Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Idam Australia'

Posted: 28 Sep 2011 12:55 PM PDT

Sukan

Safee mahu pikat kelab di Liga-A pada 7 Oktober ini

DENGAN misi menyarung jersi Cardiff City tampak kain pudar, Safee Sali (atas) kini mengalih fokus mencari 'pasaran baru' dengan Australia menjadi destinasi terbaru.

Semalam, penyerang kebangsaan itu menyuarakan minat mahu memikat kelab di Liga Australia dan bertekad memanfaatkan peluang itu apabila Harimau Malaya menentang skuad kebangsaan negara itu pada 7 Oktober ini di Canberra. "Peluang menentang Australia tidak akan saya bazirkan dan cuba menampilkan aksi terbaik. Mana tahu, ia membuka mata kelab-kelab A-League untuk memanggil saya menjalani ujian pemilihan," kata Safee ketika ditemui sekembali dari Cardiff di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Ditanya mengenai tawaran kedua Cardiff untuk menjalani latihan dua minggu lagi, pemain berusia 27 tahun itu berkata dia akan memanfaatkan peluang itu jika menyusul nanti.

"Memang dua minggu yang saya lalui ini tidak cukup kerana saya hanya 10 hari turun menjalani latihan bersama pasukan dan tiada sebarang aksi persahabatan untuk menilai prestasi sebenar saya.

"Harap pada kunjungan kali kedua ke Cardiff nanti, saya diberi peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan dan di situ saya akan cuba membuktikan kemampuan sebenar," tegas Safee.
Safee akan mewakili Selangor menentang Singapura pada Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

dunga

untuk annacomel - kalau la ade 1juta rakyat malaysia mcm ko,sampai dunia ni kiamat pun bola sepak malaysia tak maju ke depan..nak bantu piala malaysia buat apa??...jauh sangat tahap liga2 antarabangsa tu banding dgn piala malaysia yang hanya nampak gah bila pusingan akhir saja..tiada kualiti!!!!!ckp biar guna otak bukan lutut!

Sabahawks

ya please come join the BRISBANE ROAR FC!!!

Fazzmal Huzairie Bin Jamaludin

wira negara. . . Kita . . . Maju . .maju teruskan usaha anda

mzleeza

Bagus ada keinginan tapi ke byk bersabar, step by step, bukan mudah nak masuk kem org, kan tercicir pulak lagi susah.

nuaq

kesian plak kt pelita jaya...

shah

pemain kita kene lebih realistik,bermain di kelab2 spt Australia,jepun,korea dan timur tengah lebih memberikn manfaat berbanding di eropah tp duduk di bangku simpanan @ dipinjamkn ke kelab lain divisyen bawahan

annacomel

bantu piala malaysia jela...


Misi Harimau Malaya penting

Posted: 28 Sep 2011 12:49 PM PDT

Sukan

IRFAN terpaksa lupakan khidmat    Zubir (kanan) kerana dia menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula, semalam.

IRFAN terpaksa lupakan khidmat Zubir (kanan) kerana dia menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula, semalam.

Rajagobal nasihat 4 jurulatih usah bimbang hadapi halangan suku akhir

AKSI suku akhir pertama Piala Malaysia bakal bermula dalam tempoh 11 hari lagi - iaitu pada 10 Oktober depan dan disusuli aksi kedua, empat hari kemudian.

Namun, persiapan bagi empat jurulatih daripada lapan pasukan yang mara - Datuk M Karathu (Kelantan), Irfan Bakti (Terengganu), Azraai Khor Abdullah (Negeri Sembilan) dan P Maniam (Selangor) mungkin sedikit terjejas. Ini kerana Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Farisham Ismail (Kelantan), Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Faizal Muhamad (Terengganu), Norhafiz Zamani Misbah, S Kunanlan, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) serta Asraruddin Putra Omar (Selangor) menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula, semalam.

Semua 10 pemain ini hanya akan dapat kembali bersama pasukan negeri sehari sebelum aksi suku akhir pertama, sejurus mereka beraksi untuk skuad kebangsaan menentang Australia di Canberra, 7 Oktober ini.

Pada firasat ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, ia tidak harus dijadikan alasan buat jurulatih negeri, persatuan negeri atau pemain itu sendiri kerana tempoh yang ada sebenarnya masih mencukupi.

"Bagi saya, terpulang kepada pemain itu sendiri sebagai seorang profesional. Mereka kena bersedia dari segi mental.
"Cuba bandingkan pemain Eropah, mereka lebih banyak mengharungi perlawanan liga domestik, kejohanan Eropah dan aksi antarabangsa. Saya percaya ia tidak akan menjejaskan suku akhir Piala Malaysia," kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Skuad negara akan berlepas ke Canberra pada 4 Oktober ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan