Harian Metro: Arena |
Posted: 06 Nov 2011 09:59 AM PST JANGAN cari jalan susah! Itu peringatan jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee kepada anak buahnya supaya mencari kemenangan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Singapura hari ini dalam saingan bola sepak Sukan Sea Indonesia. Jelasnya, kemenangan ke atas musuh tradisi itu bukan hanya akan menyemarakkan semangat pemain malah lebih penting, tiga mata penuh yang diraih bakal memberi kelebihan dalam mencari tempat ke separuh akhir.
"Kalau kita boleh melayakkan diri ke pusingan seterusnya lebih awal adalah lebih baik, jadi pemain perlu memberikan fokus dan tidak mengambil sikap sambil lewa," katanya yang dihubungi Arena Metro di Jakarta semalam.
"Kenyataan yang memperlekehkan kemampuan skuad negara kami ambil sebagai cabaran, ia akan memberi motivasi untuk kami berjuang lebih baik," katanya.
Kapten, Baddrol Bakhtiar dijangka akan menerajui barisan serangan dengan dibantu beberapa tonggak utama seperti K Gurusamy (tengah), Mohd Fadhli Shas (pertahanan) dan Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol). Perlawanan Malaysia dengan Singapura akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno jam 5.00 waktu tanah air. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Nov 2011 09:57 AM PST KILAUAN perak yang dimenangi dua tahun lalu pada Sukan Sea Laos ternyata masih belum cukup untuk memuaskan hati atlet karate kumite negara, L Kunasilan, sebaliknya ia antara pengalaman pahit yang terpaksa ditempuh selepas meletakkan sasaran tinggi untuk menuai emas. Dua tahun sudah berlalu, kini atlet berusia 26 tahun itu berpeluang untuk menebus kembali kekecewaan itu pada temasya Sukan Sea di Indonesia bermula 11 November ini.
"Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk bersaing pada kali ini. "Apa yang penting ialah terus kekal fokus pada setiap perlawanan," kata Kunasilan yang berharap tidak mengulangi lagi kekecewaan dua tahun lalu.
Bagaimanapun, Kunasilan tetap berwaspada dengan pesaingnya di Indonesia nanti, terutamanya peserta tuan rumah serta Vietnam kerana kedua-dua negara itu sememangnya cukup sinonim melahirkan atlet karate yang berkaliber. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan