Harian Metro: Arena |
Posted: 29 Aug 2011 09:08 AM PDT PENGORBANAN terpaksa dilakukan oleh pelumba basikal negara, Amir Mustafa Rosli demi memenuhi tugas sebagai pelumba negara. Buat sekian kalinya, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak akan beraya bersama keluarga di kampung halaman kerana akan kembali ke Melbourne untuk bersama pasukan Drapac Professional Cycling (DPC) sekembalinya daripada latihan pusat skuad kebangsaan di Chiang Mai, Thailand. Dia yang akan menyertai dua acara di Sukan Sea Palembang menerusi acara trek dan lebuh raya berkata, latihan yang dilalui bersama jurulatih Graham Seers di Chiang Mai menjurus kepada pendakian.
"Selepas ini saya akan kembali ke Eropah dan menyertai beberapa perlumbaan dan semua itu penting sebagai persiapan menjelang Sukan Sea," katanya.
Pelumba berusia 24 tahun itu dilihat menjadi tunjang utama kekuatan kepada skuad negara kerana kebolehannya mendaki selain turut cemerlang dalam pecut. Kemampuannya itu juga antara faktor yang mendorongnya dilamar pasukan DPC bersama seorang lagi pelumba negara, Adiq Husainie Othman untuk musim ini. Amir berjaya membawa pulang emas menerusi acara kejar-mengejar berpasukan di Sukan Sea, Korat pada 2008. |
Posted: 29 Aug 2011 09:03 AM PDT KEJOHANAN Terbuka Kuala Lumpur 21 - 29 Oktober ini menjadi pertaruhan paling bermakna buat pemain bowling negara, Muhammad Nur Aiman Khairuddin (gambar), selepas tersisih selama dua bulan. Atlet berusia 23 tahun itu ketinggalan tiga kejohanan sepanjang tahun ini akibat kecederaan pergelangan tangan kiri ketika bersaing di Terbuka Singapura 30 Jun hingga 2 Mei lalu.
Kali terakhir dia meraih kejayaan adalah ketika menjuarai acara Masters lelaki di Kejohanan Bowling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon edisi ke-34 di Pyramid Mega Lanes, 20 hingga 28 Mei lalu.
"Oleh itu, saya akan melakukan yang terbaik dan misi membawa pulang kilauan pingat di Terbuka Kuala Lumpur dan Sukan Sea," katanya optimis.
"Saya dan keluarga beraya di Port Dickson (PD). Kami mencipta kelainan dengan bercuti di pusat peranginan tahun ini. "Memandangkan kami tiada kampung, ibu ingin mencuba sesuatu yang berlainan dengan bercuti," katanya yang berasal dari Ampang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan