Harian Metro: Arena |
‘Jangan gelap mata’ Posted: 01 Dec 2011 09:57 AM PST AKSI memikat pemain Harimau Muda A ketika membarisi skuad juara Sukan Sea Indonesia dan skuad Olimpik negara membuatkan mereka kini diburu pasukan bola sepak negeri dan kelab bagi musim baru Liga Malaysia. Pemain-pemain ini digilap menerusi program Sekolah Sukan Bukit Jalil dan diberikan pendedahan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan seharusnya terus kekal di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee.
Menurut Kim Swee, beliau menasihatkan anak buahnya supaya tidak 'gelap mata' dengan tawaran gaji lumayan sebaliknya kekal bersama skuad khususnya pemain berusia bawah 21 tahun sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Asia Incheon 2014.
Kim Swee berkata, setakat ini beliau mengesahkan tiga pemain, K Gurusamy (pemain tengah), Mohd Muslim Ahmad (pertahanan) dan Abdul Shukur Jusoh (pemain tengah) tidak bersama Harimau Muda A musim depan.
Gurusamy dilapor sudah mengikat kontrak bersama Selangor manakala Muslim bakal menyarung jersi negeri kelahiran, Terengganu.
|
Posted: 01 Dec 2011 07:53 AM PST SELEPAS terdesak mendapatkan khidmat pemain import berkualiti untuk diserap dalam skuad Liga M musim depan, juara Piala FA musim ini, Terengganu menagih simpati dan meminta jasa baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya melanjutkan tempoh pendaftaran yang berakhir 8 Disember ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, jika FAM terus tidak berganjak daripada keputusannya, Terengganu mungkin tidak menggunakan khidmat awang import musim depan kerana masa untuk mendaftar hanya tinggal tujuh hari.
"Hingga kini, 10 pemain yang beraksi di posisi tengah dan serangan gagal menambat hati panel pemilihan dan semua pemain akan dihantar pulang sementara menunggu beberapa lagi pemain yang bakal tiba hujung minggu ini dan minggu depan.
"Masa yang mencukupi untuk memilih pemain import amat diperlukan bagi mengelak daripada memilih pemain kurang berkualiti dan boleh merugikan persatuan masing-masing," katanya ketika ditemui di Padang Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sebaik selesai perlawanan persahabatan dengan T-Team yang berkesudahan Terengganu tewas 0-1, petang semalam.
Pandangan Che Mat juga turut disokong jurulatih T-Team, Yunus Alif yang turut menyifatkan tempoh pendaftaran itu terlalu singkat dan meminta FAM melanjutkan tempoh memandangkan saingan Liga M bakal bermula 10 Januari depan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan