Harian Metro: Arena |
Posted: 14 Nov 2011 08:02 AM PST P ARIVALAGAN mendedahkan ada dalang daripada kalangan pegawai Malaysia sendiri menjadi punca pengadil bertindak berat sebelah terhadap atlet negara sekali gus menyaksikan skuad karate berputih mata pada hari terakhir pertandingan Sukan Sea ke-26 di Stadium Tertutup Tenis Senayan, Jakarta, semalam. Selepas meraih empat emas kelmarin, Malaysia sekadar memenangi satu perak dan satu gangsa, masing-masing dalam acara kumite berpasukan wanita dan lelaki, kedua-duanya tumpas di tangan Indonesia.
"Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya bagaikan sudah diatur sejak awal lagi," katanya sebaik pasukan wanita negara tumpas 1-2 di tangan Indonesia pada perlawanan akhir.
Keputusan berat sebelah pengadil pertandingan menyaksikan Indonesia mengungguli gelanggang karate Sukan Sea dengan mengaut 10 daripada 16 pingat emas yang dipertandingkan.
"Ia bukan saja berlaku pada Sukan Asia Guangzhou 2010 apabila Jamalliah (Jamaludin) kalah di final kerana keputusan berat sebelahnya tapi juga berlaku hari ini ketika Syakilla Salni (Jefry Krisnan) bertarung dalam detik penentuan selepas terikat 1-1.
|
Posted: 14 Nov 2011 07:44 AM PST SKUAD bola sepak negara tidak perlu bersusah payah untuk mencari slot ke separuh akhir jika Thailand berjaya menewaskan Singapura pada aksi terakhir kempen Kumpulan A Khamis ini. Malaysia yang akan membuat perhitungan dengan Indonesia pada hari yang sama boleh mengetahui nasib mereka lebih awal memandangkan perlawanan antara Thailand dan Singapura bermula jam 5 petang waktu Malaysia.
Bagaimanapun pengendali negara itu tetap memilih untuk mencari kemenangan ke atas pasukan tuan rumah tanpa mengharapkan ihsan Thailand yang sudah terkeluar daripada saingan selepas tunduk kepada Indonesia 1-3 Ahad lalu.
Malaysia kini mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan, dua mata di belakang pendahulu kumpulan Indonesia.
Dengan kelebihan empat gol dimiliki Malaysia, Singapura tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan besar ke atas Thailand sambil mengharapkan Malaysia gagal mendapat sebarang mata.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan