Berita Harian: Sukan |
Le Tour de Langkawi: Guardini terus pamer penguasaan Posted: 26 Feb 2012 11:53 AM PST Sukan SAINGAN Peringkat Tiga, LTdL 2012 yang dimenangi Guardini (tengah), tempat kedua, Kreder (kiri) dan ketiga Anuar (kanan). Raja pecut dan juara lima peringkat LTdL tahun lalu itu mendahului peloton pada tiga kilometer menuju penamat selepas berjaya menangkap Taiji Nishitani daripada Aisan Racing Team dan Shinichi Fukushima daripada Terengganu Cycling Team ke dalam kelompok besar. Pelumba Jepun, Nishitani yang berjaya memenangi perlumbaan di Parit Sulong, dua tahun lalu nyata tidak mampu terus menjarakkan diri daripada kelompok besar memandangkan pelumba itu belum cergas sepenuhnya selepas baru menyertai Kejohanan Lumba Basikal (ACC) di Kuala Lumpur, minggu lalu.Perlumbaan sebenarnya sukar menjelang 10km ke garisan penamat namun rakan pasukan saya banyak membantu dan mereka melakukan seperti yang saya mahukan. - Guardini Guardini, 23, tiba dulu ke garisan penamat diikuti Raymond Kreder daripada Garmin Barracuda dan pelumba negara, Anuar Manan yang mewakili Champion System berjaya menaiki podium dengan semua mereka mencatat 4 jam 30 minit 11 saat."Perlumbaan sebenarnya sukar menjelang 10km ke garisan penamat namun rakan pasukan saya banyak membantu dan mereka melakukan seperti yang saya mahukan," kata Guardini yang turut mengekalkan jersi biru selaku raja pecut dengan 30 mata. Semua pemenang jersi pada peringkat tiga tidak berubah dengan David Zabriskie daripada Garmin Barracuda mengumpul 8:30'04s, jersi Asia masih dimenangi Dmitriy Gruzdev daripada Astana dengan 8:31:37s sementara jersi raja bukit kekal milik pelumba Drapac Cycling, Floris Goesinnen. Hari ini, peringkat empat dari Batu Pahat ke Muar sejauh 169.4km dijangka kekal didominasi pakar pecutan dengan tiga zon pecutan di Simpang Renggam, Air Hitam dan Batu Pahat. |
Liga Hoki Remaja Malaysia 2012: Thunderbolt, SSBJ mara separuh akhir Posted: 26 Feb 2012 11:46 AM PST Sukan SEKOLAH Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan MBI-Anderson menepati ramalan mara ke pusingan separuh akhir merebut Piala Milo, Rabu ini selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan suku akhir kedua, petang semalam."Saya juga menurunkan Muhammad Firhan Ashaari yang dulunya berlatih bersama skuad kebangsaan. Dia banyak membantu mempertajamkan lagi jentera serangan," kata jurulatih Thunderbolt, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman. Perlawanan separuh akhir yang dijadual bermula Rabu ini bakal menyaksikan UniKL bertemu dengan SSBJ manakala Thunderbolt selaku juara bertahn bertemu MBI-Anderson. Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung Jumaat ini sebelum perlawanan final membuka tirainya Ahad ini di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan