Utusan Online - Sukan |
Posted: Chong Wei ketandusan ideaOleh TAN MING WAI LEE CHONG WEI KUALA LUMPUR – Bekas jaguh beregu badminton negara, Razif Sidek berpendapat adalah tidak memadai untuk Datuk Lee Chong Wei sekadar mendapat bimbingan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek. Sebaliknya, Razif mencadangkan agar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertimbangkan cadangan melantik tambahan dua jurulatih bagi memberi input dan nasihat dalam usaha meningkatkan permainan Chong Wei yang dilihat sudah 'ketandusan' idea. "Chong Wei memerlukan idea-idea baru dan segar. Khidmat Seu Bock dan Rashid tidak mencukupi kerana perlu ada seorang atau dua pakar boleh membantu menganalisis permainan seteru utamanya iaitu Lin Dan dan Chen Long. "Corak permainan Chong Wei sudah lama diperhatikan penganalisis China, dengan itu mereka memiliki ilham untuk mengatasi Chong Wei. Kalau China boleh berbuat demikian, kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama? "Pegawai dan barisan jurulatih BAM harus segera duduk berbincang bagi mengenal pasti apa dan di mana silapnya. "Kalau sebelum ini Chong Wei sering memasuki final dan muncul juara, namun dia kini terkandas pada separuh akhir. Keadaan itu tidak boleh berterusan sehingga moralnya terus jatuh," kata Razif yang merupakan pemenang Piala Thomas 1992 dan All England 1982. Tambahnya, Malaysia langsung tidak berpeluang untuk meraih pingat emas Olimpik mahu pun menjulang Piala Thomas berdasarkan persembahan semasa Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. "Secara jujur, saya tidak merasakan mereka mampu... kalau setakat masuk 'semi' (separuh akhir), itu mungkin. "Saya tidak melihat sebarang potensi untuk Chong Wei atau Koo-Tan muncul juara," kata Razif. Bagaimanapun itu tidak bermakna Razif tidak lagi yakin dengan pemain perseorangan dan beregu lelaki utama negara yang disandarkan harapan tinggi oleh seluruh tanah air untuk membawa pulang pingat emas sulung Sukan Olimpik serta Piala Thomas pertama sejak 1992, tahun depan. Katanya, tempoh tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik London 2012 adalah mencukupi untuk memperbaiki keadaan. "Yang sudah berlalu biarkan berlalu, tiada guna untuk dikesali. Lupakan sepenuhnya episod duka tahun 2011 dan rancanglah untuk 2012," ujarnya. Berhubung prestasi Kien Keat-Boon Heong, Razif menyifatkan corak permainan pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 dan juara All England 2007 itu terlalu 'kosong' dan tidak digeruni. Razif mengharapkan khidmat jurulatih Korea Selatan, Yoo Yong-Sung akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan mutu permainan Kien Keat-Boon Heong. "Namun janganlah anggap Koo-Tan akan bermain seperti pemain Korea. "Itu mustahil kerana mereka telah pun sebati dengan corak sedia ada, cuma yang boleh dilakukan ialah meningkatkan ke satu tahap lagi. "Permainan Koo-Tan tiada elemen mengejut, mereka perlukan resipi baru," jelasnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Tidak tahu punca dilucutkan jawatan Posted: Tidak tahu punca dilucutkan jawatanDATUK Mohd. Salim Abd. Bari seperti 'adik dan abang' dengan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail termasuk di arena politik Pulau Pinang tetapi hubungan mereka dikesan renggang sejak Piala Dunia, Julai lalu. Pelantikan Abdul Jalil Ariffin sebagai Bendahari baru PSM dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Sabtu lalu sekali gus menyingkirkan Mohd. Salim. Kepada wartawan Utusan Malaysia, ABDUL HAFIZ AHMAD, Mohd. Salim meluahkan perasaan berhubung pelucutan jawatan Bendahari PSM yang disandangnya sejak 2003 itu. UTUSAN: Benarkah Datuk tidak tahu-menahu tentang pelucutan jawatan Bendahari PSM itu sehingga mesyuarat Majlis Tertinggi selesai Sabtu lalu? SALIM: Saya memang tidak tahu dan tidak dimaklumkan sesiapa daripada PSM bahkan mengenai berlangsungnya mesyuarat itu tetapi mungkin ada benda (sebab pertukaran penyandangnya) yang tidak mahu dinyatakan kepada saya. Bagi saya ia kuasa Presiden PSM. Itu juga hak mutlaknya. Datuk ada masalah tertentu dengan Presiden PSM secara peribadi? SALIM: Jika ada masalah pun, kita boleh berbincang tetapi saya boleh katakan yang saya pernah dihalang hadir sebarang aktiviti PSM sejak Mei lagi. Dalam Piala Dunia pun, saya tidak dilibatkan dan saya kerap diketepikan kemudiannya. Namun saya tidak berdendam malah saya mengucapkan selamat berjaya buat PSM. (Pelucutan jawatan) hanya perkara kecil dan tidaklah penting sangat. Selama tiga penggal Datuk bersama PSM malah sudah diiktiraf sehingga menyandang jawatan kanan Astaf, Datuk terasa kehilangan sesuatu atau alangkah ruginya PSM? SALIM: Biarlah orang lain yang menilainya jika mereka tahu apa peranan saya ketika PSM digantung oleh Istaf (kerana membantah bola Marathon, memulaukan Sukan SEA Korat 2007 dan cuba keluar Istaf) sampai pernah dihadapkan ke tribunal di Bangkok. Ketika itu maruah sepak takraw negara, maruah Presiden dan PSM terlibat. Ada ketikanya juga saya diarahkan menyelesaikan beberapa masalah termasuk menjana sumber dana PSM dan saya percaya ramai ahli gabungan tahu. Bagaimana peranan Datuk dalam Astaf selepas dibuang dari PSM? SALIM: Sebagai Naib Presiden Astaf, saya masih boleh mengangkat sepak takraw ke tahap yang lebih tinggi. Saya ada cara untuk membantu sukan ini. Saya sudah menyiapkan undang-undang sepak takraw baru, tikam tuju dan ketika videonya ditayangkan pada Piala Raja Thai 2010 di Chiang Mai, banyak negara memberikan sambutan. Saya rasa ia boleh dijadikan acara pertunjukan pada Sukan SEA Myanmar 2013 dan selepas itu dipertandingkan dan menghasilkan pingat emas buat Malaysia. Sejauh mana keseriusan Datuk membangunkan cabang tikam tuju di negara ini? SALIM: Bola sepak takraw tempatan berjenama Salim sudah mempunyai peminat setia. Jualannya juga meningkat. Kami satu-satunya pengeluar bola tikam tuju. Selagi ada peminat setianya, satu hari ini mungkin wujud sebuah persatuan khas sepak takraw tikam tuju Malaysia. Saya pernah menganjurkan sebuah pertandingannya di Kedah yang disertai 1,500 orang, tahun lalu dengan menggunakan konsep tersendiri. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan