Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Optimis kembali bangkit di Beirut

Posted: 11 Jun 2011 09:41 AM PDT

KEKALAHAN kepada skuad Kebangsaan Kemboja 1-0 dalam perlawanan persahabatan tempoh hari cukup memberi pengajaran berguna kepada skuad Olimpik negara supaya bangkit semula untuk mencipta kejutan dalam misi utama kelayakan Sukan Olimpik 2012.

Menurut jurulatih negara, Ong Kim Swee keputusan buruk itu tidak melunturkan semangat anak buahnya menjelang pertembungan dengan Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan 19 Jun ini di Beirut.


Malah beliau yakin, skuad bimbingannya mempelajari sesuatu daripada Kemboja, skuad yang dianggap kerdil di rantau ini.

"Kemboja menunjukkan semangat juang yang tinggi, mereka bermain seperti dalam perlawanan akhir. Walaupun mereka kurang daripada segi kemahiran tapi bersungguh-sungguh ketika beraksi.


"Ini pengajaran berguna kepada kita, saya harap pemain sedar, ada baiknya juga kita kalah dulu untuk menyedarkan mereka," katanya.


Dalam perlawanan yang berlangsung di Phnom Penh Isnin lalu, Malaysia gagal bangkit memburu gol selepas dibolosi gol awal menerusi jaringan penyerang lincah, Kouch Sokumpheak pada minit ke-10.

Walaupun gagal meraih keputusan yang diharapkan, skuad Olimpik negara masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan apabila mereka berkunjung ke Doha semalam bagi latihan dan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Qatar.


Untuk itu, Kim Swee memilih 21 pemain bagi menyertai skuad kali ini yang bakal diketuai penjaga gol Liga Super Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pengendali negara itu berharap, pemain dapat meningkatkan prestasi selama mereka berkampung di Doha.


"Perlawanan dengan skuad Olimpik Qatar ini adalah peluang terbaik untuk saya menguji dan menyusun strategi terakhir sebelum bertemu Lubnan.


"Ini kerana skuad Olimpik Qatar adalah pasukan lebih baik daripada kita malah saya berpendapat kekuatan mereka ini seimbang dengan Lubnan," katanya.


Bercakap mengenai peluang skuad negara untuk mencipta sesuatu di Beirut, Kim Swee nyata optimis dengan kemampuan anak buahnya.


"Semestinya kami mengharapkan kemenangan tapi kita perlu realistik, Lubnan pasukan yang bagus, tapi jika pemain menggandakan usaha, misi kali ini bukan mustahil," jelasnya.


Selepas beraksi di Beirut, Malaysia dan Lubnan akan bertembung sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun.


Skuad negara beraksi di pusingan kedua selepas menumpaskan Pakistan pada pusingan awal menerusi agregat 2-0 Mac lalu. Malaysia memburu tiket ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980 namun tidak mengambil bahagian kerana kerajaan membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga Jones melambung

Posted: 11 Jun 2011 09:38 AM PDT

ISU kewangan kini menjadi halangan terbaru dalam proses perpindahan Phil Jones ke Manchester United.

Blackburn kini meletakkan tanda harga pemain itu ke paras 25 juta (RM122.4 juta) berbanding 16.5 juta (RM80.8 juta) yang sepatutnya dibayar United bagi mendapatkan pemain itu.


United tetap yakin mereka akan mendapatkan pemain itu selepas pertahanan berusia 19 tahun itu bersetuju dengan syarat yang diletakkan dan lulus ujian perubatan, Rabu lalu.

Begitupun mereka mula kecewa dengan keengganan Rovers melepaskan pemain itu.


United bersetuju untuk mengikut syarat pembelian 16 juta (RM78.3 juta) dalam kontrak lima tahun yang ditandatangani Jones, Februari lalu.


Bagaimanapun, kini pemilik Blackburn, Venky's menjelaskan mereka tidak akan menerima bidaan itu dan meletakkan Jones pada harga sekitar 25 juta.

Isu perundangan masih belum diselesaikan sepanjang tempoh tiga hari ini tetapi sumber Old Trafford menyatakan tawaran itu akan diselesaikan segera.


Jones begitupun kini berada di Denmark bersama skuad bawah-21 England.

Perkembangan terkini mengenai Jones turut menarik perhatian legenda Rovers, Kevin Gallacher.


"Saya fikir harganya terlalu murah. Dia mempunyai kualiti yang hebat dan akan menjadi semakin hebat bila berada dalam pasukan seperti United.


"Pada pandangan saya, Blackburn harus menjualnya sekurang-kurangnya pada harga 20 juta (RM97.9 juta)," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan