Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Penyu hambat Kelantan

Posted: 03 Mar 2012 04:32 PM PST

Sukan

Kedah cipta kejutan benam Selangor

TERENGGANU terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam tadi pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Apa pun, kemenangan Terengganu gagal membantu mereka memintas The Red Warriors kerana perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan pantai Timur itu terikat 17 mata. Kedah harus ceria dengan gol tunggal pemain import baru, Safi Alfatah menerusi sepakan penalti untuk penyokong Hijau Kuning kembali ceria.

Sabah juga mencari cengkaman selepas bangkit untuk menewaskan Johor 2-1 di Stadium Likas.

Kedah kejut Selangor, Perak sekadar seri
KEDAH yang menduduki tangga kedua tercorot sebelum perlawanan berjaya mencipta kejutan besar menewaskan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi dengan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 30 minit terakhir.

Babak pertama terikat tanpa jaringan dengan Kedah memperoleh banyak peluang khususnya menerusi Khyril Muhymeen Zambri yang gagal manfaatkan dua peluang keemasan apabila hanya berdepan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Pada minit ke-57, pengadil Maswari Mislan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah selepas pemain pertahanan dari Lubnan, Ramez Dayoub secara sengaja menampan dengan tangan dan terus dilayangkan kad merah.

Walaupun sepakan itu mahu diambil oleh Safi Alfatah, Badrul Bakhtiar meletakkan bola di tanda penalti dan terus mengambil sepakan yang terkena tiang kiri, lalu terselamat Selangor daripada ketinggalan.

Maswari sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Khyril dijatuhkan dan kali ini sepakan itu diambil Safi yang menendang ke sebelah kanan Norazlan.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hasrat Perak memintas Kelantan sebagai penghuni sementara tangga teratas liga tidak kesampaian apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan PKNS.

Perak terpaksa bangkit dua kali menerusi jaringan Fazrul Hazli Kadri (42) dan penalti Michal Kubala (79) selepas mereka ketinggalan hasil jaringan Helmi Remeli (20) dan Fauzan Dzulkifli (56).

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan Rozaimi Abd Rahman (30) dan Shahrudin Yakup (80) selepas ketinggalan menerusi jaringan Arthur Henrique (28).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hady faizal kassim

InsyaAllah mlm ni winner bagi team the red warrior,klate, d stadium iv d kota bharu...harap2 dato hasbullah awang menyiarkan siaran d tv1 pd mlm ni...sekian dari the red warrior..

Bintang kejora

Sem0ga sabah bejaya dlm perlawanan seterusnya!

wan ghaffar wan mahmud

pemain2 liga m kita hebat2 belaka..adat permainan kalah dan menang..terimalh dgn hati terbuka...tumpukan sepenuhnye untuk team seterusnye demi mantabat sukan khususnye bola sepak di mata dunia..

nirwana

Tahniah kepada PASUKAN KEDAH.Nampaknya Kenari sudah semakin sembuh sayapnya. Harap dapat terbang tinggi lagi.Chayok2x!!

mora

kelantan bagus edia.kelanta edia tesendiri.


LTDL: Guardini ungguli peringkat sembilan

Posted: 03 Mar 2012 04:32 PM PST

Sukan

GUARDINI (tengah) mengerah tenaga menuju ke garisan penamat saingan peringkat sembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu, semalam.

GUARDINI (tengah) mengerah tenaga menuju ke garisan penamat saingan peringkat sembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu, semalam.

Catat kejayaan kesepuluh, Serpa gah terus sarung jersi kuning

MENCIPTA sejarah sebagai pelumba terbanyak memenangi peringkat perlumbaan di Le Tour de Langkawi (LTDL), Andrea Guardini tidak akan puas selagi tidak menutup saingan edisi ke-17 hari ini dengan kejayaan penamat.

Raja pecut pasukan Farnese Vini-Selle Italia itu yang memenangi lima peringkat pada tahun lalu menggenapkan kejayaan ke-10nya dalam perlumbaan peringkat sembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7 kilometer dengan catatan 3 jam 27 minit 6 saat. "Kejayaan ke-10 di LTdL ini adalah yang teristimewa buat saya dengan tahun lalu saya berjaya menang lima peringkat semasa saya baru memulakan karier sebagai pelumba profesional.

"Kemenangan di LTdL tahun ini pula adalah kemenangan pertama saya bagi musim ini biarpun sebelum datang ke sini, saya ada menyertai beberapa perlumbaan lain," kata pelumba Itali berusia 23 tahun itu.

Biarpun gembira dengan kejayaan ke-10 itu, Guardini berkata dia kekal fokus untuk memenangi peringkat perlumbaan hari ini sejauh 114.8 kilometer dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu dan mahu mengekalkan jersi raja pecut.

"Tadi, saya perlu berjuang hingga ke penamat untuk mendapatkan kembali jersi biru daripada pelumba Astana, Valentin Iglinskiy yang menyarung jersi itu pada dua peringkat sebelum ini. Saya akan berusaha untuk terus menang esok (hari ini)," katanya yang sebelum ini menyarung jersi raja pecut dari peringkat dua hingga enam.
Sementara itu, pelumba Androni Giocattoli, Jose Serpa masih menyarung jersi kuning apabila merakamkan 30 jam 18 minit 43 saat dan dijangka akan dinobatkan sebagai pelumba terbaik keseluruhan apabila perlumbaan peringkat akhir hari ini dijangka tamat dalam kelompok besar.

KEPUTUSAN

Peringkat 9
(Kemasik-Kuala Terengganu (165.7km)

1 Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia
3 jam 27 minit 6 saat
2 Matteo Pelucchi (ITA) Europcar 3:27.06s
3 Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 3:27.06s
4 Jacobe Keough (AS) United Healthcare 3:27.06s
5 Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 3:27.06s
6 Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 3:27.06s
7 Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 3:27.06s
8 Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27.06s
9 Thomas Bertolini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3:27.06s
10 Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27.06s

Individu keseluruhan
1 Jose Serpa (Androni Giocattoli) 30 jam 18 minit 43 saat
2 Jose Rujano (Androni Giocattoli) +30s
3 Victor Nino Corridor (Azad University) +56s

Raja Pecut

1 Andrea Guardini (Farnese) 79 mata
2 Valentin Iglinskiy (Astana) 68
3 Jacobe Keough (United Healthcare) 65

Raja Bukit

1 Jose Serpa (Androni Giocattoli) 27 mata
2 Matteo Rabottini (Farnese) 24
3 Jose Rujano (Androni Giocattoli) 24

Pelumba terbaik Asia

1 Alexandre Dyachenko (Astana) 30 jam 21 minit 3 saat
2 Ghader Mizbani (Tabriz) +2:03s 3 Andrey Zeits (Astana) +2:08s

Pasukan terbaik

1 Androni Giocattoli 91 jam 10 saat
2 Astana Pro Team +12:06s
3 MTN Qhubeka +13:36s
...16 MALAYSIA +43:03s

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan