Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Kami mahu menang’

Posted:

'Kami mahu menang'

'Kami mahu menang'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

"KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada."

Itu keyakinan yang dilontarkan oleh jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Kim Swee memberitahu bahawa perlawanan 'hidup mati' menentang Bahrain itu amat penting buat Malaysia dan tiga mata perlu diperoleh bagi menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat kedua peringkat Kumpulan C.

Jelasnya, jika pasukannya mampu melakarkan kemenangan menentang Bahrain yang dibimbing oleh Salman Shareeda esok, ia bakal memberikan impak kepada barisan pemain Malaysia untuk terus melontarkan saingan dalam Kumpulan C yang turut disertai Jepun dan Syria.

"Saya masih percaya kami masih mempunyai peluang untuk memburu tempat kedua dalam Kumpulan C dengan syarat kami berjaya menewaskan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini (esok).

"Malah, selain mahu memburu tiga mata pertama di laman sendiri, perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai misi 'hidup mati' buat kami. Jika gagal mencapai kemenangan, ia akan menutup peluang kami untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

"Namun, sekiranya kami berjaya menewaskan Bahrain, ia sudah tentu menjadi satu motivasi yang cukup bagus dan memberikan impak yang sangat baik untuk kami meneruskan saingan yang lebih baik dan hebat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berkata, kehadiran tiga tonggak utamanya yang kembali menjalani latihan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Fadhli Shas dan Irfan Fazail akan memberinya banyak pilihan menjelang aksi menentang Bahrain, namun tahap kecergasan mereka tetap dipantau.

"Kehadiran tiga pemain itu (Syahrul, Fadhli dan Irfan) adalah berita baik buat kami, namun saya tidak mahu terburu-buru membuat sebarang keputusan (sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya).

"Selepas meneliti tahap kecergasan mereka, saya akan nilai prestasi mereka sebelum aksi menentang Bahrain.

"Apa yang paling penting ialah kami tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan walaupun saya menyedari misi Bahrain adalah untuk mencari kemenangan," ujarnya.

Sebelum ini, Bahrain tewas dua kali kepada Jepun iaitu 1-3 (aksi pertama) dan 0-2 pada aksi kedua.

"Saya yakin mereka sudah terdesak untuk mencari kemenangan," tambah Kim Swee.

Full content generated by Get Full RSS.

Mampukah Chong Wei?

Posted:

Mampukah Chong Wei?

Mampukah Chong Wei?


CHONG WEI berdepan musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Siri Super Terbuka China hari ini.


MAMPUKAH jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuang badi kekalahan ke atas bintang sensasi China, Lin Dan?

Persoalan tersebut hanya akan terjawab apabila kedua-dua pemain membuat perhitungan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China hari ini.

Terdahulu, tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei tidak berdepan halangan untuk menempah slot ke peringkat separuh akhir apabila mudah menewaskan perseorangan Jepun, Sho Sasaki 21-18, 21-13 pada aksi suku akhir di Shanghai semalam.

Lin Dan pula mara selepas membenam cabaran Jan O Jorgensen dari Denmark 21-17, 21-14 dalam satu lagi pertemuan suku akhir.

Pertemuan menentang Lin Dan kali ini dianggap sebagai medan terbaik buat Chong Wei untuk menebus kekecewaannya tewas ditangan Lin Dan sebanyak dua kali berturut-turut.

Sebelum ini, Lin Dan telah menghalang impian Chong Wei untuk merekodkan kejuaraan dunia pertamanya apabila menewaskan pemain No. 1 dunia itu 20-22, 21-14, 23-21 pada aksi final yang berlang- sung di London.

Kehebatan jaguh perseorangan negara Tembok Besar itu diterus- kan apabila turut berjaya menewaskan Chong Wei 21-16, 21-14 pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu.

Justeru, pertembungan kali ini merupakan peluang terbaik buat Chong Wei untuk menutup mulut pengkritik yang sering memperti- kaikan statusnya selaku pemain No. 1 dunia setiap kali tumbang di tangan Lin Dan.

Bagi Lin Dan, dia yang masih segar dengan kejayaan merekodkan kejuaraan kelima pada Terbuka Hong Kong minggu lalu pasti- nya mahu meneruskan rentak kecemerlangan tersebut.

Berdasrkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia memihak kepada Lin Dan yang mencatatkan 17 kemenangan daripada 25 perlawanan.

Sementara itu, turut beraksi pada aksi suku akhir semalam ialah beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan juga beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Kien Keat-Boon Heong berdepan Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong (Korea Selatan), manakala Peng Soon- Liu Ying menentang Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul dari Thailand.

Full content generated by Get Full RSS.

Magis 'Apex' ditagih sekali lagi

Posted:

Magis 'Apex' ditagih sekali lagi

Magis 'Apex' ditagih sekali lagi

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

SENTUHAN magis penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai 'Apex' sekali lagi ditagih pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Meskipun dibolosi dua kali pada aksi menentang Syria Rabu lalu, menerusi S. Solaiman dan Nas- souh Nakkdahli, persembahan 'Apex' ternyata cukup cemerlang apabila berjaya mengagalkan beberapa percubaan bahaya Syria.

Persembahan cemerlang kapten skuad Harimau Muda itu juga antara faktor atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 baru-baru ini.

Namun, bagi pemain kelahiran Kelantan itu, dia tidak mahu mengingati kekalahan mahupun kemenangan manis pada Sukan SEA, sebaliknya mahu membaiki kesila- pan dalam usaha untuk terus menampilkan aksi buat pasukan negara.

Jelasnya, dia sangat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan tetapi ia harus dilupakan terlebih dahulu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan menentang Bahrain ini.

"Apa yang penting, kami perlu melupakan kekalahan lalu (bertemu Syria) dan memperbaiki kesilapan dengan segera untuk terus memberikan persembahan yang terbaik ketika menentang Bahrain nanti.

"Apa yang menjadi keutamaan kini adalah mahu membantu pasukan memburu tempat kedua dalam saingan Kumpulan C ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lantaran itu, dia menyeru rakan- rakan sepasukan supaya beraksi dengan lebih bersungguh-sungguh dan fokus sepanjang 90 minit permainan tersebut kelak.

Katanya, kekalahan kepada Syria juga antara faktornya untuk kembali bangkit dan berazam untuk terus mempamerkan persembahan yang memberangsangkan.

"Saya berharap kami dapat memberikan fokus seratus peratus ketika beraksi selama 90 minit menentang Bahrain tanpa melakukan sebarang kesilapan kecil dan memanfaatkan peluang untuk menja- ringkan gol.

"Kekalahan kepada Syria juga menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus berusaha dan berazam untuk melakarkan kemenangan pertama jurulatih, Ong Kim Swee di laman sendiri," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan