Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Adrian raih RM20,333

Posted: 09 Dec 2011 08:37 AM PST

ATLET bowling negara, Adrian Ang menerima ganjaran tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bernilai RM20,333 selepas merangkul empat pingat emas di Sukan Sea ke-26, di Indonesia, bulan lalu.

Kejayaan cemerlang itu nyata menaikkan lagi semangat atlet berusia 23 tahun itu untuk melakukan yang lebih baik tahun depan sekali gus mengukuhkan lagi namanya di peringkat dunia.


"Hakikatnya saya sekadar sasarkan yang terbaik di Indonesia, pastinya untuk meraih pingat emas. Tetapi, tidak sangka semuanya berjalan lancar sepanjang kejohanan sehingga saya berjaya menerima ganjaran tertinggi ini.

"Kejayaan ini melonjakkan lagi semangat saya untuk tampil lebih hebat bukan saja untuk saingan tahun depan, malah di mana-mana kejohanan terutama di peringkat dunia akan datang," katanya selepas dianugerahkan ganjaran Shakam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Stadium Juara Bukit Kiara, petang semalam.


Berasal dari Pulau Pinang, Adrian meraih habuan pingat emas menerusi acara Masters (RM10,000), RM5,000 (Beregu), RM3,333 (Trio) dan RM2,000 dalam acara lima sepasukan.


Mengulas lanjut, Adrian berkata, ganjaran kemenangan itu sama sekali tidak akan digunakan melainkan untuk simpanan.

"Semuanya untuk simpanan masa depan, memiliki rumah dan berkahwin," katanya, namun mengakui masih belum mempunyai sebarang pilihan hati.


"Saya atlet bowling sepenuh masa, maka ganjaran serta wang kemenangan seperti ini penting untuk kegunaan jangka panjang dan masa depan," katanya.

Sementara itu, pelumba berbasikal trek wanita Fatehah Mustapa menjadi individu kedua terbanyak dengan RM20,000 menerusi hasil tiga emas dalam acara 500m ujian masa individu, pecut individu dan pecut berpasukan.


Akuatik yang menyumbang 19 pingat emas, menerusi renang, terjun, renang berirama dan renang laut terbuka menjadi penerima terbanyak Shakam dengan menerima keseluruhan RM209,998.


Disusuli berbasikal (RM65,000), olahraga (RM61,000), boling (RM51,999), bola sepak lelaki dan karate (RM40,000), ski air (RM37,000), wushu dan pencak silat (RM30,000), lawan pedang (RM20,000), memanah (RM19,999), menembak (RM15,000) dan snuker & biliard (RM10,000).

Full content generated by Get Full RSS.

PM mahu pemimpin sukan amanah jalankan tugas

Posted: 09 Dec 2011 08:27 AM PST

DI SEBALIK kegembiraan meraikan kecemerlangan atlet negara di Sukan Sea Indonesia semalam, ada mesej penting yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak buat pemimpin persatuan sukan tanah air.

Peminat sukan nombor satu negara itu memberi peringatan supaya mereka yang terbabit menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih bertanggung jawab.


"Kalau kerajaan memberikan peruntukan besar namun kepimpinan lemah, semua kejayaan tidak akan menjadi kenyataan. Pihak pengurusan sukan perlu bertanggung jawab dalam melaksanakan amanah yang dipikul," katanya pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jelas kata-kata Najib itu tepat pada masanya berikutan timbul kemelut dalaman yang menimpa beberapa persatuan sukan tanah air kebelakangan ini antaranya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selepas pencapaian kurang memberangsangkan di pentas antarabangsa.


Malah dua persatuan ini mula mendapat perhatian sehingga ada atlet, bekas atlet dan peminat sukan itu mendesak supaya ada perubahan dalam pucuk pimpinan.


Dalam pada itu, Najib turut mencadangkan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji untuk mewujudkan model baru liga profesional di negara ini.

Katanya, kejayaan meraih pingat emas di Sukan Sea Indonesia harus dijadikan landasan untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat lebih tinggi dan bukan hanya mendabik dada di peringkat Asia Tenggara.


"FAM kena kaji untuk menggerakkan model baru liga profesional, ini satu cadangan supaya mutu bola sepak dapat ditingkatkan. Kita tak boleh nak beri ganjaran kepada diri sendiri hanya kerana menjadi juara rantau ini, tapi kita mesti jadi 'global champion' (juara di peringkat global)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan