Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'BAM pijak di bumi nyata'

Posted: 06 Feb 2012 04:34 PM PST

Sukan

Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Emas Olimpik keutamaan, bukan Piala Thomas: Nadzmi

POKOK pangkalnya harus kembali juga kepada realiti. Itulah kata-kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh menjawab kenyataan keras Tan Sri Elyas Omar – bekas pemimpin badan induk itu pada 1985 hingga 1993 – yang mahu kepemimpinan kini bertanggungjawab andai skuad Piala Thomas negara gagal melepasi pusingan kelayakan di Macau, minggu depan.

Mohd Nadzmi berkata, BAM 'berpijak di dunia nyata' kerana sedar akan kemampuan barisan pemain yang dihantar kali ini bukan antara kalangan terbaik dan berpegang teguh dengan pendirian asal menjadikan Sukan Olimpik 2012 di London sebagai tumpuan utama. "Piala Thomas adalah kejohanan berpasukan dan peluang kita boleh dikatakan tipis. Skuad perseorangan dilihat bergantung kepada (Lee) Chong Wei saja.....peluang pasangan beregu (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) pula tampak 'goyang'.

"Semua perlu terima hakikat, pasukan dihantar (Piala Thomas) bukan yang terkuat. Yang penting kita mempunyai peluang di Olimpik yang mana ia adalah temasya sukan terbesar dunia," katanya semalam.

"Kami lebih bersifat jujur selain tetap tanggungjawab dengan tugas diberi. Atas sebab itulah fokus utama ialah Sukan Olimpik kerana Chong Wei ada harapan cerah membawa pulang pingat emas seperti diidamkan seluruh rakyat Malaysia."

Kelmarin, Elyas membidas BAM terhadap kenyataan dikeluarkan Setiausaha Kehormatnya, Ng Chin Chai pada 31 Januari lalu yang menganggap Piala Thomas bukan lagi kejohanan penting dengan lebih memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik buat mengharungi kalendar kejohanan tahun ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

billy julin adom

Kita harus menerima hahikat bahawa kita tidak mempunyai barisan terkuat kerana BAM gagal melahirkan barisan pelapis yang berwibawa dan konsisten. Program yang diatur semua tidak menjadi dan harus mencari alasn supaya tidak dipertanggumgjawab sepenuhnya dengan kegagalan ini. Menjadikan olimpik sebagai sasaran sebab sudah sedia ada peluang sejak dahulu lagi. Bolehkah BAM nyatakan apakah pelan B jika sekiranya LCW tidak dapat beraksi? Jika tiada pilihan lai maknanya harapan ini menjurus kepada individu dan bukan persatuan.

aPAI bRANDON

BAM, walau bagaimana pun komen daripada pihak luar anggaplah iya nya sebagai suatu teguran yang positif. DLCW tetap menjadi pilihan utam pada setiap kejohanan yang beliau sertai namun begitu pihak BAM harus juga mencari bakat-bakat baru dan cuba-cubalah pemain remaja kita yang baru tu. Berilah pendedahan awal kalau boleh. BAM teruskan memburu pingat sama ada di Olimpik atau Pthomasa Macau.

rasid

bukan alasan utk mengatakn kita tidak ada barisan pemain yg kuat.kesilapan BAM kerana gagal menyediakn pemain pelapis sentiada mengharapkn kuda kuda tua.blh ke BAM menyatakn fokus utk olimpik sedangkn perbelanjaan pegurusan tak pernah d kurangkn.buat malu malaysia je klu stakat hantar pemain ke kejohanan utk dpt klah dan malu.

Goh CH

BAM menganggap Piala Thomas bukan lagi kejohanan penting sebab BAM tidak dapat menghasilkan pasukan yang mampu melayakkan ke pusingan akhir atau menjuarai kejohanan ini. Memang amat memalukan jika tidak dapat layak pada pusingan kelayakan. Sesuatau yang tidak kena berlaku di dalam BAM termasuk training dan disiplin pemain.

syed borhanuddin

saya harap kita kena peka jangan sekali kita mundur seperti terjadi kepada team bola sepak, dulu kita boleh mengalahkan jepun korea sekarang di mana kita saya harap tak terjadi kepada BAM

billy julin adom

Apapun alasan yang ditegakkan, kita harus terima hakikat bahawa kita ketandusan pemain pelapis yang berkualiti. Ternyata program pelapis BAM tidak mampu memikul tanggungjawap yang dipikul mengikut prestasi semasa. Bagi saya piala thomas dan olimpik sama pentingnya jika kita memiliki kekuatan yang seimbang. Memang sudah menjadi tabiat manusia kalau sudah tahu tak ke mana, mulalah mencari alasan untuk menyelamatkan periuk nasi masing-masing. Renung-renungkan.

Jefry Ismail

Salam, setiap kejohanan adalah penting sebagai kayu pengukur setiap parameter persediaan ke arah matlamat sebenar, kenapa perlu dikorbankan piala thomas yg hanya pada peringkat kelayakan, ini menunjukkan perancangan dan hala tuju yg ditetapkan silap, tambahan pula piala thomas adalah acara berpasukan dan sukan olimpik acara individu, rakyat memerlukan sebuah pasukan dan pemain badminton yg konisten dan bukan hanya sebutir pingat olimpik sahaja, nasihat kepada pihak BAM belajarlah terima teguran dengan hati dan fikiran terbuka, kaedah sains sukan perlu diterapkan untuk membantu dalam membuat keputusan, tq


Full content generated by Get Full RSS.

Nwaneri kekal pilihan Kelantan

Posted: 06 Feb 2012 04:29 PM PST

Sukan

Antwi hanya untuk aksi Piala AFC: Azman

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampak tidak mempedulikan kritikan apabila membuat keputusan memilih bekas pemain kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sebagai tonggak import terbaru menggantikan Denny Antwi untuk beraksi dalam saingan Liga Super, musim ini.

Walaupun akur prestasi Obinna ketika tewas 0-2 kepada kelab Singapura, Balestier Khalsa FC, Ahad lalu masih kurang memuaskan hati, pihak pengurusan pasukan masih menaruh harapan terhadap pemain itu membantu menguatkan barisan pertahanan. Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata mesyuarat diadakan, semalam memutus menyenaraikan Obinna sebagai tonggak import baru The Red Warriors menggantikan Antwi yang akan hanya beraksi dalam Piala AFC.

"Kami putuskan memilih Obinna dan Mohammad Ghaddar sebagai dua pemain import Kelantan untuk saingan Liga Super musim ini manakala Antwi hanya akan beraksi dalam Piala AFC.

"Kami sudah terima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Obinna. Kita tahu hari ini (semalam) dan esok (hari ini) adalah cuti umum tapi kami akan cuba secepat mungkin mendaftarkan Obinna kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membolehkan dia (Obinna) beraksi ketika menentang Sabah," katanya.

Skuad Kijang akan berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, esok untuk menghadapi cabaran Sabah dalam perlawanan keenam.
Pada masa sama, Azman masih menaruh keyakinan terhadap Ghaddar dan percaya khidmat pemain kebangsaan Lubnan itu mampu untuk memberi keputusan lebih positif kepada The Red Warriors.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan