Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Muda garang di Slovakia

Posted:

Harimau Muda garang di Slovakia

Harimau Muda garang di Slovakia

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my



SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010

di Afrika Selatan.

Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda. Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.

"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. "Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.

Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. "Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu," ujar Kim Swee. Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

'Takkan satu emas sahaja'

Posted:

'Takkan satu emas sahaja'

'Takkan satu emas sahaja'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


KONTINJEN negara ke Sukan Universiti Dunia 2011 kini bersedia menggalas cabaran dengan misi untuk membawa pulang kejayaan.


KONTINJEN Malaysia yang akan beraksi pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 macam sudah tahu dengan kekuatan yang ada pada mereka.

Mana tidaknya, pada temasya yang akan berlangsung di Shenzen, China bermula 12 hingga 24 Ogos itu, Malaysia hanya meletakkan sasaran untuk membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Walaupun temasya tersebut bakal disertai beberapa negara gergasi dalam sukan, tetapi Malaysia seharusnya lebih berani untuk memberi cabaran agar atlet memiliki semangat untuk memburu pingat.

Satu emas yang disasarkan sekadar memberi gambaran bahawa kontinjen hanya memiliki kekuatan dalam satu acara sahaja.

Bagi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung, sasaran tersebut hanya bersandarkan kepada acara yang mempunyai peluang meraih pingat.

Menurutnya, sandaran terletak dalam acara terjun, renang, badminton dan berbasikal.

Bagaimanapuan, beliau menjelaskan bahawa tiada sandaran khusus diletakkan di atas bahu mana-mana atlet kerana tidak mahu memberi tekanan tambahan kepada mereka sepanjang beraksi di negara Tembok Besar itu nanti.

"Saya berharap barisan atlet negara terutamanya atlet baharu menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk membuktikan kebolehan masing-masing beraksi di pentas antarabangsa.

"Saya juga berharap atlet yang akan beraksi di Shenzhen kali ini dapat menjadi contoh kepada masyarakat dan membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam menjaga golongan pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan akademik.

Ia sekali gus dapat membantu usaha kerajaan menjayakan dasar 1Murid 1Sukan yang mula diperkenalkan baru-baru ini," jelas Kok Chung.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas acara penyerahan bendera kepada kontinjen Malaysia di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya semalam.

Tambah Kok Chung, pihak KPT juga akan memberi insentif khas dalam bentuk biasiswa pengajian kepada mana-mana atlet yang cemerlang di bumi China nanti.

"Kami (KPT) tidak bercadang memberi ganjaran dalam bentuk wang ringgit kepada atlet tetapi menawarkan insentif yang lebih bernilai dalam bentuk biasiswa," tambah Kok Chung.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik kontinjen negara adalah memenangi pingat perak menerusi atlet taekwondo, Che Chew Chan di Bangkok, Thailand pada tahun 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Separuh akhir sasaran badminton

Posted:

Separuh akhir sasaran badminton

Separuh akhir sasaran badminton

WALAUPUN tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, skuad badminton tetap berazam untuk mara ke peringkat separuh akhir pada saingan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 yang akan berlangsung di Shenzen, China pada 12 hingga 24 Ogos ini.

Pengurus pasukan badminton, Ismail Abdul Jalil berkata, kekurangan pemain dalam kalangan mahasiswa menyebabkan mereka mengalami masalah untuk memilih pemian berwibawa untuk dijadikan sandaran meraih pingat.

"Walaupun tidak meletakan sebarang sandaran pingat, saya yakin salah seorang daripada lima atlet kita mampu mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir di Shenzen nanti," katanya semalam.

Menurut Ismail, lima atlet badminton yang akan mengalas cabaran negara di Shenzen ialah Zulfadli Zulkifli, Loh Wei Sheng, Tan Wee Kiong, Julia Wong Pei Xian dan Stephanie Shalini.

Beliau berkata, temasya itu penting kepada semua pemain terutamanya pemain baru kerana mereka bakal mendapat pengalaman yang cukup berguna.

"Kita harap pemain negara dapat menggunakan sebaiknya peluang ini dan berusaha bersungguh-sungguh agar mampu melakukan sesuatu untuk mengharumkan negara," katanya.

Skuad badminton akan bertolak awal ke Shenzen iaitu pada 13 Ogos ini bagi menjalani latihan penyesuaian selama tiga hari sebelum memulakan aksi pada 16 Ogos.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan