Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Klon Safiq'

Posted: 04 Oct 2011 05:01 PM PDT

Sukan

Kalang Tie prospek baru Raja sekat Australia

SURATAN atau kebetulan.

Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini. Pemain kelahiran Miri, Sarawak berusia 24 tahun itu bakal mengambil alih posisi Safiq yang disisihkan Datuk K Rajagobal kali ini - sekali gus diharap mampu memberi impak dalam kemunculan sulung ketika berdepan lawan yang berada pada ranking ke-19 dunia dan nombor dua Asia.

"Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan segala arahan jurulatih.

"Lagipun ini aksi pertama saya bersama skuad kebangsaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan. Memang untuk menang agak sukar, tapi sekurang-kurangnya kami akan berusaha untuk mengikat Australia," kata Joseph ketika ditemui sebelum berlepas ke Canberra, malam kelmarin.

Dia dijangka bergandingan dengan Amar Rohidan. Skuad 22 pemain kebangsaan tiba di Canberra, tengah hari semalam dan hanya menjalani latihan ringan pada sebelah petang.
Pemain Terengganu yang lebih kerap berfungsi di bahagian sayap jelas tidak menganggap sesuatu yang kekok untuk beraksi di posisi tengah bersama skuad kebangsaan.


'Mampu pertahan emas'

Posted: 04 Oct 2011 04:58 PM PDT

Sukan

 KIM Swee memberi kata-kata semangat ketika sesi latihan di Padang FAM, Kelana Jaya petang semalam.

KIM Swee memberi kata-kata semangat ketika sesi latihan di Padang FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Skuad Kim Swee berada di landasan betul: Hamidin

SKUAD Harimau Muda selaku juara bertahan Sukan SEA kini meniti landasan tepat dan pada firasat pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin segala-galanya menjurus kepada peluang mempertahankan mahkota kejuaraan itu secara berturut-turut.

Walaupun akur betapa bukan mudah untuk melangkah ke final sekali lagi dan memenangi pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos, namun beliau tetap optimistik sesuatu kejayaan mampu dicapai andai suatu keputusan tepat dapat dibuat. "Kami ada bekalan 46 pelatih bawah 23 tahun dan hanya 20 terbaik akan terpilih ke Sukan SEA. Kita tidak boleh buat silap dalam membuat pemilihan dan sebarang percaturan.

"Saya yakin jika betul sesuatu keputusan dan percaturan yang dibuat, skuad kebangsaan kita mampu untuk mendapat keputusan baik," katanya.

Sebelum ke Sukan SEA di Jakarta, November ini, skuad kendalian Ong Kim Swee akan menyertai Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dari 17 hingga 24 Oktober ini.

"Pasukan muda ini ada dua perlawanan persahabatan dan akan ada tiga perlawanan di VFF. Saya pasti Vietnam, Indonesia dan Thailand juga akan melakukan persiapan baik untuk cuba merampas kejuaraan daripada Malaysia di Sukan SEA nanti.
"Sekarang saya mahu lihat apa keperluan jurulatih untuk menguatkan pasukan dan jika kita perlukan lebih perlawanan persahabatan kita akan cuba mendapatkan pasukan lawan," katanya yang dipilih menggantikan Datuk Afandi Hamzah yang menunaikan ibadat haji ketika temasya di Jakarta.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan