Berita Harian: Sukan |
Posted: 26 Jan 2012 11:52 AM PST Sukan Sumber SPRM sahkan hanya seorang pemain Perlis terbabit atur perlawananKANCAH bola sepak tanah air seakan-akan mahu meniti semula 'era kegelapan'. Semalam, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hanya seorang pemain skuad Liga Perdana Perlis yang disoal siasat, baru-baru ini disyaki 'terbabit dengan bookie' untuk mengatur keputusan perlawanan. "Buat masa sekarang, siasatan dilakukan mengesahkan hanya seorang saja pemain disyaki terbabit dalam urusan mengatur perlawanan berkenaan."Kami percaya pemain itu yang dipanggil untuk diambil keterangan mempunyai kaitan dengan bookie terutama bertindak sebagai 'runner' kepada bookie terbabit," kata sumber itu ketika dihubungi di Kangar, semalam. Pemain berkenaan adalah seorang daripada 'Kumpulan 9' yang disoal siasat SPRM berhubung kes rasuah membabitkan perlawanan Perlis menentang Majlis Perbandaran (MP) Muar pada 9 Januari lalu. Sumber SPRM berkata, keputusan itu dibuat susulan siasatan dilakukan berhubung kes terbabit, termasuk hasil keterangan beberapa pemain serta pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sejak perkara itu didedahkan badan induk itu, baru-baru ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenRosli Ibrahim Pantau semua pemain impot dari Afrika, sindiket mereka sangat terancang....kalau tak percaya cuba pergi mana-mana stadium sekarang, kebetulan warga Afrika dah semakin ramai di Msia ni mat jan jauhi rasuah.. selamatkan bola sepak malaysia.. ahmad nazri ibrahim Selaku peminat bolasepak saya amat terharu dengan perkembangan terkini gejala rasuah dalam arena bolasepak kita. Gejala ini perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Jangan jadi penipu kepada penyokong anda. Lihatlah apa yang berlaku jika penyokong hilang kepercayaan. Penyokong mahukan yang terbaik daripada pemain. Bukan wang ringgit jadi ukaran tetapi maruah dan kepercayaan serta mutu bolasepak negara harus kita jadi sandaran. Pengalaman lalu sepatutnya jadi pengajaran kepada semua pihak. FAM perlu tegas dalam perkara ini, jangan beri ruang langsung kepada sesiapa sahaja yang cuba mencetus unsur rasuah ini. Jika ada baik pemain atau pihak pengurusan ianya harus disingkirkan dari terlibat dalam arena bolasepak negara.
epinzzz bg kesalahan mcm tu penjara je bg pengajaran dan peringatan kpd pemain lain supaya jauhi rasuah.... sham hukum mereka yg menerima rasuah. tidak kira mereka sebagai pemain kebangsaan atau tidak. dan mereka tidak boleh bermain bola langsung, sekiranya didapati bersalah umumkan kpd org ramai. itu saja yg dpt memberi pengajaran kpd yg belum mencubanya. ini semua dpt menyelamatkan industri bolasepak negara dan demi kemajuan bolasepak negara supaya tidak dimalukan oleh negara2 jiran lagi... jangan jual maruah sendiri kerana buruk akibatnya
bintang kejora Bg sa yg memberi patut di buru habis2an... Penjarakan mreka mendatori...! Kerana rasuah umpama anai2 yg setiap saat akn mkn dan makan tiang rumah sehingga ssebuah rumah tsebut akn r0b0h...sekian :) zainudin zidani Diharapkan pemain-pemain bolasepak di Malaysia ni tak kira Liga Super, Liga Perdana ke..jangan sesekali menghampakan harapan peminat bolasepak Malaysia dengan isu rasuah yang pernah merencatkan pembangunan bolasepak kita. Sekarang peminat sudah mula menyokong liga bolasepak tempatan, kehadiran ke stadium pun dah ok..jadi jangan hamapakan kami sebagai peminat yang dambakan kebangkitan bolasepak Malaysia. mohamadbakhari jangan gelapkan masa hadapan anda dengan oerbuatan yg menyalahi undang2 negara. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 26 Jan 2012 11:40 AM PST Sukan Lin Dan TEKA-TEKI sama ada China menyenaraikan Lin Dan beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber di Macau dari 13 hingga 19 Februari ini akhirnya terjawab apabila bintang sensasi itu disisihkan daripada pasukan Naga Merah. Sebaliknya, China yang sudah layak ke pusingan akhir atas tiket juara bertahan dan tuan rumah Mei depan menyenaraikan bintang nombor dua, Cheng Long mengetuai senarai pemain perseorangan diikuti Chen Jin, Du Pengyu dan Wang Zhengming. Ketua jurulatih negara, Rashid Sidek bagaimanapun menegaskan tindakan China mengetepikan juara dunia empat kali dan pemenang emas Sukan Olimpik 2008 itu bukan satu kejutan kerana sudah menduga sejak awal negara Tembok Besar itu akan berbuat demikian."Mereka mahu tiga wakil beraksi di Sukan Olimpik Julai depan. Jadi, dengan kedudukan Lin Dan sudah terjamin ke Olimpik, sudah tentu mereka mahu Cheng Long dan Chen Jin mengukuhkan kedudukan masing-masing kerana pusingan kelayakan ini turut menawarkan mata ke temasya berprestij itu. "Ini adalah strategi mereka beraksi di pusingan kelayakan ini walaupun mereka sebenarnya tidak perlu berbuat demikian kerana sudah layak ke pusingan akhir secara automatik atas tiket tuan rumah dan juara bertahan," katanya. Berdasarkan peraturan, sekiranya sesebuah negara memiliki tiga pemain berada di kelompok empat teratas dunia, mereka boleh menyenaraikan tiga wakil maksimum di Sukan Olimpik dan China jelas mahu menggunakan kelebihan itu dengan Chen Long dan Chen Jin kini berpeluang menemani Lin Dan kerana masing-masing menduduki ranking ketiga dan kelima dunia. Andai skuad negara yang diterajui pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei gagal melepasi halangan pusingan kelayakan ini, ia bakal mencatat sejarah hitam badminton negara apabila pertama kali gagal mara sejak format baru piala berprestij ini diperkenalkan pada 1984. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan