Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Bisa Nadal

Posted: 26 Jan 2012 11:14 AM PST

MELBOURNE: Rafael Nadal sekali lagi membuktikan kehebatannya untuk menewaskan Roger Federer biarpun menerima tentangan sengit sebelum mara ke perlawanan akhir Terbuka Australia, semalam.

Pemain Sepanyol itu menang 6-7 (5/7), 6-2, 7-6 (7/5), 6-4 sekali gus menambah derita musuh utamanya yang kini tewas lapan kali sepanjang 10 pertemuan Grand Slam manakala Nadal belum pernah ditewaskan pada kejohanan utama sejak Wimbledon 2007.


Juara 16 Grand Slam dari Switzerland itu dipaksa bekerja keras oleh Nadal yang kali terakhir menewaskannya pada perlawanan akhir di Melbourne pada 2009 selepas bertarung lima set namun hasratnya untuk membalas dendam di gelanggang Arena Rod Laver akhirnya gagal.

"Bagi saya ia seperti mimpi apabila dapat kembali beraksi di final," kata Nadal.


"Ia satu penghormatan apabila dapat bertemu Federer dan perlawanan ini cukup menakjubkan. "Ia sesuatu yang hebat apabila berdepan dengan seorang pemain yang tidak melakukan kesalahan serta mempamerkan satu permainan sempurna." Nadal yang sudah merangkul 10 gelaran Grand Slam, akan bertemu pemenang pertemuan juara bertahan, Novak Djokovic atau pemain Britain, Andy Murray pada perlawanan akhir, Ahad ini.


Federer mempamerkan aksi tenis yang sempurna pada permulaan perlawanan namun permainannya mula goyah apabila lawan mula memberi tekanan dan menamatkan perlawanan dengan 63 kesilapan.

Federer yang memburu gelaran Grand Slam pertama dalam tempoh dua tahun, langsung tidak melepaskan sebarang set sehinggalah aksi separuh akhir namun Nadal yang memegang rekod pertemuan 18-9, sekali lagi membuktikan dia mempunyai kelebihan berbanding Federer pada kejohanan utama.


Perlawanan itu adalah yang ke-10 membabitkan Nadal dan Federer dalam aksi Grand Slam, menyamai rekod Ivan Lendl dan John McEnroe bagi pertembungan terbanyak pada kejohanan utama. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Tak boleh cicir mata

Posted: 26 Jan 2012 09:18 AM PST

SELANGOR tidak lagi boleh terus tercicir mata seandainya mahu mengejar pasukan teratas dan mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Situasi itu menyebabkan skuad kendalian jurulatih Irfan Bakti Abu Salim tidak mempunyai pilihan selain meraih tiga mata apabilaberkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menentang T-Team, malam esok.


"Kami perlu segera bangkit dan meraih kemenangan supaya tidak terus tercicir mata dan ditinggalkan pasukan lain," kata pemain pertahanan tengah Merah Kuning, Mohd Asraruddin Putra Omar yang turut mengakui lawan bukanlah semudah yang disangka terutamanya selepas kelab dari Terengganu itu menang dalam empat pertemuan musim lalu.

Selangor kehilangan lima mata dalam dua perlawanan terakhir apabila tewas mengejut 0-1 kepada Felda United diikuti terikat tanpa jaringan dengan Sarawak sekali gus menyebabkan mereka berada di pertengahan Liga Super dengan mengumpul lima mata selepas empat kali beraksi.


Mengenai posisi barunya itu, Mohd Asraruddin yang beraksi sebagai pertahanan kini pada musim lalu turut mengakui semakin selesa untuk membentuk gandingan yang ampuh bersama pemain import dari Lubnan, Ramez Dayoub.


"Banyak yang saya belajar apabila beraksi bersama dia. Walaupun begitu, saya tidak boleh terlalu selesa kerana kami baru beraksi empat perlawanan musim ini dan masih ada ruang kelemahan yang boleh diperbaiki," kata pemain berusia 24 tahun itu.

Pada musim ini Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya satu kejuaraan berjaya diraih selepas gagal menjulang sebarang piala musim lalu.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan