Berita Harian: Sukan |
Posted: 14 Nov 2011 03:14 PM PST Sukan Lompat tinggi, 4x400m, terjun menjadi penyumbang kontinjenJAGUH lompat tinggi, Lee Hup Wei merakamkan hatrik Sukan SEA apabila memenangi pingat emas ketiga berturut-turut sejak 2007 acara lelaki di Jakarta, semalam pada hari yang menyaksikan acara terjun menjadi penyumbang terbesar dengan dua emas. Selain kejayaan Hup Wei, olahraga turut menyumbang satu lagi emas menerusi kuartet lelaki 4x400 meter lelaki manakala jaguh terjun wanita, Leong MunYee turut melakar nama di Palembang apabila mengutip emas kedua peribadi selepas bergandingan dengan Traisy Vivien Tukiet memenangi acara 10m platform berirama wanita. Terdahulu, gandingan Bryan Nickson Lomas-Yeoh Ken Nee membuka pungutan emas untuk negara apabila mengungguli acara 3m papan anjal seirama lelaki.Ia menjadikan keseluruhan 13 emas sudah dikutip kontinjen Malaysia selepas empat hari bertanding untuk berada di tangga kelima kedudukan pingat di belakang Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura. Apapun, suasana menjadi muram dalam skuad karate negara yang gagal menambah koleksi emas selepas perak dan gangsa dalam acara Kumite berpasukan wanita dan lelaki untuk pulang dengan keseluruhan 4-2-8 bagi edisi kali ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmahmud tak puas hati dengan keptusan juri dlm kebanyakan acare M Ridzman firdaus semse: ada galeri khas kat frontpage BH kat depan tu....bnyk gambar kat situ http://www.bharian.com.my/bharian/bharian/Gallery/index_html?idg=SukanSea2011 aimansatriaputra rasanya peluang kita nak menambahkan pingat emas sukan sea di jakarta yg banyak tidak tercapai..dari dulu kita dah tau indonesia mengamalkan sikap buyers firdaus semse terbaik tapi x bnyk gmbar mike anderson ak manju seharus nya kita belajar dgn jujur atas kemenangan yg kita mampu. jgn menyerah kalah pd kemenangan yg sepatut nya kita menang.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 14 Nov 2011 03:10 PM PST Sukan AKSI Baddrol Bakhtiar (kiri) ketika menjaringkan gol pertama Malaysia menentang Thailand minggu lalu. SEMANGAT kapten skuad bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar berkobar-kobar ketika ini dan mesej kepada setiap rakan sepasukan adalah turun ke gelanggang dan menewaskan tuan rumah, Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan A, Khamis ini. "Tumpuan utama kami ialah menewaskan Indonesia di hadapan penyokong nanti," kata pemain Kedah itu yang jelas tidak mempedulikan provokasi penyokong tempatan sejak perlawanan pertama menentang Singapura 9 November lalu. "Sejak menentang Kemboja lagi, kami diejek sebaik mendapat bola tetapi saya dan rakan-rakan menjadikan itu sebagai motivasi bertindak lebih bersemangat mencari kemenangan. Saya anggap ia sebagai sokongan kepada kami."Pada tiga perlawanan lalu, kami seakan-akan bermain di Singapura, Thailand dan kemudian Kemboja walaupun semuanya berlangsung di Gelora Bung Karno apabila penyokong tempatan memberi sokongan padu kepada lawan kami. "Namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat kami terus memburu kemenangan. Walaupun sekadar perlu seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kami akan berusaha menamatkannya dengan kemenangan." Baddrol yang turut membarisi skuad bawah 23 kendalian Datuk K Rajagobal dua tahun lalu di Laos kini menjadi taruhan Ong Kim Swee untuk memimpin rakan sepasukan melakar gemilang pada edisi kali ini.
"Saya yakin kemampuan pasukan ini...percayalah," kata Baddrol. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan