Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Undian panas!

Posted: 16 Dec 2011 10:51 AM PST

Sukan

Arsenal, Chelsea akan 'layan' dua kelab Serie A

PARIS: Dua kelab England yang masih bersaing dalam Liga Juara-Juara, Chelsea dan Arsenal, kedua-duanya diundi bertemu wakil Itali, manakala juara bertahan, Barcelona bakal berdepan kelab Jerman, Bayer Leverkusen untuk pusingan kalah mati, Februari dan Mac depan.

Chelsea bakal menentang Napoli manakala Arsenal bertemu juara Serie A, AC Milan dengan kedua-dua aksi pertama dijadual di tempat lawan. Napoli pasti tidak boleh dipandang mudah oleh Chelsea kerana kelab Itali itu layak selepas mengetepikan Manchester City pada saingan peringkat kumpulan manakala bagi Arsenal, ia adalah pertembungan ulangan dengan Milan di peringkat sama pada musim 2007/08.

Pada perlawanan itu, Arsenal menang menerusi agregat 2-0 hasil jaringan lewat Cesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor pada aksi kedua di San Siro.

"Ia pasti dua perlawanan yang hebat. Secara jujur, memang kalau boleh kami mahu diundi bertemu pasukan lain. Tapi jangan lupa, sejarah kami bertemu Milan cukup baik," kata setiausaha Arsenal, David Miles.

Lima lagi perlawanan pusingan kalah mati bakal menyaksikan Real Madrid bertemu CSKA Moscow, Bayern Munich bertemu Basel, Marseille bertemu Inter Milan, Benfica bertemu Zenit St Petersburg manakala Lyon bertemu APOEL Nicosia.
Sementara itu, undian pusingan kalah mati Liga Europa pula menyaksikan dua kelab England yang tersingkir dari Liga Juara-Juara, Manchester United dan City masing-masing dijadual bertemu Ajax dan Porto manakala Stoke berdepan Valencia, Februari depan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Chong Wei waspada cabaran Chen Long di separuh akhir

Posted: 16 Dec 2011 10:39 AM PST

Sukan

 CHONG Wei  mudah tundukkan  Gade (gambar kecil) 24-22, 21-14 dalam perlawanan terakhir kumpulan, semalam.

CHONG Wei mudah tundukkan Gade (gambar kecil) 24-22, 21-14 dalam perlawanan terakhir kumpulan, semalam.

WALAUPUN memiliki kelebihan psikologi selepas berjaya menebus dua kekalahan berturut-turut kepada Chen Long, tetapi Lee Chong Wei enggan memandang mudah ketika membuat perhitungan menentang musuh barunya itu pada separuh akhir Final Siri Super Dunia di Stadium Li Ning Liuzhou, hari ini.

Sebaliknya, Chong Wei yang memburu kejuaraan keempat berturut-turut pada kejohanan lima bintang ini mengakui dia perlu lebih fokus dan mempelbagaikan rentak permainan bagi mengelak masuk dalam perangkap pemain nombor tiga dunia itu.

"Jika saya mahu menang, saya perlu lebih agresif esok (hari ini). Saya juga perlu pastikan pertahanan saya tidak 'bocor'," katanya selepas hanya mengambil masa 34 minit menundukkan Peter Gade 24-22, 21-14 dalam perlawanan terakhir kumpulan, semalam. Kejayaan menewaskan jaguh Eropah itu membolehkan Chong Wei muncul juara Kumpulan A sekali gus menentang Chen Long yang muncul naib juara Kumpulan B, manakala Gade akan bertemu Lin Dan dalam satu lagi pertemuan separuh akhir kejohanan bernilai AS$500,000 (RM1.5 juta) itu.

Berdasarkan rekod, pertembungan hari ini adalah kali kesembilan di antara Chong Wei dan Chen Long dengan jaguh negara yang sudah mengungguli enam kejuaraan sepanjang tahun ini, merakam lima kemenangan ke atas juara Terbuka Thailand, China Masters, Jepun dan Denmark itu.

Pertemuan hari ini adalah kali ketujuh tahun ini dengan Chong Wei berjaya bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut di final Terbuka Jepun dan Denmark kepada pemain berusia 22 tahun itu dengan menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis Oktober lalu.

"Permainan Chong Wei semakin meningkat, tetapi dia perlu lebih fokus esok (hari ini). Saya harap dia dapat mengurangkan kesilapan serta bermain dengan corak permainannya sendiri dan tidak mengikut rentak Chen Long," kata jurulatih Tey Seu Bock.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan