Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee, Mat Yo mahu gempur

Posted:

Safee, Mat Yo mahu gempur

Safee, Mat Yo mahu gempur

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Safee Sali Penyerang Malaysia


KUALA LUMPUR - Setelah sekian lama tidak bersama, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha akan kembali digandingkan pada aksi persahabatan menentang Australia di Stadium Canberra, esok.

Dua penyerang itu yang menjadi nadi kejayaan negara pada Piala Suzuki AFF tahun lalu dijangka diturunkan bagi menembusi pertahanan pertahanan Australia yang diterajui bekas pemain Blackburn dan West Ham, Lucas Neill.

Safee berkata, dia gembira kerana kembali dapat beraksi dengan Norshahrul setelah terlepas dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 ekoran masalah kecederaan ketika berdepan Singapura, Julai lalu.

"Saya memang serasi dengan Mat Yo (Norshahrul). Walaupun tempoh latihan untuk berdepan Australia agak singkat, saya tiada masalah bergandingan dengan Mat Yo kerana sudah masak dengan corak permainan masing-masing.


Norshahrul Idlan Talaha


"Saya yakin kami mampu mencipta jaringan apabila bertemu Australia nanti, " katanya ketika ditemui di Wisma FAM, baru-baru ini.

Safee mengakui bukan mudah untuk melakar kejutan ke atas Australia namun berazam mahu menggunakan pengalaman 'berguru' di Cardiff City bagi membantu skuad Harimau Malaya.

"Perlawanan dengan Australia memang kena pada masanya. Selepas pulang dari Cardiff, sudah tentu saya bersemangat mahu membuktikan sesuatu.

"Saya juga mahu ambil kesempatan ini mahu memikat mana-mana jurulatih di Liga Australia, mana tahu ada rezeki saya boleh bermain di sana, " ujarnya.

Norshahrul pula melahirkan sedikit kerisauan mengenai persefahaman dengan pemain baru yang disifatkan masih belum berada pada tahap memuaskan biarpun mengakui tiada sebarang masalah beraksi bersama Safee.

"Tempoh latihan sebelum ke Australia agak singkat, beberapa pemain baru terutama pada bahagian tengah masih belum agak serasi dengan saya.

"Mungkin selepas beberapa perlawanan persahabatan, mereka (pemain baru) boleh mengikut rentak pemain-pemain lain.

"Namun dengan kehadiran Safee, saya cukup bersemangat dan yakin untuk memburu gol ketika bertemu Australia, " katanya.

ISN tumpu sains sukan

Posted:

ISN tumpu sains sukan

ISN tumpu sains sukan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

SUBANG JAYA – Sedar bahawa atlet bertaraf dunia memerlukan sokongan bertaraf dunia, Institut Sukan Negara (ISN) tidak menoleh ke belakang sebaliknya bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada atlet negara.

Menurut Pengarah Pusat Satelit ISN, Saadon Shukor, kewujudan 11 Pusat Satelit ISN membuktikan bahawa ISN memandang serius tentang kepentingan sains sukan kepada masyarakat setempat terutama pada peringkat akar umbi.

"ISN mahu mendedahkan masyarakat tentang pentingnya perubatan, saintifik dan kecemerlangan teknologi dalam sukan di Malaysia.

"Seperti semua sedia maklum sukan mampu mengubah sesebuah masyarakat," katanya pada Sidang Antarabangsa Sains Sukan dan Rekreasi (ICSSR) 2011 semalam.

Setakat ini 11 Pusat Satelit ISN telah dibina di Kuching, Pulau Pinang, Larkin, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Melaka, Kelantan, Pahang, Sandakan dan Miri.

"ISN sentiasa mementingkan tentang sukan elit berprestasi tinggi, pendidikan jurulatih, pembangunan atlet, penyertaan sukan beramai-ramai, budaya sukan dan industri sukan berkembang dengan pesatnya di dalam negara ini.

"Selain membuat persediaan untuk Sukan Olimpik 2012 di London, ISN juga sudah mula membuat perangkaan awal menjelang saingan Sukan Asia dan Komanwel 2014, jadi penubuhan Pusat Satelit adalah amat penting dan memudahkan atlet yang berada di seluruh Malaysia," katanya.

Jelasnya, ISN sentiasa wujud dalam piramid sukan, di mana atlet berada di atas manakala dua di bawah yang sentiasa menjadi sokongan ialah jurulatih dan tidak terkecuali ISN.

"Seperti yang kita semua maklum, budaya adalah amat penting daripada sistem. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cuba mengubah budaya di kalangan masyarakat setempat untuk menjadikan sukan sebahagian daripada hidup mereka.

"Kejayaan yang dicatatkan oleh pasukan bola sepak kebangsaan pada Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki tahun lalu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan yang dilakukan oleh ISN dengan menempatkan jurulatih kecergasan dari Slovakia," katanya.

Tambahnya, ada tiga perkara penting yang akan dilakukan oleh ISN sebelum diberikan kepada jurulatih, penilaian kecergasan, taktik dan analisis perlawanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan