Harian Metro: Arena |
Posted: 12 Aug 2011 10:32 AM PDT DATUK Lee Chong Wei menganggap Chen Jin kemungkinan besar ditemuinya di separuh akhir hari ini sebagai lawan sukar yang boleh ditumbangkan. Selepas cemerlang menumbangkan Kevin Cordon dari Guatemala 21-7, 21-13, pemain utama negara itu kini menunggu keputusan perlawanan antara pemain China itu dengan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark lewat malam ini.
"Saya sudah melihat permainannya di Wembley Arena ini dan tahu apa yang perlu dilakukan.
Kali terakhir Chong Wei bertemu Chen Jin yang juga juara tahun lalu, adalah di separuh akhir Sukan Asia Guangzhou tahun lalu.
Chong Wei dijangka bertemu Lin Dan dalam perlawanan akhir edisi ke-19 ini - pertemuan yang dinanti-nantikan kerana membabitkan dua pemain terbaik era ini.
|
Posted: 12 Aug 2011 10:28 AM PDT JURULATIH skuad bola sepak Olimpik negara, Ong Kim Swee tidak sesekali meragui kemampuan Khairul Fahmi Che Mat untuk terus memikul tanggung jawab besar sebagai kapten meskipun penjaga gol nombor satu negara itu dilanda masalah peribadi. Menurut Kim Swee, Khairul Fahmi langsung tidak menunjukkan sebarang masalah ketika menjalani latihan bersama skuad Olimpik di Slovakia ketika ini biarpun sebelum ini wira Harimau Malaya itu membuat keputusan menggemparkan mahu memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi bulan lalu.
"Saya percaya dia pemain yang cukup profesional dan tidak perlulah saya dedahkan apa yang dia lakukan kerana sehingga kini saya puas hati dengan prestasi yang ditunjukkannya," katanya.
Kim Swee berkata, sejak menyertai latihan bersama skuad Olimpik di Slovakia, Khairul Fahmi sentiasa memberi komitmen tinggi dalam latihan.
"Biarpun kami kalah apabila saya menurunkan Apek dalam perlawanan itu, itu tidak bermakna dia mempunyai masalah. Saya lihat kekalahan ini berpunca daripada aksi semua pemain, bukan sebab dia seorang saja," jelas Kim Swee.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan