Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Tak sentuh soal letak jawatan Presiden PSM'

Posted: 18 Dec 2011 11:23 AM PST

Sukan

TIADA perbincangan mengenai soal letak jawatan.

Itu jawapan Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahaya ketika ditanya mengenai Mesyuarat Majlis Tertinggi badan induk itu yang berlangsung sehingga lewat pagi, kelmarin.

Sebaliknya, apa yang menjadi tajuk perbincangan utama hanyalah berkisar mengenai takwim 2012, laporan Sukan SEA, hala tuju PSM dan isu semasa selepas skuad kebangsaan pulang tanpa kilauan emas daripada Sukan SEA XXVI Indonesia.

Resolusinya, kami sebulat suara bersetuju setiap ahli perlu menjaga keharmonian dalam persatuan supaya tidak ada pihak ataupun individu mampu memporak perandakan PSM. - Datuk Arshad Yahaya

"Tidak ada menyentuh mengenai letak jawatan dan mesyuarat semalam (kelmarin) juga ada membincangkan isu semasa terutama campur tangan pihak luar termasuk bekas pemain yang dilihat mahu memecah-belahkan PSM.

"Resolusinya, kami sebulat suara bersetuju setiap ahli perlu menjaga keharmonian dalam persatuan supaya tidak ada pihak ataupun individu mampu memporak perandakan PSM," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengenai bedah siasat terhadap prestasi hambar skuad kebangsaan di temasya dwitahunan itu dengan pencapaian hanya dua pingat gangsa, Arshad mengakui masih banyak lompong yang perlu ditutup segera andai mahu melihat pasukan kebangsaan kembali menyinar.

"Kita juga lihat kelemahan sekarang ini masih boleh diperbaiki. Ini termasuk aspek merencana program pembangunan dan pemilihan pemain akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Menang semua piala

Posted: 18 Dec 2011 11:14 AM PST

Sukan

Red Warriors tampil dengan cita-cita besar musim 2012

SELEPAS mendahului pasukan lain dalam proses persiapan, jaguh Pantai Timur, Kelantan kini berada di landasan terbaik untuk cuba mengharungi saingan musim baru Liga Super dengan mengelak sebarang kekalahan.

Walaupun sedar jumlah perlawanan yang terpaksa diharungi musim depan bertambah kepada 60 perlawanan termasuk membabitkan saingan Piala AFC, ia bukan alasan untuk gagal, sebaliknya Red Warriors tampil dengan cita-cita besar untuk merangkul semua trofi dipertandingkan. "Setiap perlawanan adalah penting dan kami memandang serius setiap cabaran yang akan bermula tidak lama lagi. Berdasarkan prestasi sekarang, saya yakin dengan kemampuan pemain termasuk dua import yang kita daftarkan.

"Saya mahu lihat Kelantan mampu mengharungi saingan liga tanpa kekalahan dan kalau seri sekali pun, tidak mengapa asalkan kita tidak mengalami kekalahan," kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Nada keyakinan Annuar itu jelas menunjukkan kesungguhan barisan bimbingan Peter Butler untuk kembali menggegar pentas Liga Malaysia terutama selepas Piala Malaysia terlepas daripada genggaman.

Sebelum memulakan aksi pembuka tirai perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan, juara bertahan Liga Super 2011 itu akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan sebagai pendedahan berkualiti tinggi kepada pemain.
"Kita akan menentang juara Liga Indonesia, Persebaya FC dan merancang menentang juara Piala FA, Terengganu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen