Berita Harian: Sukan |
Kelantan tagih aksi hebat Apek Posted: 22 Sep 2011 03:57 PM PDT Sukan Penyokong mahu penjaga gol itu bantu pertahan Piala Malaysia kali keduaKECEMERLANGAN Khairul Fahmi Che Mat (gambar) ketika menafikan percubaan berbahaya Jepun dalam aksi kelayakan Olimpik, kelmarin ditagih oleh seluruh penyokong Kelantan dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia. Dalam empat aksi awal peringkat kumpulan sebelum ini, gawang The Red Warriors diambil alih penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail selepas khidmat Khairul Fahmi lebih diperlukan oleh skuad Olimpik negara. Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Mohd Khairi Yazid, bangga dengan prestasi cemerlang ditunjukkan Apek ketika membendung serangan berbahaya Jepun."Apa yang diharapkan, prestasi cemerlang ditunjukkan Apek dapat diteruskan membantu Kelantan dalam saingan Piala Malaysia sekali gus mempertahankan kejuaraan," katanya ketika dihubungi, semalam. Selepas empat perlawanan tanpa kelibat Apek, Kelantan hanya kalah sekali dan berjaya menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang pasukan berstatus kelab, Felda United dengan mengumpul sembilan mata. Walaupun hanya menduduki di tempat kedua, namun ia tidak mematahkan semangat anak buah Datuk M Karathu malah kepulangan penjaga gol berkenaan dalam pasukan dilihat mampu menambahkan keyakinan pemain untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenshah rizal mazuki prestasi apek adalah yang terbaik untuk negara...tapi perlu di ingatkan pengalaman berguna ketika beraksi di jepon mematangkan beliau bermain. Balabak minta-minta kelantan tak dapat pertahan piala malaysia. bagi la peluang dengan pasukan lain. hehe. Ahmad Akif Syakirin B. Mohd Adnan mntk2 kelantan mempertahankan kejuaran piala malysia |
Media tak puas hati prestasi Samurai Muda Posted: 22 Sep 2011 03:55 PM PDT Sukan LAPORAN media Jepun mengenai pertemuan Samurai Muda dengan Skuad Olimpik negara kelmarin. Rata-rata menamakan pemain tengah, Hiroshi Kiyotake sebagai wira sebenar dalam perlawanan yang menyaksikan dominasi hampir 68 peratus skuad Samurai Muda, biarpun Keigo Higashi dan Ryohei Yamazaki yang menewaskan penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat. Akhbar sukan Sport Nichi, menyifatkan pemain tengah itu mengorak langkah pertama Jepun untuk ke London 2012, sambil menyebut tonggak sebenar - Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Kensuke Nagai - tidak perlu bekerja keras dalam perlawanan itu. "Kiyotake wira sebenar" tertera pada muka belakang akhbar sukan Nikken Sports dan mengulas pemain jersi 17 itu melakukan tugas dengan berkesan untuk menggerakkan jentera tengah Jepun.Kolumnis akhbar itu, Sergio Echigo pula memuji sumbangan pemain gantian, Yamazaki yang beraksi baik dan menggegar gol kedua Jepun pada minit ke-76 sambil menyifatkan pemain lain harus lebih banyak membantu Kiyotake dan mencontohi semangatnya di dalam padang. Akhbar sukan Sports Hochi pula, menyifatkan Jepun seharusnya menang besar, sebaliknya dipaksa bergelut untuk terpaksa berpuas hati dengan sekadar dua gol. "Bergelut untuk Menang" - tertera di halaman belakang manakala tajuk kecil tertulis "2 gol ciptaan Kiyotake." |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan