Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Peluang pikat Raja

Posted: 02 Aug 2011 11:09 AM PDT

KETIADAAN tiga pemain pertahanan Olimpik negara dan tonggak berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dalam kem latihan pusat Harimau Malaya bermula hari ini membuka ruang yang luas kepada beberapa pemain yang sering kali hanya memanaskan bangku simpanan.

Peluang yang terhidang kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memikat hati ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal selepas ada yang berasakan pertahanan negara yang dibarisi pemain yang sama sejak penghujung tahun lalu perlu diubah kerana dilaporkan menjadi salah satu faktor kekalahan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari.


Tiga tonggak pertahanan terbabit yang sering mendapat kepercayaan Rajagobal membarisi kesebelasan utama -Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli - bersama empat pemain lain menyertai skuad Olimpik negara di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang kini menjalani latihan di Slovakia.

Ketiadaan mereka meninggalkan lapan pemain bersaing untuk berada dalam kesebelasan utama termasuk pemain pertahanan tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah, Mohamad Azmi Muslim, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Faizal Muhamad.


"Kehadiran sejumlah pemain ini termasuk mereka yang sudah mempunyai berpengalaman yang luas di pentas antarabangsa mungkin dapat meningkatkan lagi kualiti benteng terakhir negara yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini. "Sebagai pemain, saya kena fikir positif perkara ini kerana sesiapapun mempunyai kemampuan untuk beraksi mewakili skuad negara. Cuma mereka perlu membentuk persefahaman dan komunikasi yang baik semasa sesi latihan serta diterjemahkan apabila turun beraksi dalam perlawanan sebenar," kata pemain negara, Mohd Asraruddin Putra Omar.


Dia yang sering menjadi pilihan Rajagobal mengisi posisi pertahanan kiri turut terkena tempias kritikan berikutan kerapuhan pertahanan negara turut berjanji untuk meningkatkan lagi prestasinya.

"Walaupun sering berada dalam kesebelasan utama, posisi ini masih belum menjadi milik saya sepenuhnya. Saya perlu mempamerkan persembahan yang lebih baik dan konsisten kerana pemain seperti Mohamad Azmi mampu menggantikan saya bila-bila masa saja," katanya.


Untuk sesi latihan pusat kali ini, Harimau Malaya dijadualkan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk menentang Oman di tempat lawan pada Rabu depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Azizul sah tarik diri

Posted: 02 Aug 2011 11:03 AM PDT

SELEPAS tidak beraksi di Sukan Universiti Dunia (Universide) di Shenzen, kelibat Azizulhasni Awang tidak akan kelihatan di temasya dwitahunan, Sukan Sea Palembang, November ini.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab yang mengumumkan bahawa pendahulu ranking Dunia dalam acara keirin itu hanya akan menumpukan perhatian untuk kelayakan Sukan Olimpik.


Biarpun, Azizul berpeluang cerah merebut emas dengan mudah terutama dalam acara pecut apabila tiada jaguh dari Asia Tenggara mampu mencabar pemenang pingat perak Kejohanan Dunia di Pruszkow, Poland pada 2009 itu, Abu Samah yakin dengan kehadiran barisan kedua negara mampu mengalas tugas Azizul.

"Ketika Indonesia mengumumkan pertambahan acara dalam trek, harapan mereka adalah untuk melihat Azizul beraksi di sana.


"Tapi saya maklumkan Azizul tidak akan mengambil bahagian kerana akan menumpukan kepada latihan dan berusaha mengumpul mata kelayakan ke Olimpik," katanya.


Namun Abu Samah meluahkan keyakinan terhadap keupayaan pelumba pelapis menyapu bersih pingat acara trek.

Katanya, kehadiran Mohd Arfy Qhairant Amran, pemenang pingat emas kategori remaja di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) Korat dalam acara pecut, Mohd Fattah Amri Zaid, Hafiz Sufian, Muhammad Edrus Md Yunos sudah cukup untuk mengibarkan cabaran di Palembang.


Bagaimanapun masih belum ada sebarang keputusan berhubung dengan senarai atlet yang akan mengibarkan cabaran negara. "Semua keputusan akan dibawa untuk dibincangkan dengan John Beasley terlebih dulu, termasuklah penyertaan Rizal Tisin dalam acara BMX," katanya.

Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran lima emas buat skuad berbasikal negara di Sukan Sea Palembang dengan Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong yakin kemampuan atlet untuk meraih lebih pingat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan