Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia pilih laluan sukar

Posted:

Malaysia pilih laluan sukar

Malaysia pilih laluan sukar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AHMAD FAKRI (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Singapura pada aksi pembukaan bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.


IMPIAN Harimau Muda untuk membaham Singapura tidak kesampaian.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu memilih laluan sukar dalam misi mempertahankan pingat emas selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura petang semalam.

Pada aksi pembuka tirai di Sukan SEA kali ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan yang berhati-hati.

Di undi satu kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Indonesia dan gergasi Asia Tenggara, Thailand dalam Kumpulan A, kegagalan skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu dianggap sebagai sesuatu yang sangat mengecewakan.

Ketiadaan Mahali Jasuli di bahagian bek kanan juga menimbulkan persoalan apabila Fandi Othman yang mengambil-alih posisi itu lebih gemar naik ke atas.

Selain itu, kesilapan Fandi yang tergelincir ketika mengejar bola pada minit ke-77 nyaris mengundang padah.

Meskipun skuad negara lebih dulu melancarkan serangan, Singapura memperoleh peluang terbaik pada minit ke-14 tetapi rembatan kaki kiri Fazli Ayub terus ke dakapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad negara yang kembali melakukan asakan begitupun kecewa apabila percubaan kapten, Baddrol Bakhtiar berjaya ditepis penjaga gol Singapura, Izwan Mahmud pada minit ke-24.

Kejayaan Syahrul Azwari Ibrahim melepasi tiga pemain pertahanan Singapura juga tidak mendatangkan hasil.

Kelonggaran benteng pertahanan negara nyaris dihukum Fazli apabila mudah melepasi tiga pemain dalam kotak penalti sebelum rembatannya ditepis Khairul Fahmi pada minit ke-39.

Penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saraaini juga gagal menjaringkan gol pendahuluan apabila lambat menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas Izwan hasil sepakan percuma Baddrol seminit sebelum babak pertama berakhir.

Pada babak kedua, Kim Swee membuat sedikit pertukaran apabila membawa masuk Irfan Fazail dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria bagi menggantikan Shukor Jusoh dan Thamil Arasu.

Hasilnya, jentera serangan skuad negara dilihat kembali tajam menerusi beberapa pergerakan merbahaya dari bahagian sayap tetapi masih gagal menemui sentuhan penyudah.

Keputusan pengadil perlawanan, Hong Xin Duong dari Vietnam yang tidak memberikan sepakan penalti selepas Fandi dijatuhkan pada minit ke-55 sedikit mengecewakan.

Selain itu, sepakan percuma Baddrol yang diperoleh selepas Syahrul Azwari dikasari pada minit ke-73 turut berjaya ditepis keluar Izwan.

Harapan skuad negara untuk mengutip tiga mata berharga pada 10 minit terakhir juga tidak kesampaian apabila rembatan kaki kiri Baddrol sedikit sipi pada minit ke-82, sementara rembatan Wan Zaharul Nizam juga melambung tinggi ketika Izwan telah tertewas pada masa kecederaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Zulfadli pengganti Chong Wei

Posted:

Zulfadli pengganti Chong Wei

Zulfadli pengganti Chong Wei

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


ZULFADLI akan menamatkan karie selaku pemain remaja pada tahun ini.


JUARA remaja dunia, juara remaja Asia, juara Sukan Komanwel Remaja dan juara remaja kebangsaan.

Itulah pencapaian bintang badminton muda negara, Zulfadli Zulkifli yang dilakarnya sepanjang tahun ini.

Simboliknya, kesemua kejayaan tersebut dilakar ketika dia bakal menamatkan karier selaku pemain remaja pada tahun ini.

Ini kerana, usia Zulfadli bakal menjangkau 19 tahun pada tahun depan.

Berdasarkan pencapaian itu, dia kini disebut-sebut sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei andai dia bersara kelak.

Bagaimanapun, bagi Zulfadli yang bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), dia tidak mahu terburu-buru untuk memikirkan sasaran itu.

Sebaliknya, dia meletakkan sasaran dua hingga tiga tahun lagi untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara di pentas antarabangsa kerana masih banyak perlu diperbaiki terutama dalam corak permainannya.

"Saya tipu kalau saya katakan saya langsung tidak memasang impian untuk menjadi pemain No. 1 negara. Mana-mana pemain sekalipun pasti memikirkan perkara yang sama seperti saya.

"Namun, bukan mudah sebenarnya untuk bergelar pemain No. 1 negara. Banyak perkara yang perlu diperbaikinya terutama dalam corak permainan. Saya perlu bersedia dari semua aspek.

"Dalam tempoh terdekat ini, memang sukar untuk saya untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara tetapi saya meletakkan sasaran selama dua hingga tiga tahun lagi daripada sekarang," kata Zulfadli ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Kelmarin, Zulfadli mencipta sejarah baharu dalam arena sukan badminton tanah air apabila menjadi pemain Malaysia pertama muncul selaku juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Taiwan.

Malah, dia turut membantu skuad badminton negara muncul juara dalam acara berpasukan campuran pada kejohanan yang sama.

Sebelum itu, dia turut mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia 2011 di India Julai lalu sebelum memenangi pingat pada temasya Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom, September lalu.

"Alhamdulillah, segala usaha serta kerja keras saya selama memang berbaloi dengan muncul juara dalam kejohanan-kejohanan besar.

"Malah, yang paling menarik, kesemua kejuaraan dalam kejohanan besar saya capai pada tahun ini. Ia telah menutup karier saya sebagai pemain remaja dengan pencapaian yang membanggakan," jelas Zulfadli.

Zulfadli bakal menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sandakan 2011 yang bakal bermula pada 22 hingga 27 November ini sebelum menghadapi Grand Prix (GP) Terbuka Macau tiga hari kemudian.

Dia bersama barisan pemain badminton remaja negara negara yang lain telahpun selamat tiba di tanah air dari Taiwan semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia tetap optimis

Posted:

Malaysia tetap optimis

Malaysia tetap optimis

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


PENJAGA gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman (kiri) menghalang percubaan pemain New Zealand pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor 2011 di Johor Bahru kelmarin.


MALANG yang menimpa skuad negara pada dua perlawanan awal Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor 2011 tidak mematahkan semangat pemain untuk mencapai sasaran mara ke perlawanan akhir.

Malaysia yang dibimbing Mohd. Dharma Abdullah hanya meraih satu mata daripada dua perlawanan selepas tewas 1-2 kepada Australia pada Sabtu lalu sebelum terikat 1-1 dengan New Zealand kelmarin.

Begitupun, skuad Projek 2013 negara itu tetap optimis untuk mengumpul mata maksimum pada baki tiga perlawanan menentang pasukan Korea Selatan, Pakistan dan India di Stadium Hoki Taman Daya.

Menurut Dharma, pertemuan menentang Korea Selatan hari ini bakal menjadi penentu kedudukan sebenar Malaysia dalam kejohanan jemputan enam negara itu.

"Sudah dua hari berturut-turut kami berdepan nasib malang kerana gagal mencipta kejayaan meskipun mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Mungkin pemain agak tertekan kerana beraksi di depan penyokong sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada terutama melalui pukulan sudut penalti.

"Namun, kami tidak mempunyai pilihan selain harus menewaskan Korea Selatan pada perlawanan seterusnya meskipun kami sedar ia bukanlah tugas yang mudah," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi kelmarin, Malaysia ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi jaringan Kane Russel sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Amir Farid Ahmad Fuzi di minit ke-62.

Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Seung Soong Tae tetap merendah diri menjelang aksi menentang Malaysia meskipun selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Menurutnya, pemain Malaysia mempunyai kemahiran yang tinggi hasil persediaan rapi sejak dua tahun lalu berbanding Korea Selatan yang hanya sempat menjalani latihan pusat tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia.

"Bagaimanapun, kami akan tetap cuba memberikan aksi terbaik untuk menewaskan Malaysia kerana kekuatan kami terletak pada semangat juang yang tinggi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan