Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


2 langkah lagi!

Posted: 12 Aug 2011 12:59 PM PDT

Sukan

Chong Wei makin yakin julang pingat Kejohanan Dunia

"DUA langkah lagi!"

Itulah ayat pertama terpacul daripada mulut jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei sejurus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Dunia di Arena Wembley di London, semalam Chong Wei yang juga pilihan pertama hanya mengambil masa 24 minit untuk menamatkan perjalanan penuh dongeng pemain digelar 'pembunuh gergasi' edisi kejohanan kali ini, Kevin Cordon dari Guatemala, 21-7, 21-13.

Kemaraan ke separuh akhir itu juga harus mencetuskan keyakinan tambahan kepada pemain 29 tahun itu untuk memburu kejuaraan pertamanya selepas menyamai pencapaian terbaik pada penampilan sulungnya di Annaheim 2005.

"Selepas gagal mara ke separuh akhir dalam empat penampilan terakhir sebelum ini, kejayaan ini melegakan saya. Namun, misi belum berakhir kerana ada dua langkah lagi," tegasnya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

'Perbalahan' Teik Chai-Bin Shen, BAM selesai: Chin Chai

Posted: 12 Aug 2011 12:54 PM PDT

Sukan


PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menegaskan 'perbalahan' antara mereka dan pasangan profesional, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen yang dinafikan hak beraksi dalam Kejohanan Dunia di Arena Wembley, sudah diselesaikan dengan baik.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, demi kepentingan dan masa depan badminton negara, pihaknya mahu isu pengguguran pasangan KLRC itu daripada beraksi pada kejohanan berprestij itu, ditamatkan. "Kami meminta Persatuan Badminton Kedah dan Selangor mengambil tindakan ke atas pasangan itu kerana mereka tidak mengikut saluran dalam menyatakan ketidakpuasan hati berhubung pengguguran mereka dari Kejohanan Dunia.
"Jadi, kami menyerahkan kepada kedua-dua ahli gabungan itu, sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak. Jika mereka tidak mahu mengambil tindakan, kami tidak kisah dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan," katanya semalam.

Chin Chai yang juga pengurus pasukan skuad negara berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan yang lebih telus dalam pemilihan pemain untuk beraksi pada sesuatu kejohanan di masa depan, bagi mengelakkan isu seperti itu berulang.

"Pada masa sama, BAM masih membenarkan pasangan itu menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dua kali seminggu seperti sebelum ini," katanya.
Teik Chai-Bin Shen sebelum ini layak secara merit ke Kejohanan Dunia, namun BAM bertindak menggugurkan mereka dan menggantikannya dengan beregu sendiri, Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How yang terkandas di pusingan kedua, Rabu lalu.

Tindakan itu membuatkan Teik Chai-Bin Shen berang dan meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa BAM mengeluarkan garis panduan jelas mengenai pemilihan pemain ke Sukan Olimpik 2012.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan