Harian Metro: Arena |
Posted: 16 Dec 2011 10:39 AM PST PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui wujud pendekatan kurang berhemah dalam tindakan diambil timbalannya, Karim Ibrahim, sehingga mencetus pelbagai polemik dalam kesatuan itu, sejak akhir-akhir ini. Kenyataan itu dilihat agak menggemparkan apabila Shahidan yang sering dilabel sebagai 'pelindung' Karim sebelum ini, turut mendedahkan banyak tindak-tanduk yang diambil orang kanannya itu dalam mencorak masa depan badan induk olahraga negara berkenaan, dibuat atas dasar pertimbangan sendiri.
"Banyak perkara perlu diambil kira dalam hal ini, bukannya sekadar menentukan hukuman semata-mata. Pada saya, kita perlu berhati-hati dalam bertindak untuk menyelesaikan kemelut yang timbul.
Malah, Kay Kim yang mengakui bosan dengan pertelingkahan antara MSN dan KOM yang berlarutan sejak sekian lama, yakin segala masalah yang berlaku antara kedua-dua pihak itu lebih banyak ditimbulkan KOM sendiri yang seolah-olah dimonopoli seorang individu saja dalam membuat segala keputusan.
Ditanya mengenai pendirian beliau terhadap kedudukan Karim, Shahidan berkata segalanya terpulang kepada keputusan Mesyuarat Agung KOM. Bagaimanapun jika Karim sendiri yang ingin berundur, itu terpulang kepada beliau.
|
Posted: 16 Dec 2011 09:34 AM PST GELARAN keempat Pusingan Akhir Siri Super Dunia semakin menghampiri Datuk Lee Chong Wei selepas pemain nombor satu dunia itu yang sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir kelmarin, menewaskan pemain veteran Denmark, Peter Hoeg Gade 24-22, 21-14 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Liuzhou, China, semalam. Kemenangan itu bermakna, Chong Wei yang muncul juara Kumpulan A bakal bertemu naib juara Kumpulan B iaitu pemain muda China, Chen Long pada pertemuan separuh akhir hari ini, lawan yang pada anggapan ramai lebih mudah berbanding seteru utamanya, Lin Dan yang bakal membuat perhitungan dengan Gade pada satu lagi aksi separuh akhir.
Selepas satu ketika selesa mendahului Gade dengan perbezaan tujuh mata, Gade yang ketika ini menduduki ranking keempat dunia, berjaya merapatkan jurang sebelum menyamakan kedudukan 19-19, tetapi faktor ketenangan membolehkan Chong Wei meraih kemenangan 24-22.
Persoalan sama ada Chong Wei mampu mempertahankan kejuaraan bakal teruji sekali lagi hari ini kerana lawannya di separuh akhir, Chen Long pasti mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah. Sementara itu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang sudah tersingkir pada saingan kali ini selepas tewas kepada gandingan Denmark, Mathias Boe-Cartsen Mogensen kelmarin, terus mempamerkan aksi hambar ketika turun bertemu beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano semalam apabila tewas 21-19, 19-21, 14-21.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan