Sukan
PEMAIN KLHC meraikan kejayaan menjuarai Liga hoki TNB menumpaskan Sapura 5-1 di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Anak didik Koshy pasang impian gelaran hatrik SELEPAS menjulang Piala Sumbangsih, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), semalam mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Liga Hoki Malaysia TNB 2011 dengan rekod bersih memenangi semua perlawanan.
Juara berganda musim lalu itu menamatkan perlawanan kelapan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam membelasah Sapura 5-1 untuk membawa pulang hadiah RM60,000. Kemenangan dalam semua perlawanan liga membantu KLHC menyamai rekod YNS yang berjaya memenangi semua perlawanan dalam pusingan kelayakan musim 1996.
"Kami sudah mencapai dua sasaran (Piala Sumbangsih dan menjuarai liga) namun sekarang bukan masa untuk leka bagi melengkapkan kejuaraan merangkul piala keseluruhan pula," kata Pengurus KLHC, George Koshy, semalam.
Gol KLHC adalah sumbangan Mohd Fitri Saari pada minit ke-27, Muhammad Razie Abd Rahim (m-41), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (m-45), Ismail Abu (minit ke-61) dan Muhammad Amerullah Abd Aziz (m-65). Jaringan tunggal Sapura dihasilkan S Kuhan pada minit ke-57.
KLHC bersama enam lagi pasukan terbaik Liga Perdana - Sapura, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Nur Insafi serta Sekolah Sukan Sultan Tuanku Mahkota Ismail (SSTMI) yang menjuarai divisyen 1 akan berentap dalam pusingan suku akhir mulai Rabu ini bagi perebutan Piala TNB selaku juara keseluruhan.
KEPUTUSAN
YNS 0 UiTM 0
Maybank 7 Nur Insafi 4
UniKL 4 ATM 2
KLHC 5 Sapura 1
0 ulasan:
Catat Ulasan