Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tugas lebih mencabar

Posted: 02 Sep 2011 10:35 AM PDT

MEMPERTAHANKAN kejuaraan Piala Suzuki AFF di laman sendiri tahun depan tidak menjamin laluan mudah buat skuad bola sepak kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal.

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berkata, tugas lebih mencabar bakal ditempuh skuad Harimau Malaya kerana kehadiran mereka dalam kejohanan dwitahunan itu pastinya menjadi perhatian pasukan lain rantau ini.


"Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF tahun depan tapi ini sebenarnya tidak memberi sebarang kelebihan kepada kita. Sebagai juara tekanan memang ada tapi kita perlu bersiap sedia menghadapinya.

"Saya yakin walaupun tugas kali ini lebih mencabar pemain cukup matang untuk menangani sebarang situasi," katanya.


Malaysia muncul juara buat kali pertama kejohanan paling berprestij Asia Tenggara itu selepas menumpaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 selepas aksi di Kuala Lumpur dan Jakarta Disember lalu.


Bagaimanapun reputasi selaku juara tercalar apabila Harimau Malaya gagal meneruskan rentetan kecemerlangan itu selepas tersingkir di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di tangan Singapura Julai lalu.

Kegagalan itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai kemampuan anak buah Rajagobal melakar kejuaraan kali kedua berturut-turut seperti yang dilakukan Thailand pada 2000 dan 2002.


Bagi Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), persiapan skuad kebangsaan tidak terjejas walaupun melepaskan peluang terbaik beraksi buat kali pertama dalam saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia yang menyajikan pentas terbaik untuk menguji pemain sebelum Piala Suzuki AFF.

"Kita perlu ingat, ramai pemain kebangsaan beraksi dalam skuad Olimpik dan Sukan Sea dan mereka juga akan menjalani latihan rapi dengan beberapa perlawanan antarabangsa. "Selain itu FAM juga berusaha mengatur siri perlawanan persahabatan antarabangsa bertujuan memberi pendedahan kepada pemain sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF dan juga layak ke Piala Asia 2015," kata Subahan.

Zandra tekad tebus duka

Posted: 02 Sep 2011 10:29 AM PDT

PEMAIN bowling negara Zandra Aziela Ibrahim Hakimi bertekad menebus duka dua tahun lalu di Kejohanan Bowling Wanita Dunia dengan membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat dari kejohanan di Hong Kong yang bermula hari ini sehingga 12 September ini.

Skuad bowling negara tidak pernah gagal membawa pulang pingat daripada kejohanan itu sehinggalah kealpaan barisan pemain diwakili Shalin Zulkifli, Wendy Chai, Esther Cheah, Zandra, Sharon Koh dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman yang beraksi di Kejohanan Bowling Wanita Dunia 2009, Las Vegas, Amerika Syarikat ketika itu membuatkan mereka menggigit jari. "Saya mahu memastikan skuad negara tidak pulang tangan kosong kali ini. Kita mempunyai rekod cemerlang pada pertandingan ini, namun dua tahun lalu paling mengecewakan apabila buat pertama kalinya kami pulang tanpa sebarang gelaran.


"Saya tidak mahu perkara ini berulang dan jika boleh, mahu membawa pulang emas tidak kiralah dalam acara apa sekalipun," katanya yang terpaksa berkorban dengan beraya di perantauan kerana tugas sebagai atlet negara bersama-sama Zatil Iman Abdul Ghani. Turut sama berada dalam skuad adalah Esther, Sharon dan Jacqueline Jenelee Sijore serta Sin Li Jane.

Pasukan bowling wanita negara mencatatkan keputusan cemerlang membawa pulang emas di kejohanan dwi tahunan itu yang mulanya dikenali sebagai Kejohanan Bowling Dunia sebelum bertukar ke Kejohanan Wanita Dunia pada 2005 apabila merangkul emas bermula 2003 hingga 2007 sebelum gagal memperoleh sebarang pingat pada 2009.


Kejohanan itu juga dikatakan menjadi medan terbaik buat ketua jurulatih kebangsaan Holloway Cheah memilih senarai pemain ke Sukan Sea. Mengulas peluang disenarai dalam skuad Sukan Sea, Zandra berkata, berdasarkan pencapaian mengungguli cabaran Terbuka Malaysia dan kejohanan tertutup selain menamatkan cabaran sebagai pemain terbaik wanita di Terbuka Barcelona, memberikannya keyakinan cukup tinggi untuk disenaraikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen