Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Sep 2011 12:06 PM PDT SEGALA-GALANYA kini terserah kepada kudrat dan kemampuan penyerang negara, Mohd Safee Sali untuk membuktikan kemampuannya kepada pengurus Cardiff City, Malky Mackay. Kelab Indonesia yang diwakilinya, Pelita Jaya FC (PJFC) sudah memberikan lampu hijau kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk menjalani ujian percubaan (trial) bersama kelab Liga Divisyen Dua England terbabit selama dua minggu bermula Isnin ini.
"Persetujuan sudah dicapai antara kedua-dua pihak dan dia dijadualkan kembali ke Malaysia pada Ahad ini (tengahari) sebelum berangkat ke sana beberapa jam selepas itu," katanya semalam.
"Sekiranya berjaya memikat hati kelab terbabit, terpulanglah kepada budi bicara pihak Cardiff City untuk berunding dengan PJFC kerana dia masih mempunyai kontrak sehingga Januari 2012," katanya.
Khidmatnya jelas amat diperlukan apabila menjadi satu-satunya pemain import PJFC yang tidak digugurkan musim ini bagi menghadapi saingan musim baru Liga Super Indonesia (ISL) yang bermula 8 Oktober depan.
|
Posted: 09 Sep 2011 09:33 AM PDT SHAH ALAM: "Sejak saya bergelar saudara baru lebih 18 tahun lalu, inilah dugaan terhebat yang pernah saya hadapi," kata tukang kasut Mohammad Arif Yap, 40, yang mahu memfailkan saman terhadap Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) kerana didakwa tidak menyelenggara longkang sehingga menyebabkan kematian anak sulungnya pada hari raya pertama lalu. Pada 2 September lalu Harian Metro melaporkan kunjungan sebuah keluarga ke Pantai Batu 10, Port Dickson, pada 1 Syawal lalu bertukar tragedi apabila anak sulung mereka, Nur Zahira, 2, ditemui lemas.
Mohammad Arif yang berhenti seketika daripada kerjanya membaiki kasut mendakwa alasan MPPD bahawa penutup longkang di mana anaknya terjatuh dicuri, dilihat seolah-olah mahu 'lepas tangan' daripada kejadian itu.
"Oleh itu, saya mahu membawa perkara ini ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan sewajarnya," katanya ketika ditemui di pejabat Tetuan Boestaman Ahmad dan Co di Subang Perdana, dekat sini, semalam. Sidang akhbar itu turut dihadiri isterinya, Hamizah Ibrahim, 36, dan anak keduanya, Kamarul Arifin, 1.
"Sebagai orang Islam saya reda dengan pemergian anak saya, namun tindakan menyaman ini perlu bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya. Menceritakan kembali peristiwa itu, Mohammad Arif berkata, ia berlaku dalam sekelip mata apabila Nur Zahira hilang sebaik keluarganya selesai menunaikan solat Maghrib. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan