Harian Metro: Arena |
Posted: 30 Oct 2011 08:35 AM PDT SELEPAS dikritik hebat kerana dikatakan sebagai punca utama kepada kekalahan Terengganu pada final Piala Malaysia kelmarin ketika bertemu Negeri Sembilan, penjaga gawang skuad Penyu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tampil memohon maaf kepada penyokong skuad Pantai Timur itu. Dengan rasa rendah diri, Mohd Sharbinee yang juga penjaga gawang skuad kebangsaan, berkata tidak terlintas di hatinya untuk menghampakan setiap penyokong Terengganu sambil mengakui kesilapan yang dilakukannya menyebabkan Terengganu gagal mengulangi pencapaian 10 tahun lalu apabila kali terakhir menjulang Piala Malaysia.
Pada perlawanan kelmarin, Mohd Sharbinee gagal menampan kemas sepakan silang jarak jauh yang dilakukan pemain sayap Negeri Sembilan, S Kunanlan pada minit ke-80 sekali gus menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol hasil jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin.
"Saya sudah lakukan sebaik yang mungkin tetapi ia (kesilapan) tetap berlaku. Saya anggap ini sebagai pengajaran kepada saya. Harap saya tidak mengulanginya lagi selepas ini," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
‘Saya perlu profesional’ Posted: 30 Oct 2011 08:31 AM PDT DI SEBALIK kejayaan membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menewaskan Terengganu 2-1 kelmarin, ada mesej maaf disampaikan oleh penyerang sensasi, Hairuddin Omar kerana mengecewakan penyokong negeri kelahirannya itu. "Saya mohon berjuta kemaafan kepada penyokong Terengganu. Saya tahu mereka sangat kecewa dengan kekalahan Terengganu, tapi inilah adat permainan bola sepak.
"Bagaimanapun, walaupun meraih kemenangan bersama Negeri Sembilan, hati saya tidak pernah pudar bersama Terengganu," katanya yang ditemui di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Apa tidaknya, Hairuddin tampil kali ketiga berturut-turut pada pentas final bersama dua pasukan berbeza dan berjaya menjulang Piala Malaysia pada ketiga-tiga penampilannya itu iaitu ketika bersama Negeri Sembilan pada 2009, Kelantan (2010) dan Negeri Sembilan sekali lagi musim ini.
Ditanya mengenai pencapaiannya berjaya meledakkan gol pada tiga aksi final, Hairuddin yang pernah menyarung jersi Terengganu pada 2000 hingga 2002 sekadar berkata: "Ia hanya secara kebetulan." Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, meskipun pasukannya ketinggalan satu gol hasil jaringan Ashaari Shamsudin, namun katanya setiap pemain percaya mereka mampu melakar kemenangan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan