita sejurus selapas tamat aksi final semalam.

Tambah Wan Ann, meskipun perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan, namun ia tetap yakin bahawa anak-anak buahnya masih mampu meraih pingat emas.

"Semua pemain saya mampu beraksi dengan baik jika dibandingkan dengan Wilayah Persekutuan.

"Ini kerana, hanya tujuh hingga lapan pemain mereka sahaja dilihat mampu beraksi dengan baik," tambahnya.

Terdahulu, Melaka mengesahkan pingat gangsa menjadi milik mereka selepas mencatatkan kemenangan ke atas Pahang 65-61 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MSSM unggul di kolam renang

Posted:

MSSM unggul di kolam renang

MSSM unggul di kolam renang

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


RATU renang MSSM (dari kiri) Caroline Chan, Mak Ai Sin, Chris Tan Li Ling dan Angela Chieng bangga menunjukkan pingat emas yang mereka menangi dalam acara 4x100m gaya bebas wanita di Melaka semalam.


MAJLIS Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terus mendominasi acara renang pada Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Keempat apabila mengutip enam daripada 10 emas yang dipertandingkan di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka semalam.

Emas pertama MSSM disumbang oleh Caroline Chan dalam acara 50 meter (m) gaya lentang wanita dengan catatan 32.26 saat.

Boey Wen Teng dan Khaw Chan Hao menambah emas kedua dan ketiga MSSM apabila mereka mengungguli acara 200m gaya dada wanita dan lelaki selepas merekodkan masa 2 minit 52.54 saat dan 2 minit 35.16 saat.

Chris Tan Li Ling terus menceriakan kem MSSM apabila menyumbang emas keempat MSSM dalam acara 100m gaya bebas dengan catatan masa 1 minit 1.94 saat.

Lebih manis, catatan masa Li Ling itu juga berjaya memecahkan rekod kejohanan 1 minit 2.75 saat yang dicipta Hii Siew Siew juga dari MSSM pada 2007.

Emas kelima MSSM pula disumbangkan Amanda Pasaoa dalam acara 100m gaya lentang wanita dengan catatan masa 1 minit 11.12 saat.

Kuartet dari MSSM yang diwakili Caroline Chan, Angela Chieng, Mak Ai Sin dan Chris Tan tampil bertenaga apabila mencipta rekod baru kejohanan dalam acara 4x100m gaya bebas wanita sekali gus menyumbang emas keenam.

Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) turut memenangi dua emas menerusi Teh Wie Pin dalam acara 50m gaya lentang lelaki (28.79s) dan 100m gaya lentang lelaki (1:02.81s) manakala dua lagi emas dirangkul Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menerusi Clement David Leong dalam acara 100m gaya bebas (54.49s) dan kuartet 4x100m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3 minit 43.64 saat yang turut memecah rekod kejohanan yang dicipta MSSM pada 2005.

Selain renang, acara tenpin boling turut mempertandingkan dua pingat emas dalam acara Master Lelaki dan Master Wanita.

Pingat emas acara Master Lelaki dimenangi Fahmi Bahri Sulaiman dari MASUM dengan 1,710 jatuhan pin manakala Tengku Emanina Laily Tengku Zahri juga dari MASUM meraih pingat emas dalam acara Master Wanita dengan 1,571 jatuhan pin.

Dalam pada itu, acara hoki yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka menyaksikan MASUM menyapu bersih pingai emas yang dipertandingkan apabila memenangi acara hoki lelaki dan wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan