Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Majlis Bandaraya Melaka A juara

Posted:

Majlis Bandaraya Melaka A juara

Majlis Bandaraya Melaka A juara

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Apit kanan MBMB A, Saiful Bakhtiar Sulaiman melibas bola takraw sambil dihalang pemain lawan Dinamis, Mohd. Ab Paisan Berahim pada perlawanan akhir kategori terbuka lelaki Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 zon tengah di Kompleks Sukan Negeri dekat Paroi, semalam. MBMB A muncul juara. - UTUSAN/Mohd Farizwan Hasbullah


SEREMBAN - Ketahanan mental dan pengalaman Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) A memisahkan mereka sebagai juara zon tengah Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 dengan menewaskan Dinamis 2-0 (15-13, 15-11) pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Negeri dekat Paroi, semalam.

Kejayaan yang diukir dalam tempoh 50 minit itu meletakkan MBMB A mengetuai empat regu terbaik zon ini ke peringkat antara zon di Shah Alam, bulan depan sambil merangkul ganjaran RM2,500 sementara Dinamis sekadar berpuas hati dengan RM2,000.

MBMB A turut melengkapkan juara terbuka setiap zon kejohanan yang membuka tirainya sejak Jun lalu selepas Pestans A (Selatan, Pasir Gudang), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) B (Utara, Alor Setar) dan Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (Gastep) B (Timur, Gambang).

MBMB A membariskan Razif Arifin (tekong), Saiful Bakhtiar Sulaiman (pelibas) dan Syafiq Ab. Rahman (pengumpan) selain pemain simpanan, Hafiz Kaus sementara Dinamis dibarisi Azhan Mahmood, Mohd. Ab. Malik Paisan Berahim dan Mohd. Abuhari Mohd. Nor serta Ahmad Zulkarnain Zainal Abidin.

Turut mengiringi mereka ke sana ialah dua regu yang kalah separuh akhir, sejurus sebelum itu - MBMB B dan MPT A yang masing-masing ditewaskan MBMB A 14-16, 15-17 dan Dinamis 14-16, 6-15.

MBMB A jelas memanfaatkan kekuatan mental malah pengalaman khususnya yang dimiliki Syafiq, bekas apit kiri kebangsaan biarpun mereka ditinggalkan 9-13 dalam set pertama.

Set kedua bagaimanapun berpihak kepada anak buah Omar Bayot ini sehingga lawan pula ditinggalkan pada kedudukan 11-4, 12-8 dan cuba dikejar dengan dua mata tambahan lawan sebelum disudahkan dengan 15-11.

Penolong jurulatih MBMB A, Mohd. Fahmi Omar berkata, anak buahnya tidak mudah panik walaupun Dinamis cuma kekurangan dua mata untuk memenangi set pertama kerana sudah biasa menempuh keadaan segenting itu apatah lagi dalam kejohanan sebesar KFC-Utusan ini.

"Kawalan gelanggang kami juga berkesan dan keyakinan mereka semakin melonjak apabila memenangi set pertama itu selepas bangkit mengejar dari jauh. Ia dibantu pula servis tekong kami (Razif) yang menjadi," katanya.

Jurulatih Dinamis, Mohd. Hanafi Mat Asin pula berkata, kegagalan menyudahkan set pertama selepas mendahului 13-9 sehingga disekat 15-13 menjadi punca utama kegagalan kami. Ada juga beberapa kesilapan individu yang turut memudahkan lawan menang set kedua.

Keputusan perlawanan akhir kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam-Swasta (IPTA-S)/Bawah 19 Tahun pula menyaksikan UiTM C menjuarainya dan mengaut RM2,000 selepas mengalahkan Pelapis Kelantan A 2-0 (15-8, 15-7).

Bagi Bawah 15 Tahun dengan ganjaran juara RM1,500, SMK Sri Kota A mengalahkan SMK Sri Kota B 2-0 (15-8, 15-8).

Henderson juara dunia bola sepak gaya bebas

Posted:

Henderson juara dunia bola sepak gaya bebas

Henderson juara dunia bola sepak gaya bebas

Oleh Muzdalifah Mustapha
sukan@utusan.com.my

SUBANG JAYA - Wakil England, Andrew Henderson dinobatkan sebagai juara dunia pada Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia 2011 di sini, semalam.

Anak muda berusia 19 tahun itu menewaskan wakil dari Perancis, Gautier pada peringkat akhir dalam pertandingan yang dilangsungkan di Sunway Pyramid.

Kemenangan itu membolehkan Henderson membawa pulang 5,000 pound (RM24,394) beserta plak, sementara Gautier memenangi wang tunai 2,000 pound (RM9,757) dan plak.

Pemenang tempat ketiga serta keempat menjadi milik Michryc dari Poland yang berjaya memenangi 1,000 pound (RM4,878) dan wakil dari Jepun, Tokura.

Untuk kategori Malaysia, peserta berusia 17 tahun, Mohd. Irfan Ashgar Ali muncul juara manakala pemenang tempat kedua menjadi milik Amirul dan Patrick di tempat ketiga.

Mohd. Irfan membawa pulang RM3,000 beserta plak, Amirul menggondol RM1,500 dan plak manakala Patrick sekadar berpuas hati RM500.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan