Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Nur Suryani fokus

Posted: 26 Feb 2012 10:39 AM PST

TAHUN 2012 bakal menjanjikan pengorbanan cukup besar buat penembak wanita nombor satu negara, Nur Suryani Taibi apabila dia bukan saja menggalas misi besar di Sukan Olimpik London Julai ini malah dalam masa yang sama mengandung anak pertama hasil perkahwinannya bersama Marhazli Mhotar, 18 Mac tahun lalu.

Menurutnya, penembak berusia 28 tahun dari Perak itu, biarpun nasibnya untuk ke London masih belum pasti namun tetap fokus dan bersemangat membuat persiapan rapi bagi beraksi dalam acara 10m Air Raifal selepas layak secara merit selepas menduduki tempat kelima di Kejohanan Menembah Asia ke-12, Doha Qatar, Januari lalu.


"Saya sekarang sudah mengandung tiga bulan dan ini sudah disahkan oleh doktor. Pertama kali saya dimaklumkan mengenai perkara ini ketika saya menyertai kejohanan di Doha Qatar. Saya bersyukur kerana menganggap ini adalah rezeki Allah kepada saya sekeluarga. "Buat masa ini saya terus memberi perhatian kepada latihan dan kejohanan yang disertai malah suami memberi sokongan padu meneruskan impian besar di Sukan Olimpik. Saya fikir masih boleh meneruskan latihan seperti biasa namun mungkin ada sedikit masalah bagi urusan penerbangan ke London nanti," kata pemenang anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)- 100Plus semalam.

Nur Suryani yang juga penerima Anugerah Olimpian 2011 mengetepikan saingan atlet pilihan iaitu Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal), Pandelela Rinong (terjun) yang turut bersaing merebut anugerah itu.


Kejayaan itu membolehkan Nur Suryani, pemenang dua pingat emas Sukan Sea Indonesia November lalu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 selain trofi yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Mengulas kejayaan itu Nur Suryani ternyata tidak menyangka sama sekali.

"Saya amat gembira dengan anugerah ini kerana pada saya, anugerah ini cukup bermakna berbanding anugerah lain yang pernah saya menangi kerana ia dipilih oleh wartawan sukan sendiri," jelas atlet pertama negara memenangi pingat perak di Kejohanan World Shoot (Australia) 2011 dan emas di Sukan Komenwel 2010 (New Delhi) serta gangsa di Sukan Asia 2010 (Guangzhou).



Hodak ganti Butler

Posted: 26 Feb 2012 10:35 AM PST

URA-URA bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak akan menggantikan Peter James Butler sebagai ketua jurulatih Kelantan bukan lagi 'omong kosong' kerana ia sudah menjadi kenyataan.

Menurut sumber, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) buntu untuk menyelesaikan masalah Butler yang menghilangkan diri selepas direhatkan.


Katanya, memang sudah sah Hodak dilantik sebagai pengendali terbaru pasukan Kelantan untuk meneruskan perjuangan Red Warriors.

Menguatkan lagi kenyataan itu, Hodak muncul pada perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Singapura (SAFFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin dan duduk di sebelah Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.


Hodak dilihat seperti merencanakan sesuatu sebelum bergelar jurulatih kepada pasukan Kelantan.


Sebelum ini, isu mengenai Butler hangat diperkatakan selepas beliau meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pemilihan pemain import.

Butler mendakwa tidak tahu menahu mengenai pemain import baru Kelantan, Nwoha Onyekachi yang diturunkan dalam perlawanan Liga Super ketika menentang Selangor, selain menyatakan tidak tahu apa fungsinya sebagai jurulatih ketika bersama Kelantan.


Bagaimanapun, isu tidak sehaluan itu dianggap selesai apabila Butler membuat perjumpaan dengan Azman pada 17 Februari lalu dan memilih untuk memberi perhatian membimbing pasukan.

Tidak lama selepas itu, Butler tiba-tiba direhatkan, sedangkan skuad Kijang baru saja menewaskan Sarawak untuk layak ke pusingan kedua dalam saingan Piala FA. Tempat Butler digantikan penolong jurulatih, Sidek Samsuddin.


Butler kemudian didakwa menghilangkan diri membuatkan isu mengenainya bertambah 'kalut'.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan