Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Wujud model liga profesional'

Posted: 09 Dec 2011 06:31 AM PST

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan imbuhan sukan kepada penjaga gol kebangsaan,   Khairul Fahmi Che Mat pada majlis penyampaian  SHAKAM  di Stadium Juara, Bukit Kiara,  semalam. - Foto Supian Ahmad

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan imbuhan sukan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pada majlis penyampaian SHAKAM di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. - Foto Supian Ahmad

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara bersama menggerakkan model baru liga profesional bola sepak negara dengan harapan model baru itu dapat mewujudkan kejohanan Liga Kelab di peringkat Asean dalam masa terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee enggan letak sasaran tinggi

Posted: 09 Dec 2011 06:26 AM PST

Sukan

Liga Singapura jadi pentas terbaik untuk pendedahan kepada pemain Harimau Muda

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu terlalu memikirkan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pembabitan pasukan itu pada saingan Liga Singapura 2012 namun sebaliknya menjadikan ia sebagai pentas terbaik sebagai pendedahan kepada pemain.

Situasi itu jelas berbeza dengan apa yang dilakukan pasukan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi umur 23 tahun bagi memperkuatkan Lions XII untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.

Kita tahu di Liga Singapura mereka membenarkan lima pemain import dan ini akan memberikan saingan yang cukup baik, jadi kita akan ambil pengalaman daripada pembabitan kita dalam Liga Singapura. Bagi saya apa jua keputusan yang kita terima di Singapura tidak mustahak tapi yang lebih penting adalah pendedahan dan peluang ini juga untuk kita dapatkan kombinasi terbaik sebelum kita mengharungi kelayakan bawah 22 tahun AFC pada Jun tahun depan, katanya ketika ditemui Majlis Penyampaian Anugerah Sport TOTO kepada 15 pemenang emas Sukan SEA, semalam.

Sementara itu, Kim Swee akan memberi lebih masa kepada Wan Zack Haikal Wan Noor untuk mengembalikan prestasi sentuhan berbisanya.

Sudah tentu Wan Zack tidak ada masalah cuma sekarang prestasinya yang tidak menentu. Saya percaya ia kerana dia lama tidak bermain dan beliau (Wan Zack) memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali sentuhan yang biasa dia lakukan sebelum ini.

Manakala Nazmi (Faiz Mansor) masih lagi menjalani beberapa ujian tapi dia (Nazmi) masih dapat menjalani latihan seperti biasa, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan