Harian Metro: Arena |
‘Peganglah pada realiti’ Posted: 06 Feb 2012 08:33 AM PST PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh meminta semua pihak berpegang pada realiti bahawa skuad Piala Thomas negara tidak mampu memenangi trofi itu tahun ini. Katanya dengan barisan pemain sedia ada, mustahil untuk skuad kali ini menamatkan kemarau 20 tahun kejohanan berpasukan badminton paling berprestij itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan bekas presiden, Tan Sri Elyas Omar yang menuntut pengurusan BAM bertanggungjawab andai skuad kali ini gagal mara ke pusingan akhir di Wuhan, China 20 hingga 27 Mei ini.
"Berdasarkan peluang cerah di Olimpik, biarlah kita cuba bersungguh-sungguh. Lagipun kerajaan lebih menekankan pingat emas Olimpik berbanding Piala Thomas," kata Nadzmi.
Skuad negara yang akan menjalani perlawanan simulasi esok akan beraksi di pusingan kelayakan di Macau 13-19 Februari ini, diundi sekumpulan dengan Korea dan Hong Kong.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Feb 2012 08:29 AM PST KEKECEWAAN sememangnya tidak dapat disembunyikan pengendali skuad bola sepak Olimpik negara Ong Kim Swee selepas terpaksa menelan hakikat bahawa cabaran anak buahnya dalam perebutan tiket ke Sukan Olimpik London secara rasminya berkubur lebih awal apabila tumpas di tangan Bahrain 2-1 kelmarin. Bagaimanapun bagi Kim Swee, untuk melangkah sehingga ke pusingan ketiga adalah satu pencapaian cukup memberangsangkan buat pemain muda negara kerana persaingan dengan pasukan terbaik Asia setidak-tidaknya membuka mata semua pihak sejauh mana tahap bola sepak tanah air ketika ini.
"Sebelum ini tiada siapa yang menjangkakan pasukan ini boleh mara ke saingan peringkat kumpulan yang meletakkan kita di kalangan 12 pasukan terbaik Asia. Di sini kita berpeluang mengharungi enam perlawanan cukup kompetitif untuk menguji sejauh mana tahap kemampuan pemain," katanya.
"Pemain berusaha keras mendapatkan gol penyamaan namun selepas itu mereka hilang tumpuan. Mereka mengambil mudah sehingga pihak lawan menjaringkan gol kemenangan," kata Kim Swee.
Saingan kelayakan Olimpik itu terpaksa dilupakan seketika buat pemain Harimau Muda A yang akan membuka kempen Liga Singapura (Liga-S) menentang Gombak United di Stadium Jalan Besar, Khamis ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan