Harian Metro: Arena |
Posted: 24 Nov 2011 09:19 AM PST SKUAD Olimpik negara berdepan situasi wajib menang ke atas Bahrain bagi merebut tempat kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia yang seterusnya mampu meniup keyakinan dan peluang untuk mereka mara ke peringkat seterusnya. Dua kekalahan berturut-turut kepada Jepun dan Syria menyebabkan peluang untuk bergelar juara kumpulan bagi layak secara automatik ke Sukan Olimpik London pada pertengahan tahun depan kelihatan sukar.
Malah pengendalinya, Ong Kim Swee sudah melaungkan keyakinan untuk membalas kembali kepercayaan penonton dengan bakal memberikan segala-galanya apabila menentang Bahrain selain mengharapkan kembalinya tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail.
Antara tonggak penting yang membantu negara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 itu turut menggesa rakan-rakannya agar tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan walaupun sedar Bahrain turut terdesak untuk mencipta kemenangan selepas tewas pada dua perlawanan awal kepada Syria (1-3) dan Jepun (0-2).
Pada aksi malam kelmarin, barisan pemain negara tampil bersemangat pada separuh masa pertama dan berjaya mengekang asakan lawan namun faktor keletihan jelas mempengaruhi corak permainan mereka pada babak kedua sehingga melepaskan dua gol kepada pelawat.
|
Posted: 24 Nov 2011 09:06 AM PST TUGAS Datuk Lee Chong Wei pada pusingan kedua Terbuka China semalam cukup mudah apabila menyingkirkan sensasi Jepun, Kenichi Tago 21-9, 21-7 dalam masa hanya 29 minit, namun dia harus menerima hakikat betapa ranjau berduri bakal dilalui selepas ini jika mahu mengungguli acara perseorangan di bumi China. Apa tidaknya, seteru utama pemain nombor satu dunia itu, Lin Dan yang turut beraksi pada saingan kali ini, pasti sangat selesa beraksi di halaman sendiri dengan kedua-duanya dijangka bakal bertemu pada saingan separuh akhir andai melepasi pertembungan suku akhir, hari ini.
Masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong selepas menewaskan Chong Wei di separuh akhir, Lin Dan pasti mahu mengulangi kejayaan itu di Terbuka China.
Andai melepasi rintangan suku akhir, Kien Keat-Boong Heong berdepan tugas lebih sukar dengan kemungkinan bakal bertemu pilihan utama, Cai Yun-Fu Haifeng yang bakal bertemu pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato di suku akhir. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan