Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Debaran Kedah, Johor FC di Stadium Darul Aman

Posted:

Debaran Kedah, Johor FC di Stadium Darul Aman

Debaran Kedah, Johor FC di Stadium Darul Aman

Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my


Kekecohan di luar Stadium Darul Aman baru-baru apabila sekumpulan penyokong mendesak pengurus Kedah, Khazali Din (tengah) meletak jawatan selepas skuad kenari kalah 3-0 kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super.


ALOR SETAR – Selepas dihimpit tekanan akibat gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan Liga Super, persembahan di atas padang dan reaksi penyokong Kedah bakal menjadi tumpuan pada pertemuan menentang Johor FC di Stadium Darul Aman, hari ini.

Meskipun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta penyokong tidak panik dan memberi peluang kepada skuad Kenari memperbaiki prestasi, satu hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah tekanan akan terus memuncak jika keputusan perlawanan hari ini tidak memihak kepada skuad Hijau Kuning.

Mengambil kira keadaan semasa, keputusan perlawanan hari ini akan menjadi penentu sama ada ia meredakan tekanan yang dihadapi Kedah, atau sebaliknya.

Perlawanan antara kedua-dua buah pasukan tambah menarik dan mendebarkan kerana Kedah dan Johor FC masing-masing terdesak memerlukan kemenangan, untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Sebelum ini, segelintir penyokong Kedah mahu KFA bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi skuad Kenari selain desakan agar pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berundur dari jawatannya.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah berkata, penyokong mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan pasukan mereka, khususnya keputusan perlawanan menentang skuad K. Devan, hari ini.

Katanya, jika Kedah tewas dengan persembahan buruk, dia percaya gelombang desakan peminat pasti semakin memuncak, selain bakal menyaksikan kemerosotan teruk kehadiran penonton ke Stadium Darul Aman.

"Penyokong terkilan kerana KFA gagal mendapatkan penyerang import berkualiti, seperti Marlon Alex James (kini mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia), yang dilepaskan kononnya atas alasan usia serta kecederaan walaupun pemain itu dikatakan berminat menyarung jersi Kedah.

"Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan yang masih dalam penggantungan diharapkan dapat menggunakan segala pengalamannya untuk membantu kebangkitan Kenari kerana dia masih dapat memberi arahan di belakang tabir," katanya semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

PDRM ganti Pahang terajui Liga PerdanaSabah nafi kemenangan sulung PKNS

Posted:

PDRM ganti Pahang terajui Liga Perdana<br />Sabah nafi kemenangan sulung PKNS

PDRM ganti Pahang terajui Liga Perdana
Sabah nafi kemenangan sulung PKNS


PEMAIN PKNS, Mohd. Azrif Nasrulhaq (jersi merah) menyekat gerakan pemain Sabah, Sumardi Hajalan pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ Kelana Jaya semalam. - UTUSAN/Izham Jaafar


KUALA LUMPUR - PKNS meleburkan pendahuluan dua gol dan hasrat mencipta kemenangan sulung sekali gus sekadar berkongsi mata dan diikat Sabah 2-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Dua gol pemain import tuan rumah, Mickael Nicoise, beberapa minit sebelum rehat dan sepakan percuma minit ke-52 sempat disaingi tandukan penyamaan pemain pelawat, Michael Baird dan jaringan sendiri Helmi Remeli, minit ke-74 dan ke-81.

Satu mata anak buah Abdul Rahman Ibrahim itu melonjakkan mereka ke tangga kesembilan di belakang Sarawak sementara Sabah turut memperbaiki kedudukan dan berkongsi lima mata dengan Selangor di tangga kelapan liga tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas teraju Liga Perdana 2012 daripada Pahang yang tidak beraksi apabila membenam Perlis 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam sekali gus mengumpul 11 mata.

Ia turut dibantu oleh kekalahan mengejut pasukan yang mulanya menduduki tangga ketiga, Sime Darby 2-1 kepada Johor di Stadium Pasir Gudang malah dipintas pula oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang menumpaskan Harimau Muda B 3-1.

Biarpun ditinggalkan jaringan pendahuluan pemain skuad bawah 19 tahun negara, Mohd. Norhamizaref pada minit ketujuh di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang, tuan rumah kembali bangkit dengan dua jaringan S. Venod dan Mohd. Faizat.

NS Betaria pula mencatat kemenangan sulung musim ini dengan mengejutkan lawan lebih berpengalaman, Pos Malaysia 3-2 di Stadium MP Selayang hasil jaringan Saufi Ibrahim, Fauzi Kadar dan M. Ravinthiran.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan