Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Oct 2011 10:18 AM PDT PERWATAKAN pemain sayap skuad Penyu, Mohd Ashaari Samsuddin amat pendiam dan serius ketika di luar padang, namun karakternya terus bertukar sebagai senjata pemusnah skuadnya apabila beraksi di padang sehingga mendorong rakan sepasukan menggelarnya 'Saha Terengganu'. Memulakan karier sebagai pemain pada 2005, anak jati Marang, Terengganu itu yang belum pernah merasai nikmat bergelar juara Piala Malaysia menyimpan keazaman tinggi untuk memahat sejarah mengucup piala berprestij itu selepas gagal mara ke final tujuh tahun lalu apabila ditumpaskan Selangor dengan agregat 4-2 di separuh akhir.
"Selain itu, saya juga mahu menghadiahkan trofi berprestij ini kepada isteri tersayang, Nurfadilawati Abd Salam, yang bakal menyambut hari jadi ke-23 pada tarikh sama dengan final berlangsung iaitu 29 Oktober ini serta untuk anak kami, Mohd Alif Nasri, sembilan bulan.
"Saya juga sudah mengingatkan rakan sepasukan supaya melakukan yang terbaik untuk menafikan hajat Negeri Sembilan menjulang piala itu kerana musim depan cabaran dalam pentas Liga Malaysia sudah tentu berbeza dengan kemasukan pemain import," katanya.
"Bagaimanapun saya percaya jika pergerakan lawan yang mempunyai kekuatan di jentera tengah dapat dipatahkan lebih awal sebelum memasuki kawasan berbahaya, kami tidak menghadapi masalah besar untuk menewaskan mereka," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Pasukan bola jaring UTM unggul Posted: 26 Oct 2011 10:16 AM PDT PASUKAN bola jaring mencatat gemilang pada Majlis Anugerah Sukan UTM 2010 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor, baru-baru ini apabila memenangi empat anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawati, Atlet Harapan Wanita, Pasukan Terbaik Wanita dan Pengurus PasukanTerbaik (Wanita). Anugerah Olahragawati menjadi milik pemain bola jaring Kebangsaan Siti Sri Dalimah Suhaimi. Kejayaan mewakili Negara di Kejohanan Asia Di New Delhi, India pada 2010 dan menjuarai kejohanan MASUM antara kelebihan atlet ini mengatasi dua lagi calon, Nur Afiqah Mohd Ashari, pencak silat dan Teo Shi Ling, bola tampar. Manakala, pemain tenpin bola remaja, Fahmi Bahri Sulaiman dinobatkan olahragawan 2010 mengalahkan dua calon lain iaitu Hattan Tazam, Rowing dan Tuan Hilmi Mujahid Tuan Abdul Rahman, Kayak. Fahmi memenangi dua emas di Kejohanan Universiti Asean, Chiang Mai, Thailand tahun lalu. Kedua-dua pemenang membawa pulang Piala Pusingan, sijil dan wang tunai RM1,000. Manakala pemain bola jaring remaja Kebangsaan, Nur Salfarina Muhamad Amin memenangi Anugerah Atlet Harapan Wanita. Atlet Harapan Lelaki pula dimenangi Wong Keng Yinn dari sukan Karate-do. Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM500, piala dan sijil penghargaan.
Turut disampaikan anugerah Pasukan Terbaik Staff 2010 yang dimenangi pasukan Tenpin Boling serta anugerah khas buat atlet UTM yang berjaya di peringkat universiti, negeri dan negara. Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang. Turut hadir Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Ninggal dan Pengarah Pusat Sukan UTM, Abdul Malik Abdul Ghani. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan