Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Fikir BAM'

Posted: 18 Jan 2012 04:44 PM PST

Sukan

CHONG Wei menunjukkan Autobiografi 'Dare To Be A Champion' dan komik 'Jejak Libasan Jaguh' yang dilancarkan di Sport Arena@ Sentosa, semalam.

CHONG Wei menunjukkan Autobiografi 'Dare To Be A Champion' dan komik 'Jejak Libasan Jaguh' yang dilancarkan di Sport Arena@ Sentosa, semalam.

Zolkples minta badan induk gugur Chong Wei dari skuad Piala Thomas

BELUMPUN halangan berduri di Macau ditempuhi tetapi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah berdepan 'gelora' dalam menyentuh episod kelayakan Piala Thomas skuad negara dan penyertaan Lee Chong Wei pada saingan piala berprestij itu bulan depan.

Semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong terus terang minta badan induk itu tidak menyenaraikan pemain nombor satu dunia dalam skuad ke Macau, sebaliknya mahu jagoan itu memberi fokus kepada buruan pingat emas Sukan Olimpik di London, Julai ini. Chong Wei pula tidak kisah jika diminta membantu pasukan negara walaupun hakikatnya pengkritik sudah mula bicara peluang pasukan lelaki mara ke pusingan akhir di China, Mei ini amat tipis berpandu kepada kekuatan menyeluruh.

Artikel lain:

Full content generated by Get Full RSS.

Perlis syak 9 pemain terbabit rasuah

Posted: 18 Jan 2012 04:36 PM PST

Sukan

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA), semalam mendedahkan bukan hanya seorang pemain tetapi sembilan anggota skuad Liga Perdana Perlis disyaki terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan gara-gara tewas mengejut 2-7 kepada MP Muar pada aksi pertama 9 Januari lalu.

Pendedahan itu diumumkan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyuarakan semua pemain skuad Singa Utara itu membabitkan pemain lama dan baru menyertai skuad berkenaan pada kempen Liga Malaysia musim ini.

"Apa yang paling mengejutkan suspek ejen bookie terbabit dikatakan turut menawarkan wang sebanyak RM100,000 kepada seorang tonggak importnya, tetapi dia menolak tawaran lumayan itu. "Kami tidak menolak kemungkinan pemain lain termasuk yang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut ditawarkan jumlah sama seperti pemain import itu," katanya di sidang media khas di Kangar, semalam.

Shahidan berkata, berikutan laporan yang cukup mengejutkan itu, PFA membuat laporan polis dan SPRM di Kangar pada 11 Januari lalu.

Apa pun, beliau menambah setakat ini PFA belum dihubungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan isu itu dan berharap badan induk itu memberin perhatian serius terhadap isu rasuah bola sepak.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

snow

fikir2 ba kalau mahu buat sesuatu 2. susah budak2 ni

Khirol

Masalah rasuah atau team Perlis memang tak perform? Takkan kalah ajer dah kata rasuah??

meli

Kempen Liga M baru jer mula.. 2 3 perlawanan, dah ada berita2 rasuah...apa kebenda nie..camna sukan bolasepak nak maju nie... LU PIKIR LA SENDIRI

skywalker

apa nak jadi ngan shaidan kasim ni, masalah sana sini, KOAM dengan doping issue, Bola sepak Perlis dgn rasuah...

Oii la manusia

Manusia la ne tak makan rasuah x kaya la..
Banyak dah yg dok tengok 'fixed income' bape je tapi dalam masa singkat leh jati jutawan,billiowan,hartawan,biniwan,gundikwan n macam2 -wan lagi. Apa pun org yang macam ne dipuja dan disanjung tinggi... biasa la akhir zaman dah.. munafik dan kafir mengguasai dunia dan pentadbirannya ...
munafik=kafir=ahli neraka jahannam

Hanielhf

Pemain tak boleh disalahkan 100 peratus.. Pengurusan bolasepak Perlis mesti sangat bermasalah..


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen