Kosmo Online - Sukan |
Posted: Sains Sukan penentu kejayaanBIDANG Sains dan Perubatan Sukan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan serta kejayaan sukan di sesebuah negara. Dalam kalangan negara maju dan pesat membangun, pengetahuan dalam dua bidang ini sudah lama dipraktikkan dalam arena sukan mereka. Ia bukan saja penting kepada atlet sukan itu sendiri, malah turut merupakan asas utama kepada jurulatih dalam mengatur hala tuju sistem latihan yang sempurna kepada atlet. Justeru, dalam usaha mencari kaedah tepat untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan atlet Malaysia , Institut Sukan Negara (ISN) akan mengadakan satu persidangan Sains dan Perubatan Sukan Antarabangsa (SMSS) 2011 pada 28 hingga 30 September depan. Ikuti temubual wartawan sukan Kosmo!, SHAHRIL NIZAM ABDULLAH dengan Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengenai misi dan visi persidangan antarabangsa kelima ini yang dijadualkan berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur. Kosmo!: Terima kasih Datuk kerana sudi meluangkan masa. Pertama sekali apakah tujuan utama persidangan ini diadakan? DATUK DR. RAMLAN: Sebenarnya persidangan ini dibuat bagi mempromosikan peranan sebenar ISN dalam pembangunan sukan di negara ini khususnya dalam bidang Sains dan Perubatan Sukan kepada semua pihak, terutamanya kepada paksi kami di universiti-universiti negara ini dan juga kepada rakan-rakan kongsi kami. Namun, apa yang lebih utama ialah persidangan ini mampu menjadi satu platform kepada pengamal-pengamal bidang sains perubatan sukan di Malaysia untuk bertukar fikiran, pengalaman dan merasai semangat berpasukan kerana tidak ramai golongan yang menceburi bidang ini di negara kita. Dengan kata lain, persidangan ini juga adalah satu mekanisme dalam menyatupadukan komuniti ini di Malaysia. Menjemput pakar-pakar luar negara sebagai penceramah pula sebenarnya hanya untuk mendapat pengetahuan dan perkembangan baru dalam bidang sains perubatan sukan ini, serta melihat sama ada kita sudah bersedia atau tidak mengaplikasikannya di negara kita kerana ada sesetengah perkembangannya masih perlu dikaji kesesuaiannya dengan perkembangan sukan di Malaysia. Ia juga akan mengukuhkan lagi hubungan dan kaitan di antara para pengamal, jurulatih, pakar-pakar, pengkaji, pelajar dan peminat sukan dalam disiplin sains perubatan dan teknologi serta menyediakan infomasi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan eko sistem sukan. KEPAKARAN yang dimiliki ahli fisioterapi amat penting dalam mencari kaedah yang sesuai bagi proses meningkatkan prestasi atlet secara keseluruhannya. BOLEH jelaskan apakah peranan Sains dan Perubatan Sukan sebenarnya? IA satu bidang atau kajian yang berkaitan dengan prestasi atlet. Walaupun ia hanya salah satu cabang dalam bidang kajian, namun isu atau fokus sebenarnya ialah mengenai pencarian cara dan maklumat untuk meningkatkan prestasi atlet. Sebagai contoh, memberi sokongan dan perubatan sukan kepada atlet dengan menumpukan terhadap pembangunan mental, ketahanan fizikal dan juga pemakanan mereka. Ia satu sokongan penting yang harus diaplikasikan kepada atlet dengan kadar segera dan tidak perlu menunggu sehingga lima atau enam tahun untuk melakukannya. Jadi, bidang ini akan memberi peluang kepada kita mencari kaedah-kaedah tertentu dan sainstifik dalam membantu atlet meningkatkan prestasi mereka atau perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan. JELAS sekali Sains dan Perubatan Sukan adalah satu bidang yang penting dalam pembangunan sukan di sesebuah negara? SUDAH tentu ia amat penting. Sesuatu kejayaan atau pencapaian yang dicipta oleh seseorang atlet itu bukan hanya bergantung kepada kemahiran dan bakatnya sahaja, malah ia turut melibatkan proses penjagaan fizikal seperti stamina dan kecergasan mereka serta aspek kekuatan mental seperti psikologi dan sosiologi. Malah ia bukan saja fokus kepada atlet sahaja, malah turut melibatkan proses kajian terhadap jurulatih sendiri. Jika kita lihat Institut Sukan Australia (AIS), bukan bidang sains dan perubatan sukan sahaja di bawah mereka, tetapi jurulatih juga di bawah kendalian mereka. Begitu juga Institut Sukan Hong Kong yang mana negara mereka telah pun memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Mereka telah mendahului kita sekarang ini kerana sistem mereka di landasan yang betul. Jadi, di sini kita boleh lihat ada perkaitan atau kesinambungan di antara jurulatih dengan proses-proses kajian Sains dan Perubatan Sukan ini kerana ia juga penting untuk menyalurkan dan menyerap amalan sains sukan tersebut kepada jurulatih kerana kejurulatihan sendiri ialah satu daripada sains sukan. Ia bukan saja mengenai teknik dan kemahiran sahaja. KEJAYAAN seseorang atlet itu bukan hanya bergantung kepada kemahiran sahaja, namun turut melibatkan proses penjagaan fizikal dan mental atlet itu sendiri. MENARIK sekali. Baiklah, mengenai persidangan ini nanti, siapakah penceramah yang akan hadir? KITA menjemput speaker dari luar dan dalam negara. Antara speaker luar negara yang akan hadir ialah Prof. Ron Maughan dari Universiti Loughborough, United Kingdom, Dr. Aaron Coutts dari Universiti Teknologi Sydney, Australia dan Dr. Shona Halson dari AIS, Canberra, Australia. Manakala speaker tempatan pula ialah Assoc. Prof. Dr. Teoh Heng Teong, penasihat bagi Fitness Concept Malaysia dan juga Tan Sri Dr. M. Jegathesan yang akan memberi ucapan pada hari pembukaan nanti. SIAPA yang boleh menghadiri persidangan ini? SMSS 2011 terbuka kepada semua masyarakat yang meminati bidang sukan di luar sana. Dan ia juga terbuka kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam arena sukan seperti jurulatih, atlet, pakar-pakar atau juga pelajar-pelajar di dalam dan luar negara. Yuran penyertaan kepada pelajar tempatan ialah RM250, bagi peserta tempatan pula ialah RM500 manakala bagi pelajar antarabangsa pula ialah AS$250 dan peserta antarabangsa AS$450. APAKAH faedah persidangan SMSS 2011 ini kepada sukan negara? JIKA persidangan seperti ini dapat diadakan selalu, sekurang-kurangnya setiap tahun, jadi faedah dapat disumbangkan kepada eko-sistem sukan kita sendiri, termasuk kepada stakeholder dapat memberi sumbangan kepada budaya baru dalam sukan seperti debat, perbincangan, kompromi dan cara-cara menyelesaikan sesuatu permasalahan itu dengan lebih teratur dan saintifik. Malah, persidangan ini juga mampu menjana pendapatan kepada negara dari segi industri sukan. ISN menyokong seratus peratus konsep industri sukan yang perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana ia satu sektor penting dalam pembangunan sukan buat masa ini. Dengan adanya kesedaran yang wujud dalam persidangan ini, ia bakal menarik minat orang luar untuk datang menggunakan kepakaran dan perkhidmatan yang ditawarkan hasil daripada impak positif dalam persidangan seperti ini. BIDANG Sains dan Perubatan Sukan bakal memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kecemerlangan seseorang atlet pada masa hadapan. AKHIR sekali, boleh Datuk jelaskan mengenai akta ISN? AKTA ini sebenarnya bukan satu pemisahan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), tetapi ia adalah usaha untuk ISN kembali semula ke tujuan asal penubuhannya. Dalam dokumen daripada pakar-pakar dari Jerman yang dibentangkan pada 1985, konsep asal MSN ini dilahirkan pada 1972 dengan menubuhkan satu unit sahaja iaitu unit perubatan dan penyelidikan di Kementerian Budaya dan Sukan ketika itu. Jadi, konsep asal MSN pada masa itu adalah sama seperti ISN ketika ini iaitu menjalankan penyelidikan sains sukan. Namun pada 1994, fungsi ISN dihidupkan kembali dan ditambah dua unit lagi iaitu unit kejurulatihan dan juga unit sumber maklumat. Maka lengkaplah ISN sebagai sebuah institut. Oleh itu kami, harus mencari jalan yang baik untuk kembali semula menjalankan fungsi sebenar kami seperti tujuan asal dan tiada pertindihan dengan MSN. Kita kena percaya apa yang ada pada rang undang-undang itu amat relevan bukan saja hari ini, malah juga pada masa depan. Apa pun, akta ini tujuannya ialah untuk memberi pengupayaan kepada ISN bagi menjalankan tugas seperti yang perlu dijalankan. Itu saja. | ||
Chong Wei terus ‘dihantui’ Lin Dan Posted: Chong Wei terus 'dihantui' Lin DanOleh HELMI TALKAH
APA lagi yang kurang dengan Datuk Lee Chong Wei jika hendak dibandingkan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China. Meskipun bergelar pemain No. 1 dunia, namun impian jaguh badminton utama negara ini untuk merangkul kejuaraan pada Kejohanan Dunia buat kali pertama masih belum mampu dicapai. Bagi Lin Dan, kesemua gelaran berprestij dunia sudah berada dalam genggamannya. Sebagai rekod, bintang sensasi China itu telah merangkul empat kejuaraan dunia iaitu pada edisi 2006 di Madrid, 2007 (Kuala Lumpur), 2009 (Hyderabad) dan 2011 di London. Lin Dan juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China. Sebaliknya, Chong Wei masih kempunan bergelar juara dunia sekalipun mahkota Seluruh England berjaya diraihnya bagi edisi 2010 dan 2011. Terdahulu, Chong Wei disebut-sebut bakal mengakhiri kemarau gelaran dunia apabila turun beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley, London baru-baru ini. Dengan empat gelaran dalam kejohanan bertaraf Siri Super dan satu Grand Prix (GP) Emas tahun ini, Chong Wei dikatakan berada di landasan terbaik untuk menambah koleksi kejuaraan pada Kejohanan Dunia. Chong Wei membuktikan kehebatannya apabila muncul juara pada Terbuka Malaysia, Seluruh England, Terbuka India, Terbuka Indonesia dan GP Emas Terbuka Malaysia. Bagaimanapun, tuah ternyata tidak menyebelahi Chong Wei pada penampilan kali keenamnya di bumi London itu baru-baru ini. Biarpun diletakkan selaku pemain pilihan pertama kejohanan, pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi dibayangi kehandalan Lin Dan. Buktinya, dia tewas di tangan Lin Dan dalam pertarungan tiga set 22-20, 14-21, 21-23 pada perlawanan akhir. Ekoran daripada kekalahan tersebut, ramai yang beranggapan masih ada jurang pemisah di antara Chong Wei dengan Lin Dan. Meskipun rekod kemenangan memihak kepada jaguh China itu, namun Chong Wei masih mampu mencatatkan lapan kemenangan daripada 24 pertemuan. Justeru, timbul persoalan mengapa Chong Wei kadangkala dilihat sukar mengekalkan konsistensi setiap kali turun berdepan dengan Lin Dan? Jika ranking dunia menjadi ukuran, kelebihan ternyata milik Chong Wei berbanding Lin Dan yang tampil selaku pemain No. 2 dunia. Bagaimanapun, kedudukan ranking bukan ukuran untuk menentukan siapa lebih hebat kerana situasi yang dialami Chong Wei itu sudah cukup bagi menceritakan segala-galanya. LIN DAN, satu-satunya pemain yang sering kali menyekat impian Chong Wei untuk bergelar juara dunia. Peluang untuk Chong Wei merangkul kejuaraan dunia kini tampak sukar apabila kejohanan tersebut hanya akan kembali mewarnai kalendar sukan badminton dunia pada 2013. Ini kerana tahun depan tidak dilangsungkan Kejohanan Dunia kerana London akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik 2012. Ketika itu nanti, Chong Wei semakin dimamah usia. Kudratnya pasti sudah tidak sama seperti sekarang. Sebelum kembali memburu gelaran dunia dua tahun akan datang, Chong Wei masih ada misi penting yang harus dilaksanakan pada temasya Olimpik 2012. Mampukah Chong Wei menghadiahkan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia selepas dia hanya mampu menyumbang pingat perak pada temasya 2008. Namun segala-galanya masih lagi samar. Tidak ada jaminan yang mampu diberikan Chong Wei kepada kira-kira 27 juta rakyat Malaysia yang masih menanti emas sulung Sukan Olimpik. Bukan mahu memperkecilkan kemampuan Chong Wei tetapi berdasarkan prestasi semasa pemain kelahiran Pulau Pinang ini, semuanya dilihat belum terjamin. Mahu atau tidak, atas kertas Chong Wei diramal sekali lagi membuat perhitungan dengan Lin Dan di London tahun depan. Justeru, ada segelintir pihak yang meramalkan agak sukar bagi Chong Wei merangkul pingat emas Sukan Olimpik selagi dia masih gagal mencari formula terbaik untuk menumbangkan Lin Dan. CHONG WEI masih belum putus harapan untuk memburu gelaran dunia meskipun usianya semakin meningkat. Bagaimanapun, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia, Datuk James Selvaraj (gambar kecil) ada pandangannya yang tersendiri. Bagi James, meskipun Chong Wei gagal membawa gelaran dunia, ia bukan bermakna segala-galanya sudah berakhir buat jaguh perseorangan negara ini. "Kegagalan tersebut seharusnya dijadikan pengajaran berguna buat Chong Wei bagi memperkemaskan semula rentaknya menjelang Sukan Olimpik 2012. "Nasihat saya kepada Chong Wei, dia perlu kuatkan semula semangatnya. "Dia perlu tanamkan tekad dalam hati dia bahawa dia akan membalas dendam ke atas Lin Dan yang telah menewaskannya pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia pada Sukan Olimpik nanti. "Segala-galanya kini terpulang kepada Chong Wei. Jika dia mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik, dia perlu bekerja keras bermula dari sekarang, namun sekiranya dia tidak mahu, saya tidak boleh kata apa-apa. "Saya bersama jurulatih (Rashid Sidek dan Tey Seu Bock) hanya boleh membuat perancangan untuk mempersiapkannya bagi menghadapi Sukan Olimpik. Selebihnya, ia bergantung kepada Chong Wei sendiri," kata James kepada Kosmo! baru-baru ini. Meskipun mengakui bahawa faktor usia mampu menjadi penghalang buat Chong Wei memenangi pingat emas | ||
Posted: Awas amukan KelantanOleh YATIMIN ABDULLAH
SELEPAS juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super diketahui, kancah bola sepak negara kini beralih pula ke saingan paling berprestij iaitu Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada 6 September ini. Sebanyak 10 pasukan negeri dan enam kelab yang dibahagikan kepada empat kumpulan akan berentap sesama sendiri untuk memastikan siapa yang layak dinobatkan selaku juara baharu musim ini. Pada edisi lalu, The Red War- riors yang dipimpin bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan 2009, B. Sathianathan menjulang kejuaraan tersebut buat kali pertama sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1921. Kejayaan tersebut menyaksikan Kelantan menamatkan kemarau panjang selama 89 tahun untuk dinobatkan sebagai juara baharu selepas gagal melakukannya dalam saingan terdahulu. Diundi dalam Kumpulan C bersama Felda United, Johor FC dan naib juara Liga Premier Sarawak, skuad bimbingan Datuk M. Karathu dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menempah slot ke pusingan suku akhir. Tetapi semuanya terpulang kepada aksi yang ditunjukkan dalam saingan peringkat kumpulan pada edisi kali ini. Jika prestasi semasa diambil kira serta senarai pemain yang dimiliki, juara bertahan itu dilihat mempunyai peluang yang cukup cerah. Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, secara logiknya pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh maka peluang untuk dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir adalah cerah. Begitupun, dalam saingan suku akhir nanti, The Red War- riors bakal berdepan laluan sukar apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembi- lan atau musuh tradisi, Terengganu yang juga juara Piala FA musim ini. Kedua-dua pasukan tersebut menjadi pilihan untuk muncul juara atau naib juara kumpulan, seterusnya menjadi lawan Kelantan di peringkat seterusnya selain dua pasukan berstatus kelab iaitu PKNS dan Sime Darby FC. Untuk saingan kali ini, skuad bimbingan M. Karathu tampil dengan menggalas tugas berat iaitu mempertahankan kejuaraan selain meneruskan kecemerlangan yang dicipta ketika di bawah kendalian B. Sathianathan pada musim lalu. Menyedari bakal berdepan dengan laluan mencabar untuk saingan kali ini, The Red Warriors tidak mengambil mudah setiap per- juangan mereka, sebaliknya menggunakan tempoh rehat selama sebulan sempena bulan Ramadan yang dimiliki sebaik mungkin dengan mengatur beberapa perlawanan persahabatan dalam usaha untuk memantapkan lagi jentera pasukan. Jika 18 tahun lalu, Karathu hanya berjaya membawa Kelantan layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas dikece- wakan Kedah, musim 2011 merupakan tahun yang terbaik buat beliau untuk menebus kekecewaan tersebut dengan membawa The Red Warriors ke puncak kejayaan musim ini selepas meraih kejuaraan Piala Sumbangsih dan Liga Super. Seandainya berjaya melaksanakan tugas tersebut, Karathu akan menjadi jurulatih pertama yang berjaya membawa Kelantan menjulang tiga kejuaraan dalam satu musim selepas Piala Sumbangsih dan Liga Super sekali gus memahat namanya dalam lipatan sejarah bola sepak negeri Kelantan. Empat kemenangan yang dilakar dalam aksi perlawanan persahabatan di Lembah Kelang iaitu bertemu Kuala Lumpur, PDRM dan Selangor serta satu aksi di Kota Bharu menentang T-Team dilihat sebagai petanda awal bahawa Kelantan sudah bersedia sepe- nuhnya untuk mempertahankan kejuaraan musim ini. Dalam perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur, barisan bimbingan M. Kara- thu mempamerkan kegarangan apabila membelasah skuad warga kota 5-0 menerusi jaringan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzhi, Nurul Azuwan Roya, Solihin Kanasian Abdullah serta dua penggempur pinjaman, Azamuddin Akil dan R. Surendran. KELANTAN kini memburu gelaran ketiga dalam saingan liga tempatan selepas memegang status sebagai juara Liga Super dan Piala Sumbangsih musim ini. Pada aksi kedua menentang PDRM, The Red Warriors hanya berjaya melakar keme- nangan tipis 1-0 menerusi jaringan Mohd. Nizab Ayub. Bertemu seteru utama, Selangor pada perlawanan ketiga, Kelantan ternyata tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara 32 kali Piala Malaysia itu menerusi jaringan Azammud- din Akil. Aksi keempat bertemu T-Team, Kelantan terus mempamerkan watak sebagai juara apabila membenam skuad bimbingan Yunus Alif 3-1 hasil jaringan Mohd. Badri Radzhi dan Azzamuddin Akil dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Berdasarkan ramuan pemain yang miliki oleh The Red Warriors musim ini, ditambah pula dengan kemasukkan dua penyerang pinjaman dari Pahang iaitu Azammuddin Akhil dan R. Surenderan, ia dilihat memantapkan lagi kekuatan pasukan menghadapi cabaran Piala Malaysia musim ini. Kemasukan dua pemain tersebut dilihat memberikan ilham buat M. Karathu untuk menyediakan ramuan terbaik dalam memantapkan lagi jentera serangan The Red Warriors yang sebelum ini mengharapkan sentuhan berbisa penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Aksi yang ditampilkan oleh dua pemain tersebut dalam perlawanan persahabatan sebelum ini menampakkan petanda positif apabila dua tonggak Pahang itu tidak mempunyai masalah untuk membentuk keserasian bersama pemain-pemain lain yang ada dalam pasukan. Ketika sedang rancak mengadakan persiapan untuk menghadapi saingan kali ini, juara bertahan Piala Malaysia itu mendapat perkhabaran yang kurang enak apabila bakal kehilangan beberapa tonggak utama seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin, Zairul Fitree Ishak dan penyerang pinjaman, R. Surenderan. Khairul Fahmi dan Mohd. Izuan Solahuddin menggalas misi negara bersama skuad Olimpik, manakala Zairul Fitree serta penyerang pinjaman R. Surenderan dilaporkan mengalami kecederaan dan berkemungkinan terlepas beberapa aksi awal. Namun itu bukan masalah besar buat Karathu selaku jurulatih yang kaya dengan pengalaman. Rangkaian pilihan pemain yang dimiliki, mampu memberikan kelebihan dalam menyusun strategi untuk mengekang asakan lawan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi itu bakal diisi seorang penjaga gol yang tidak kurang hebatnya, Mohd. Shahrizan Ismail. Kredibiliti pemain yang pernah menyarung jersi pasukan ternama sebelum ini seperti Selangor dan Terengganu tidak perlu diper- tikaian. Meskipun jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama, anak jati kelahiran Jalan Bayam, Kota Bharu ini mampu membuktikan sesuatu seandainya diberikan peluang. Buktinya, sepanjang aksinya dalam tiga perlawanan iaitu dua dalam Liga Super dan satu Piala FA, penjaga gol berusia 32 tahun ini berjaya menutup gawang Kelantan daripada dibolosi. Ketiadaan Zairul Fitri dilihat membuka pe- luang kepada seorang lagi tonggak pertaha- nan, Muhammad Abdul Aziz Ismail untuk membuktikan kemampuan seterusnya membentuk gandingan mantap dengan Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohd. Farisham Ismail, S. Subramaniam serta Mohd. Rizal Fahmi Rosid. Di bahagian tengah, Kelantan pasti mengharapkan sentuhan Muhd. Badri Radzi, Mohd. Shakir serta dua pemain sayap lincah, S. Chanturu bersama gandingannya Nurul Azu- wan Roya bagi memastikan barisan serangan tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bola. Posisi serangan untuk saingan kali ini menyaksikan Kelantan mendapat tonik baru de- ngan kemasukan penyerang pinjaman dari Pahang, Azamuddin atau mesra dengan panggilan Alexs. BADRI (kiri), komander padang yang banyak merencanakan rentak Kelantan. Kehadiran pemain tersebut membuka peluang kepada Karathu untuk membuat pilihan siapakah yang layak untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha bagi mengetuai jentera serangan The Red Warriors. Tiga gol yang dijaringkan dalam empat perlawanan oleh anak jati Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang itu membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tugas se- laku penggempur utama The Red Warriors untuk aksi Piala Malaysia musim ini sekiranya diberikan peluang untuk beraksi. Ketika Kelantan dilihat mempunyai barisan ampuh untuk menggalas cabaran pada edisi kali ini, pengendalinya, M. Karathu tidak mahu mendabik dada dengan barisan pemain yang dimilikinya. Dengan rendah diri Karathu tidak mahu terlalu yakin sebaliknya mahu barisan pemainnya mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini kerana pada saingan peringkat kalah mati, apa sahaja boleh berlaku. Tanpa berselindung, bekas pengendali Perak itu tidak menganggap pasukannya akan mendapat laluan mudah bagi mencari tiket ke suku akhir biarpun diundi bersama pasukan kurang ternama seperti Johor FC, Felda United dan Sarawak. Bagaimanapun, cabaran kuat mungkin dari Johor FC dan Felda United yang disifatkan- nya mempunyai ramai pemain yang berpe- ngalaman dan sudah masak dengan kancah saingan bola sepak tempatan. "Kami tidak pernah berdepan pasukan Sarawak musim ini kerana mereka adalah dari- pada Liga Premier, jadi saya tidak begitu mengetahui kekuatan Sarawak," katanya. Tambahnya, berdasarkan empat perlawanan yang dilalui, Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dalam saingan kali ini. "Walaupun kita berjaya meraih kemenangan dalam semua perlawanan persahabatan, namun masih ada beberapa kekurangan yang perlu diatasi terutamanya tahap kecergasan. Saya harap tempoh yang ada ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi kekurangan ini. "Bagi saya kemenangan itu tidak penting. Kita mahu lihat corak permainan dan prestasi setiap pemain sebelum aksi pertama yang akan bermula 6 September ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan