Berita Harian: Sukan |
Posted: 15 Jul 2011 12:45 PM PDT Sukan "KAMI menjanjikan perubahan ketara apabila bertemu Liverpool esok (hari ini). Ketika menentang Arsenal, itu bukan pasukan kebangsaan sebenar. Harimau Malaya akan menunjukkan belang sebenarnya!" Itu janji kapten negara, Safiq Rahim menjelang perlawanan persahabatan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini yang menjadi ujian terakhir buat Datuk K Rajagobal menjelang perlawanan lebih penting pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura, 23 dan 28 Julai.Penting bagi kami memenangi sebarang perlawanan tetapi untuk pertemuan dengan Liverpool ini, saya turut disuntik semangat mahu mengecewakan musuh ketat pasukan pujaan saya, Manchester United Safiq Rahim Ketua pasukan Malaysia Selepas kekalahan 4-0 di tangan Arsenal Rabu lalu, anak buah Rajagobal kini kembali bersemangat untuk menebus maruah walaupun keputusan perlawanan dengan kelab Inggeris itu tidak membawa sebarang makna."Ia mungkin sekadar perlawanan pertunjukan, tetapi bagi saya dan rakan, kami mengambil serius perlawanan ini," kata Safiq yang menyumbang dua gol ketika perlawanan pusingan pertama menentang Taiwan. "Penting bagi kami memenangi sebarang perlawanan tetapi untuk pertemuan dengan Liverpool ini, saya turut disuntik semangat mahu mengecewakan musuh ketat pasukan pujaan saya, Manchester United." Walaupun beraksi bagai pasukan pelawat ketika ditewaskan mudah Arsenal Rabu lalu, Safiq dan rakan sepasukan bertekad mahu memperbaiki kesilapan dan kelemahan pada aksi petang ini, sekali gus memikat kembali sokongan padu terhadap skuad Harimau Malaya. "Tetapi kekecewaan itu sudah kami lupakan dan tumpuan kini ialah menebus kesilapan itu. Perlawanan ini bukan saja penting untuk mengembalikan keyakinan kami, tetapi sebagai batu loncatan berdepan Singapura nanti." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 15 Jul 2011 12:16 PM PDT Sukan COLE (kanan) ketika sesi bertemu peminat cilik, Zuhaily Rashid Rosli, semalam. Gambar kecil Joel Jevan Raj. FENOMENA jelajah EPL Asia 2011 nyata memberi kesan mendalam kepada seorang peminat remaja kelab Liga Inggeris Liverpool, Joel Jevan Raj, 15, apabila sanggup hadir seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan autograf pemain kegemarannya, Joe Cole di cawangan Courts Setapak, semalam. Pelajar tingkatan tiga itu yang ditemani ibu dan sepupunya turut teruja untuk melihat pemain tengah The Reds itu secara dekat, selain mengabadikan autograf Joe Cole di sehelai baju kegemarannya. "Saya akan menyaksikan perlawanan petang esok (petang ini) untuk melihat aksi Liverpool terutama Joe Cole yang mula saya minati sejak Tahun 4 lagi. Saya sangat gembira kerana berpeluang bertemu dengannya secara dekat."Dia sempat berkata kepada saya yang dia sangat berbangga untuk bertemu dengan saya dan saya membalasnya dengan mengucapkan terima kasih. Itu saya tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila," katanya yang akan mengabadikan baju itu dalam bingkai kaca sebagai kenang-kenangan. Begitupun, remaja yang menetap di Gombak itu turut menyimpan hasrat untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya menampilkan corak permainan lebih garang ketika bertemu skuad di bawah pengurusan Kenny Dalglish itu. "Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya inginkan Malaysia menang tetapi saya juga mahu melihat pasukan kegemaran saya (Liverpool) menjaringkan gol. Kalau boleh seri pun sudah memadai," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan