Utusan Online - Sukan |
Fatehah sebelah kaki ke London Posted: Fatehah sebelah kaki ke LondonOleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Sasaran yang diletakkan pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa untuk mara ke saingan akhir acara keirin Siri Piala Dunia Klasik Cali tercapai dan menamatkan saingan tersebut di tempat keenam, sekali gus berjaya meraih mata Olimpik London 2012 semalam. Fatehah sebelum ini yakin untuk mara ke saingan akhir acara tersebut selepas beraksi cemerlang yang dipamerkan di Sukan SEA XXVI dengan meraih tiga pingat emas. Dalam aksi akhir keirin wanita semalam, Fatehah menduduki tempat keenam dan berjaya meraih lima mata ke temasya Olimpik menjadikan keseluruhan 474.67 mata (terbaik Asia) diikuti Hong Kong 456.67 mata dan Korea Selatan 256.67 mata. Hanya dua pasukan terbaik Asia akan beraksi di London. Menurut pelumba kelahiran Kuala Berang itu, dia amat berpuas hati dengan prestasinya setakat ini kerana semakin menunjukkan peningkatan, walaupun gagal meraih medal dalam saingan di Cali yang juga aksi Siri Piala Dunia Klasik pertamanya bagi musim 2011/12. "Mungkin bukan rezeki saya untuk memenangi medal pada Siri Piala Dunia Klasik. Saya akan terus mencuba untuk saingan seterusnya. Ini adalah adat perlumbaan ada yang menang dan ada yang kalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook semalam. Dalam perlumbaan akhir keirin semalam, Fatehah kurang bernasib baik apabila dihimpit pelumba Ukraine, Shulika Lyubov dan pelumba Russia, Ekaterina Gnidenko menyebabkannya menamatkan saingan pada tempat terakhir. "Pada mulanya saya berjaya menempatkan diri pada kedudukan yang lebih strategik namun rezeki tidak menyebelahi saya. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi di Cali kerana banyak peningkatan yang dilakukan," katanya. Pelumba berusia 22 tahun itu berada pada landasan terbaik untuk menjadi pelumba basikal trek wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan ia diakui sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad. "Fatehah berpeluang cerah untuk mara ke Sukan Olimpik kerana dia adalah pelumba terbaik Asia setakat ini, saya berharap dia terus mengekalkan aksi ini dalam beberapa kejohanan besar lagi termasuk Siri Piala Dunia Klasik Beijing dan London," katanya. Turut meraih mata Sukan Olimpik London 2012 adalah pelumba trek sensasi negara, Azizulhasni Awang, yang menduduki tempat kelima dalam acara pecut selepas tewas pada suku akhir kepada pelumba Jerman, Rene Enders, sementera itu Josiah Ng pula menduduki tempat ke-20. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Sasaran Johannesburg tercapaiOleh ZAZALI JAMIAN KUALA LUMPUR - Sasaran tempat kelima keseluruhan dalam Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan berjaya direalisasikan oleh skuad hoki negara selepas menundukkan Poland dengan keputusan 3-0, semalam. Dalam perlawanan perebutan tempat kelima itu, skuad bimbingan Tai Beng Hai meledak gol pertama pada minit ke-17 melalui penyerang Tengku Ahmad Tajuddin A. Jalil sebelum Faizal Saari meledak gol kedua pada minit ke-29. Sungguhpun Poland lebih agresif pada babak kedua, namun pasukan lawan gagal memperoleh jaringan. Sebaliknya skuad negara menambah satu lagi jaringan melalui pukulan kencang Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke-47. Pengurus pasukan skuad hoki kebangsaan, George Koshy berkata, prestasi pasukan berada pada tahap terbaik, biarpun mempamer aksi kurang memberangsangkan pada peringkat kumpulan. "Cabaran kita hanya bermula pada saingan suku akhir dan pemain telah membuktikannya dengan kemenangan ini. "Bagi saya kita tidak mengalami masalah untuk mendapatkan jaringan malah kita harap melalui perlawanan sebegini kita mampu menilai posisi yang perlu ditingkatkan selepas kejohanan ini," katanya ketika dihubungi semalam. Sebelum ini dalam saingan peringkat Kumpulan B, skuad kebangsaan hanya mampu mengutip satu mata daripada tiga perlawanan, dengan seri 2-2 menentang Jepun selepas tewas kepada Kanada dan Argentina. Bagaimanapun, pada saingan suku akhir skuad kebangsaan mempamer peningkatan ketika menentang juara Kumpulan A, India apabila berjaya mengikat pasukan tangga ke-10 dunia itu dengan kedudukan 4-4, sebelum kemenangan memihak pasukan lawan melalui jaringan emas pada masa tambahan. Berjaya memperoleh tempat kelima bererti pasukan kebangsaan layak untuk beraksi dalam kejohanan sama pada masa akan datang selain dapat memperbaiki kedudukan ranking dunia kepada yang lebih baik. Sementara itu, George berkata tumpuan pasukan kini adalah perlawanan kelayakan Olimpik 2012 pada Mac tahun depan. "Perjalanan untuk Olimpik masih panjang dan kita akan cuba atasi kelemahan yang ada sebelum melangkah ke perlawanan kelayakan itu nanti. "Semua pemain telah mengikut arahan Beng Hai sehingga kita memperoleh kemenangan ini," kata George. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan