Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Oct 2011 01:57 PM PDT DUA jaringan berharga Abdul Manaf Mamat pada separuh masa pertama memastikan Terengganu selangkah ke pentas final Piala Malaysia 2011 sekali gus hampir memadam "Misi 33"yang membara di kalangan pemain Selangor. Kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi memberikan kelebihan selesa kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.
Malah semangat membara Selangor yang mendapat sokongan 25,000 penyokong tersentak ketika perlawanan hampir memasuki minit pertama apabila penyerang sensasi Terengganu, Abdul Manaf membuka jaringan buat juara Piala FA itu.
Ketiadaan kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan jelas mengganggu rentak Selangor apabila gerakan mereka sering kali berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan sehingga menyaksikan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli jarang diuji.
Walaupun cuba meningkatkan rentak permainan, Selangor masih gagal mencari sebarang gol sebagai bekalan untuk dibawa ke Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan mereka terpaksa mencari tiga gol tanpa bolos sekiranya mahu menempah tiket ke final.
|
Stander, Nathalie pamer penguasaan Posted: 18 Oct 2011 01:47 PM PDT PELUMBA Afrika Selatan, Burry Stander dan Nathalie Schneitter dari Switzerland menguasai peringkat pertama maraton merentas desa dalam kategori masing-masing pada saingan hari pertama Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011. Dalam aksi penamat yang cukup dramatik membabitkan dua pelumba ranking terbaik dunia yang berada dalam kelompok hadapan, Stander berjaya menewaskan pelumba Jerman, Karl Platt dari pasukan Team Bulls untuk melepasi garisan penamat dengan catatan 2 jam 24 minit 20.5 saat di Stadium Langkawi. Stander menduduki ranking keenam dunia diiringi oleh bapanya, Charles nyata gembira dengan permulaan yang cemerlang itu.
"Biarpun masih lagi keletihan akibat penerbangan dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang sama seperti berlumba di altitud tinggi namun penguasaan hari pertama adalah sesuatu yang menakjubkan," kata Stander merangkul kejuaraan Cape Epic di Kejohanan Afrika dan kejohanan kebangsaan Afrika Selatan awal tahun ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan