Kosmo Online - Sukan |
Posted: 'KAMI AKAN SEKAT CITY'
LONDON - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas bimbang peluang Chelsea untuk merangkul trofi kejuaraan Liga Perdana England tertutup sekiranya tewas kepada Manchester City awal pagi Selasa ini. Begitupun, Villas-Boas berazam untuk menyekat kehebatan City yang masih mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga setakat ini. Chelsea kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga itu dan kini tidak mahu lagi menjadikan jurang perbezaan mata itu semakin jauh. Villas-Boas mengakui: "Jika kami menang atau seri menentang (Manchester) City pada Isnin ini (esok), kami masih berpeluang untuk mencabar mereka bagi merebut Liga Perdana England pada musim ini. "Jika kami tewas, ia akan menjadi situasi yang agak sukar buat kami. "Ketinggalan 13 mata agak sukar untuk kami menghambat perbezaan mata itu. Ia tidak mustahil tapi kami tidak boleh lagi melakukan kesilapan dan perlu bekerja dengan lebih keras. "City sentiasa menunjukkan aksi hebat pada setiap minggu dan mereka pasti bersedia menghadapi perlawanan di Stamford Bridge nanti. "Mereka masih menerajui liga dan merupakan pasukan yang agak sukar untuk ditewaskan. Mereka masih belum tewas termasuk ketika menentang Liverpool dan Manchester United. "Kini, mereka akan berdepan dengan kami dan kami akan pastikan rekod cemerlang mereka itu berakhir. "Jika mereka menang, kedudukan City pasti menjadi semakin selesa, namun sekiranya kami menang, kami akan hanya dipisahkan tujuh mata di belakang mereka yang saya anggap masih ideal buat kami. "Sekiranya kami tewas, mungkin peluang untuk memburu kejuaraan liga agak sukar tetapi kami tidak akan berputus asa dan akan terus memberikan cabaran." - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Kedah merendah diriOleh AHMAD SYAHIR KASSIM DR. HAMDAN (lima dari kanan) bergambar bersama pemain-pemain baharu pasukan Kedah selepas majlis memperkenalkan mereka di Alor Setar semalam. PASUKAN Kedah yang dibentuk menerusi gandingan muka baharu, pemain berpengalaman dan import sekadar meletakkan sasaran sederhana bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. Skuad Kenari yang disertai sembilan muka baharu termasuk dua pemain import dari Brazil berhasrat memenuhi impian peminat setia mereka meraih tiga piala, namun perlu lebih realistik dengan saingan hebat pasukan lain. Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, sasaran piala bagi musim depan diserahkan kepada peminat Hijau Kuning menetapkannya dan yang pasti mereka mahu semua piala. "Setiap pasukan mengimpikan piala sama, namun sekiranya dapat merangkul kesemuannya ia bonus dan jika satu piala berjaya dimenangi ia sudah memadai," katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu di Sri Mentaloon, Alor Setar semalam. Hadir sama ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan ketua jurulatih Piala Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof. Namun, sebelum menempuh saingan baharu, Kedah bakal kehilangan pembimbing berikutan penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak dan empat perlawanan bagi penolong jurulatih, Radzi Mat Din dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail. Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika Kedah seri 1-1 dalam aksi menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia, 28 September lalu. Bagi Hamdan, isu ini merumitkan pengurusan Kedah, namun pihaknya mempunyai satu sistem bagi memastikan persiapan pasukan tidak terjejas. Katanya, sepanjang penggantungan itu, tugas Wan Jamak akan di- ambil alih Mohd. Nidzam bagi mengharungi tempoh sebulan tersebut. "Dalam tempoh itu, sebagai ketua jurulatih, Mohd. Nidzam akan membimbing kedua-dua pasukan sekali gus iaitu skuad utama dan Piala Presiden. "Ini dilihat baik untuk pasukan kerana Kedah mempunyai banyak pi- lihan pemain selain fokus Mohd. Nidzam selepas ini adalah mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam pasukan utama," katanya. Skuad Kenari membariskan tujuh muka baharu iaitu dua bekas pemain Perlis, Azmizi Azmi dan Mohd. Sany Mat Isa, selain Mohd. Bashahrul Abu Bakar yang kesemuanya merupakan pemain pertahanan. Tiga muka baharu lain yang merupakan pemain tengah ialah See Kok Luen (Kuala Lumpur), Mohd. Kamal Azira Abdul Manah (Universiti Sains Malaysia) dan Ahmad Basri Abdul Wahid selain bekas penyerang Pulau Pinang, Abdul Latiff Suhaimi. Dua pemain import yang berasal dari Brazil pula ialah Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo merupakan pertahanan yang sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC (Bangladesh) dan pemain tengah, Daniel Soares Neves atau Baroni yang mewakili Cruzeiro E. Clube di Brazil. Skuad Kenari turut mengekalkan pemain berharga mereka, Baddrol Bakhtiar yang mengetuai Harimau Muda menjuarai acara bola sepak Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini selain penyerang, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan V. Thirumurugan. Pemain lain ialah pertahanan kental, Mohd. Sabree Mat Abu, Mohd. Fauzie Nan dan Khairul Helmi Johari serta tiga penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohamad Muhaimin Mohamad. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Karamjit kembali 'mengganas'AKSI Karamjit ketika mengharungi cabaran pada hari pembukaan pusingan terakhir Rali Malaysia 2011 di Jempol, Negeri Sembilan semalam. KARAMJIT Singh terbukti sukar digugat selepas melakar kejayaan di hari pembu- kaan pada pusingan akhir Rali Malaysia 2011 di Jempol, Negeri Sembilan semalam. Tampil bersama rakan sepasukannya, Vivek Ponnusa- my, mereka berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 63.5 kilometer itu dengan mencatat masa 52:22.5 saat meninggalkan juara bertahan, Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza lima minit di belakang. Karamjit yang memandu Mitsubishi Evo kini sedang memburu gelaran keseluruhan dan setakat ini hanya Ra- fiq yang menjadi penghalang buatnya merealisasikan impian tersebut. Dengan kejayaan semalam, pemandu yang mendapat jolokan 'The Flying Sikh' itu sudah berada selangkah untuk merampas mahkota kese- luruhan. Rafiq telah memungut 30 mata secara keseluruhan dan Karamjit pula ketinggalan dua mata di belakang. Karamjit sedar, satu-satunya cara untuk mendapatkan gelaran tersebut ialah untuk menewaskan pemandu yang berada di kedudukan pertama itu. "Pusingan pertama sudah selesai dan segalanya berjalan dengan baik. Saya sudah mendahuluinya lima minit di hadapan dan akan kembali berentap dalam satu lagi perlumbaan Ahad ini (esok) dan saya tahu jika tiada apa-apa masalah berlaku, saya yakin untuk memenangi gelaran juara keseluruhan. "Tetapi siapa tahu. Cuaca tidak dapat diduga dan keadaan sentiasa berubah-ubah. Hari ini (semalam) cuaca sangat baik dan bila hujan turun senario mungkin berubah. "Keadaan trek akan menjadi lebih lembut dan licin, dan ia akan memberi tekanan pada enjin," kata Karamjit yang telah memenangi 11 gelaran keseluruhan setakat ini. Bagi Rafiq pula, dia perlu melakukan sesuatu yang menakjubkan untuk memastikan Karamjit gagal memintasnya. "Cara pemanduan Karam- jit agak berlainan hari ini (semalam) dan saya sudah menjangkakannya. Dia perlu menewaskan saya untuk memenangi gelaran tersebut dan jika dia berjaya melakukannya, dia berhak bergelar juara," kata Rafiq. Pada perlumbaan semalam, Rafiq menamatkan saingan di tempat kedua dengan mencatat masa 57:24.9 saat, manakala Mike Arokiasamy yang memandu Proton Satria berada di tempat ketiga dengan 58:55.2 saat. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan