Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Buktikan!

Posted: 09 Sep 2011 05:19 PM PDT

Sukan

Zolkples cabar Kien Keat-Boon Heong bangkit tanpa khidmat Rexy

JANGAN lagi jadikan jurulatih sebagai kambing hitam setiap kali tewas selepas ini.

Itu peringatan tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong terhadap pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, semalam Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), memberi Rexy Mainaky tugas baru membimbing beregu wanita dan campuran.

Zolkples berkata, pasangan ranking kelima dunia itu perlu bangkit mengembalikan semula prestasi cemerlang di persada antarabangsa, terutama pada Sukan Olimpik London tahun depan selepas tuntutan mereka dipenuhi BAM, kelmarin. Kien Keat-Boon Heong kena buktikan kerana pertukaran jurulatih ini adalah atas permintaan mereka sendiri. Kita sebenarnya tidak galakkan budaya ini (membuat tuntutan) tetapi selepas BAM mengkaji secara mendalam, mungkin mereka terpaksa akur.

Jadi, mereka perlu buktikan mampu beraksi lebih baik tanpa Rexy, katanya selepas akhbar kelmarin melaporkan Kien Keat-Boon Heong sah bercerai dengan Rexy yang membimbing mereka sejak 2005.

Malah CTC yang dipengerusikan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai terpaksa merombak semula struktur kejurulatihan apabila jurulatih pelapis, Tan Kim Her dinaikkan pangkat menggantikan Rexy, sambil dibantu Pang Cheh Chang dan Rosman Razak.

Kita akan teliti semula kontrak Rexy susulan pertukaran tugas ini. MSN akan berbincang dengan BAM dalam tempoh terdekat sejajar dengan perkembangan terbaru ini, kata Zolkples.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Faizal Amri

Sampai bila pun badminton Malaysia takkan maju kalau budaya salahkan jurulatih terus dijadikan alasan.Kalau betul Rexy seorang jurulatih yang tidak bagus,apa erti pingat emas sukan asia lepas 25 thn?apa erti gelaran All England di awal kemunculan kien kiat-boon heong.Selagi politik dalaman BAM menjadi agenda utama sukan badminton Malaysia takkan ke mana. Selamat maju jaya BAM. Anda hanya ada Kien kiat-boon heong dan lee cong wei sahaja.Sampai hujung karier mereka nanti BAM pasti ketandusan pemain. Selamat maju jaya kepada BAM.

mahat satimin

jangan suka salahkan kelemahan orang lain. apabila orang menang bermakna kita yang kalah. bila orang kuat itu tanda kita lemah. jadi carilah kaedah untuk tingkatkan kekuatan dan kebolehan. jurulatih hanya menunjuk ajar. tapi dalam gelanggang kita yang menentukan. akurlah bahawa pemain kita masih banyak perlu dibaiki. dalam masa sama hormati orang lain/jurulatih yang telah banyak membimbing kita. jangan jadi kacang lupakan kulit. anda akan gagal sampai bila2.

Hagee K

Sudah jadi budaya di Malaysia pemain tidak mahu mengaku kelemahan sendiri sebaliknya menyalahkan orang lain apaqbila tewas di gelangang.Cuba ikut pemain dari negara seperti China,Korea,Jepun.Semangat juang mereka sungguh tinggi,cara permainan mereka boleh mengambarkan betapa kesungguhan yang mereka tunjukkan setiap kali di gelanggan.Pemain Malaysia jika dibandingkan dengan mereka ibaratkan seperti LANGIT DENGAN BUMI.Terlampau di MANJAKAN.

mohd saifuddin

Jangan salahkan jurulatih bila kita kalah. Jurulatih hanya di luar gelanggang. Yang di dalam gelanggang yang patut di salahkan.
Lihat sendiri rakaman video. berapa kalikah sevis tidak betul? berapa kali kah mainan di jaring yang tidak tepat? dan kesilapan yang lain yang tidak sepatut nya pemain melakukan.

Batista

Betul kata Zolkples...Jgnlah nak berdalih lagi kalau kalah selepasni. Sejak kebelakangan ini kita sering melihat mereka berdua sudah tidak menghormati Rexy sbg jurulatih. Lihatlah semasa rehat bila rexy memberi penerangan mereka seolah2 tidak berminat mendengar apa yg di terangkan oleh Rexy, berbeza dgn Dato Lee Chong wei yg memberi perhatian bila jurulatih menegur permainan beliau semasa rehat. Dari situ peminat boleh membuat penilaian bahawa mereka sudah besar kepala dan tak menghormati Rexy. Kalau begitulah mentaliti pemain badminton kita,ambillah Jurulatih yang sehebat mana sekalipun hasilnya pasti mendukacitakan. Dalam perkara ini janganlah di salahkan jurulatih tetapi sepatutnya pemain kita juga perlu dipersalahkan diatas sikap sambil lewa mereka dan mereka juga perlu di hukum sekiranya perlu kerana merekalah yg membawa maruah 1 Malaysia.

wanjeff

Keputusan yg tepat. Rexy telah gagal dlm usahanya utk terus membimbing bergu negara baik Koo/Tan maupun bergu wanita kita. Kemorosotan permainan bergu kita begitu ketara kebelakangan ini, tapi takkan sbg jurulatih yg di bayar begitu tinggi tak mampu utk mengatasi masalah itu. Sehingga tak nampak sedikit perubahan pun pada para pemain bergu kita yg boleh di lihat dengan kekalahan demi kekalahan yg di alami oleh mereka. Sepatutnya Rexy boleh di tunjuk jln keluar...

Jagus

sepatutnya BAM tidak perlu melayan karenah Koo dan Tan ini. kita semua dapat lihat sendiri kondisi fizikal Koo terutamanya yg gempal dan menyebabkan pergerakannya sering terbantut ketika di gelanggang. ekoran itu sering sekali tumpas kepada pasangan lawan yg lebih 'fit' dan tangkas. lepas ini, kalau sekali lagu prestasi mereka menurun, jurulatih akan sekali lagi mohon ditukar. padahal kelemahan diri sendiri itu tidak diakui. sebenarnya saya lebih gemar Tan boon heong ditukar pasangan dgn pemain lain. Koo kelihatannya sudah gagal diperbaiki sejak sekian tahun lamanya.

annacomel

seolah 0lah pemain yang boleh mengaturkan jurulatih..sepatutnya jurulatih yang mengatur pemain..heran betul.. tetapi saya setuju tindakkan BAM kali ini..kita tengok kehendak pemain itu...lepas ini kita jadikan peristiwa ini satu pengajaran buat mereka(pemain lain. Saya amat berharap Rexy telus melatih pemain negara kerana susah nak mencari bekasa pemain handalan yang pandai dan berminat menjadi jurulatih. Saya berharap kepada Rexy bertugas tanpa jemu dan putus asa..latihlah pemain lain yang muda untuk dinaikkan dan handal seperti anda satu ketika dulu.Mereka amat memerlukan anda. Kepada BAM,pemain boleh bertukar ganti..jurulatih bagus susah dicari.,dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang.TQ.


Janji Piya buat Kelantan

Posted: 09 Sep 2011 05:16 PM PDT

Sukan

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi tidak sabar memburu tiga mata lagi apabila melayani kunjungan Johor FC pada perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Sultan Mohammad ke IV malam ini.

Selepas The Red Warriors mengutip tiga mata dengan membenam Sarawak 2-0 di gelanggang lawan Selasa lalu, pemain disapa Piya itu mengakui dia dan rakan sepasukan sudah bersedia melayan asakan Johor FC, malah mahu menjaringkan gol peribadi selepas melihat Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu menembusi gawang lawan sebelum ini.

Bergandingan dengan Mohd Shakir Shaari di jentera tengah, dia berpendapat pertemuan itu tiba tepat pada ketika Johor FC tertekan berikutan tewas kepada FELDA United pada perlawanan pertama. Sebagai pemain, kita perlu sentiasa bersedia berdepan setiap perlawanan, malah saya harap dapat mencipta jaringan apabila berdepan Johor FC malam esok (malam ini), katanya ketika dihubungi.

Namun lawan ibarat singa luka dan mungkin menukar corak perlawanan, sekali gus mampu memerangkap kami.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan