Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Jul 2011 09:55 AM PDT SINDIRAN jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho nyata tidak disenangi Datuk K Rajagobal namun itu tidak bermakna tumpuannya untuk membimbing skuad kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Singapura dalam aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar hari ini terjejas. Sebaliknya, pengendali negara yang membawa Harimau Malaya ke mercu kejayaan pada Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF Disember lalu itu yakin barisan pemainnya bersedia 'membaham' Singa bagi memastikan situasi lebih selesa sebelum perlawanan timba balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.
Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.
Ini kali pertama Malaysia dan Singapura bertemu di kejohanan antarabangsa selepas Piala AFF 2007 dan Sukan Sea 2007 dengan skuad kendalian Radojko Avramovic memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertembungan itu.
Bagaimanapun Rajagobal tidak berminat membuat perbandingan mengenai keputusan terdahulu.
|
‘Metro, tak mau cakap’ Posted: 22 Jul 2011 09:47 AM PDT TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim melancar 'perang dingin' terhadap media apabila memberi reaksi negatif ketika cuba dihubungi untuk memberi penjelasan. KOAM terus dihambat dengan belenggu permasalahan yang belum selesai bermula dengan Pusat Latihan Ranau, Sabah, isu dadah dan terbaru kes membabitkan Noraseela yang mendakwa ketiadaan jurulatih mengakibatkan prestasinya merudum, KOAM semakin mengganas.
Khamis lalu Karim bertindak di luar jangkaan apabila menengking seterusnya menghalau Noraseela keluar daripada pejabat KOAM di Bukit Jalil.
Noraseela ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan turut terkejut dengan tindakan Karim yang menghalaunya keluar daripada pejabat KOAM tanpa sebarang sebab.
"Yang pasti, saya tidak melakukan kesalahan. Semua orang mempunyai bukti dan kini mereka sendiri boleh menilai," katanya yang mengaku terkejut dengan reaksi Karim.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan